Friday, 30 September 2016

.benci.

dengar saja suara itu, tiba-tiba aku dapat rasakan tubir mata ku panas, berair...
sesaat.
dua saat.
tak tertahankan, akhirnya tumpah jua...
dadaku sesak, sebak benar...
bukan kerana sedih,
tapi lebih ke benci sebenarnya.
benci dengan pemilik suara itu.
tak reti bahasa benar sikapnya.
langsung tiada peduli akibat perangainya itu telah merosak emosi ramai orang.
kenapa ignoran benar?
apakah kau tidak pernah lihat?
apakah kau tidak pernah rasa?
apakah kau tidak pernah peduli?
apakah hanya emosi dan dirimu sahaja yang penting?

Tuhan,
mohon berikan aku kekuatan dan kesabaran untuk harungi hari-hari mendatang...
sungguh aku mohon...