Wednesday, 11 September 2013

:summarize of the thingy:

Hari pertama di kampung, ohsem. I love it actually! Seriously i didn't expect at all that i will make this decision. After all this years yang struggling giler taknak stay kat kampung konon. Tak tahu macam mana nak survive dekat kampung konon and all of those yada yada selfish excuse. Finally, here i am. Being a kampung girl again...

A few days before balik kampung quite menguji kesabaran jugak since i have to meet so many people, settle down many things, packing up a lot of things, kemas the whole house yang bersepah, diuji pulak dengan demam hmmm and tu je kot. Part jumpa orang tu, ada ramai yang tak sempat nak jumpa since masa yang agak singkat with my sudden decision dan a lot of things to do. Bukan tak nak stay lama sebab actually aku still jobless pun sebenarnya kat kampung ni. Tapi, stay lagi lama means i need more money which i don't have enough of that. Dapat postpone satu hari tu pun dah syukur. Thanks to owner rumah yang memahami aku tak berapa sihat untuk buat banyak benda.

Owh, btw masa perjalanan balik ke Terengganu tu, aku boleh sesat pulak. Gatai sangat nak lalu ikut highway baru ke Kota Tinggi kan. Elok-elok lepas tol kedua, terjumpa simpang empat aku dengan konfiden je belok kanan. Sekali hamek kau, tu jalan nak pergi kawasan Felda. Sampai terjumpa signboard Felda Adela terus rasa macam tak sedap hati. Terus u-turn cari signboard Mersing. Actually aku sepatutnya belok kiri ke Kota Tinggi tadi tapi gatai konfiden sendiri macam tahu jalan. Nasib baik sekejap je sesat.

Drive alone Johor-Terengganu, takdela teruk sangat bagi aku. Ok je kot since dah tahu jalan. Ok la sebab jalan tak jem. Cuba kalau jalan jem, konpem muntah hijau. Cuma inche biru tu bukan boleh laju sangat. Setakat 120-140 tu je la. Al-maklumlah cc rendah. Tapi tak kisahlah. Inche biru dah banyak sangat berjasa dekat aku. Itu lebih penting. Tapi smalam struggle jugak drive sensorang sebab badan penat giler, mate ngantuk tak cukup tidur banyak hari dah and badan plak tak baper sihat. Nak hilangkan ngantuk tu punyalah aku buat bunyi macam-macam sambil melalak kat dalam kereta tu sensorang. Kadang-kadang biler sedar diri baru berdoa sakan mintak Allah selamatkan perjalanan. Sangatlah tak senonohkan.

And y'know what. Since minyak naik 20 sen ni, ni lah kali pertama isi minyak full sampai cecah RM60++. Sebelum ni kalau minyak ada 1 bar isi penuh pun, adelah lepas RM50 sikit-sikit. Ni semalam gi isi Shell minyak sedia ada 2 bar pastu isi pulak penuh, harga cecah RM59 tu.. Lepas la dari Pasir Gudang+sesat sampai ke Cheneh, Terengganu - 2 bar. Berhenti Shell lagi sekali isi RM30, naikla sampai 4 bar. Dan dari Cheneh ke kampung jarak 150++ km turunla satu bar. Eh, sejak bile aku berkira-kira sangat pasal bajet minyak ni?

Hari ni, dah kena start berkemas kat bilik sendiri pulak walaupun badan ni masih tersangatlah penat.... Cakap wonder womenkan... lalalalala~~~

iklan: smalam mimpikan budak temok kemeja itam dengan sorang unknown. ok budak temok, kau boleh pergi. aku tahu kau dah berpunya. and unknown, kau sape?

1 comment:

Pembunuh Tanpa Byang said...

seronok bila pulanh ke kampung..aku juga begitu sama...