Monday, 2 September 2013

:sayonara inche hitam:

December 2010-September 2013. Hampir 3 tahun juga aku bela inche hitam, boyfriend kesayangan. Tapi atas sebab-sebab tertentu terpaksa jugak lepaskan. Sebabnya, bila dah ada inche biru, inche hitam sudah agak terabai. Al-maklumlah aku jenis, setia pada yang satu? (kahkahkah.. takde kena mengena)... So, aku tak reti nak membahagikan masa pada mereka berdua. Yang jadi mangsa of course la inche hitam. Sebab tu terpaksa lepaskan. Lagi satu memang sebab ada masalah kewangan. So, aku hanya ada inche hitam, benda yang paling berharga yang boleh bagi fulus. Takkan nak lepaskan inche biru pulak. Inche biru dah macam nyawa kot (Sorry hitam...). Dan tadi lepas maghrib, dalam hujan lebat, maka selamatlah inche hitam diangkut dengan Hilux dengan tuan baru dia menuju ke Batu Pahat, rumah baru dia nanti... Sobs sobs... Tetiba macam pilu pulak hati ni....

.ini inche hitam kesayangan. abaikan backround belakang. rumah dalam mode packing.

Aku iklankan inche hitam dalam mudah.com. Tak sampai beberapa jam, tak henti-henti dapat sms dan call. Aku siap off phone tu time nak tidur takut kena ganggu (sebenarnya tensen sebab ramai sangat yang bertanya). Tapi dalam banyak-banyak yang bertanya, entah kenapa senang bebenor aku deal dengan tuan baru dia ni. Owh, patutlah. Chinese rupanya. Tapi, dalam konteks aku, memang aku agak lebih suka deal dengan chinese sebab diorang tak berapa fussy (jangan marah noh...)... Owner baru ni pulak hari-hari call make sure aku confirm jual dengan dia. Don't worryla bos, saya jenis tepati janji insyaAllah.

Dan sebab nak lepaskan inche hitam, inilah kali pertama aku jejak JPJ Johor. (Terima kasih pada cik puan kimia sebab sudi tunjuk jalan in advance).. Dan sebab tak tahu procedur jugak, aku dengan lurus bendulnya berdiri menunggu giliran lagi 100++ nombor dengan pakai wedges 3 inci macam nak tercabut buku lali rasanya, dan terpaksa tunggu lagi isi borang dan tunggu lagi pegawai JPJ bertugas rehat. Padahal, aku sepatutnya in advance isi borang and then terus je amek tandatangan pegawai bertugas and then setel terus. Takpelah, pengalaman. Every things start with the first timekan. Next time insyaAllah dah no problem dah. Erk, ada lagi ke next time?

Harapnya tuan baru inche hitam nanti dapat jaga dia dengan lebih baik... Sekurang-kurangnya hargai sikit inche hitam sebab bukan senang aku nak dapat inche hitam. Dan bukan senang jugak aku nak lepaskan. Lepas dah accident dua kali taw baru dapat beli inche hitam. Kalau tak sampai sekarang mesti masih lagi dengan Merah. Apa khabar Merah agaknya sekarang ni...

Anyway, sayonara inche hitam. Tak sempat nak snap gambar terakhir hitam naik hilux sebab phone kat atas dan aku dah basah kuyup kena hujan...

No comments: