Thursday, 5 September 2013

:big decision:

Bila difikir-fikir, aku rasa apa yang aku tengah buat sekarang ni adalah merupakan keputusan yang paling besar aku buat dalam hidup aku. Selain daripada berbaitul-muslim, pasti. Benda ni dah lama fikir tapi tak boleh nak diterima hati. Tak tahu kenapa tiba-tiba macam nekad pulak. Keputusan apa? Keputusan nak berpindah dan bermastautin ke kampung halaman di Terengganu. 

It's not a simple decision to make you know. After almost 10 years merantau dan berjuang dekat negeri orang, banyak suka duka, bukan senang nak chao macam tu je. Banyak benda nak kena fikir. Banyak benda nak kena settle down. Banyak benda nak kena plan. Mungkin sekarang aku nekad sebab aku rasa, aku dah takde apa-apa lagi kat sini. Banyak benda dah berubah, actually. Aku dah lost dekat sini. Dah tak tahu macam mana nak bangun balik. Yang aku tahu, aku nak mak. Mak semacam dah jadi energy aku sekarang ni.

Aku start fikir pasal benda ni pun lepas dah borak-borak dengan mak masa balik raya aritu. Story-story dengan mak pasal kerja. Aku tahu mak pun quite bimbang sebab aku tak kerja, tapi aku pun no choice. Tak sangka akan diuji macam tu. Tapi aku tak menyesal pun. Mungkin hikmahnya, aku sekarang akan kembali pulang ke kampung halaman. Berbakti pada kedua orang tua aku, insyaAllah. Kata-kata mak yang satu tu buat aku fikir banyak benda. Mak cakap "balik-balik la mie. kerja kat kampung pulak" (dalam loghat terengganu, pasti) dan aku senyum je. Lagipun ni bukan kali pertama mak cakap macam tu. Dah banyak kali. Cuma aku yang degil dan pentingkan diri sendiri. 

Bila tengok uban mak yang dah memutih tu, badan abah yang dah makin kurus tu, buat aku sedar - aha, aku selama ni tak pernah sedar pun yang orang tua aku dah berusia sebegini dan aku masih lagi hidup pentingkan kebahagiaan sendiri dan menyusahkan mereka. Sebak sendiri....

Mak orang yang paling gembira dengan keputusan aku... 

Masa cuti raya aritu, masa aku postpone balik johor, mak yang paling happy. Tapi masa tu, aku belum bagitahu lagi rancangan aku dekat sape-sape sebab aku tak sure betul ke tak apa yang aku nak buat ni. Bila dah balik johor, baru aku rasa.... hmmm, dah takde pape lagi yang tinggal untuk aku kat sini. Dah sampai masanya. Then aku bincang dengan adik perempuan aku. Bila dah fikir masak-masak baru aku call mak bagitahu aku nak pindah balik. Well, i feel good with my decision sebab mak happy. Abah happy. That's enough for me. Aku tak bimbang dengan mulut-mulut puaka orang-orang kat kampung or sedara-sedara aku sebab bagi aku, mereka tak berapa nak menyumbang sangat pada kebahagiaan aku. Keluarga aku sendiri dah cukup. Titik!

Lagi pun, sementara aku masih bujang ni la aku boleh duduk dengan mak abah kan. Nanti kalau dah berbaitul-muslim, sah-sah kena ikut suami (yang belum diketahui siapa dan dari mana).. Cuma aku rasa masa aku bujang ni lah aku nak buat banyak benda. Tersangat banyak sebenarnya...

Well, mengira hari. Tinggal lagi 4 hari insyaAllah. Rumah baru siap packing dalam 40%. Banyak lagi benda nak kena settle. Semoga Allah permudahkan... Amin...

Johor, i really gonna miss you though. And akan rindukan awak juga budak kacak kemeja hitam (jengjengjeng... awak tahu awak siapa)

4 comments:

kueh bakar said...

"balik2 la mie, balik kije kapong la pulok.."

ahaks

aku pun entah bila bleh balik trg... dah 17belas tahun...

Ami Manaf said...

17 tahun..
lagi lama dari aku..
someday maybe..
siapa tahu aturan Allah kan..

MadianiMamat said...

aku doakan mu sentiasa dimurahkan rezeki. insyaallah, kalau kita gembirakan ibubapa kita, rezeki akan sentiasa ada utk kita wpun bukan dlm bentuk wan ringgit. kegembiraan pun rezeki kan..

Ami Manaf said...

Amin.. Amin.. Amin..
InsyaAllah..
:)