Friday, 23 August 2013

:raya:

sekarang ni masih lagi di bulan Syawal tapi aku tak rasa pun macam sekarang ni tengah bulan Syawal. tak rasa pun macam baru je lepas sambut raya. rasa biasa. mungkin sebab macam tahun-tahun sebelum ni, aku tak pernah nak eksaited pun nak sambut raya. tahun ni raya sama macam tahun-tahun sebelumnya. aku memang dah sah-sah kena jadi mak mah, bancuh air kat dapur dari hari raya pertama sampaila ke hari raya yang orang datang melawat. tahun ni sampai raya kelima. cuma tahun ni amek tender bancuh air kat rumah sendiri je berbanding tahun-tahun sebelum ni kena gilir ulang-alik bancuh air kat umah tokki sebelah rumah jugak. tahun ni aku biarkan je umah tokki sebab makcik aku dah ada. malas nak buat-buat rajin. 

tahun ni aku langsung tak beli pape untuk raya. kebetulan adik aku ada belikan sepasang kain masa awal tahun dulu so, aku pakai kain tu je buat raya. aku suruh mak jahit baju kurung biasa je sebab aku memang pesen old-skool. pesen kurang gemar nak berpesen-pesen sangat. lagilah bila umur dah nak meningkat ke angka tiga ni, part berpesen tu dah ke laut dah. sekarang ni rasa aku ni pakai pun dah macam pesen mak-mak dah. takde stail langsung. malas nak fikir. lagipun pakai baju raya tu masa raya pertama je. masuk raya kedua, aku biasa bantai pakai baju kurung lama-lama je. bukan ada sape nak tengok pun. ye dak?

raya tahun ni pun jadi makin kureng best dia sebab 'bidadari kecil' aku yang berdua tu tak balik. oh, sangat rindu dengan mereka-mereka. tapi apekan daya abang aku tak dapat cuti. nasiblah kerja navy kan. dapat dengar suara dorang je masa malam raya.

dan raya tahun ni aku langsung tak gi mana-mana waima umah kawan-kawan walaupun dah ada kereta sendiri. kenapa? entahla. aku pun tak tahu. yang aku tahu kereta aku tu tiap-tiap hari ada je orang yang bawak yang pastinya bukan aku. dan sedikitlah heart-broken tengok calar balar dekat kereta kesayangan aku tu...

satu je yang best raya tahun ni. dari sehari sebelum raya sampaila semalam, sebiji durian sehari adalah benda wajib bagi aku. yummeyyhh... kenapa sampai semalam? sebab sekarang dah kat johor dah dan stok durian bawak cukup sampai semalam je. 

sangat rindu dekat kampung sekarang ni. kalau ada kat kampung mesti tiap-tiap hari abah akan tanya, "nak makan durian tak arini mie?"... dan kadang-kadang abah siap tolong belahkan lagi walaupun aku sebenarnya boleh je belah sendiri. tak kampung la kan kalau suka makan durian tapi tak reti nak belah sendiri kan?.. heh, boleh ea macam tu?

dah balik johor ni, rasa macam kosong je hidup. rasa macam "tempat-aku-bukan-disini-lagi-gitu"... macam poyokan tapi tu lah apa yang aku rasa...

apa-apa pun. ni je lah cerita raya aku tahun ni. not interesting as usual...

Friday, 2 August 2013

.11:11.

sejak beberapa bulan ni, mostly tiap kali tengok jam, jarum jam mesti tunjuk ke pukul 11:11 tak kira pagi atau malam. not a big deal kan. cuma sebab dah selalu sangat rasa macam agak pelik. dan tidaklah aku ni memikirkan yang bukan-bukan pasal nombor tu.

belek tafsir dan terjumpa ni:

A011
"Kecuali orang-orang yang sabar dan mengerjakan amal soleh maka mereka itu akan beroleh keampunan dan pahala yang besar" -  (Hud 11:11)

mungkin ni petunjuk yang Allah nak bagi kat aku dengan situasi yang sedang aku alami semenjak dua menjak ni? mungkin...