Tuesday, 30 July 2013

:rasa:

Ramadhan 21, catat rekod Ramadhan kali ni langsung tak jejak PARAM. Belum lagi. Alhamdulillah. Moral of the story dekat situ, tiada pembaziran sebab hari-hari masak ngam-ngam untuk tekak sendiri.

Tapi hari ni, catat sejarah sebab terbuat benda yang giler memang tak pernah dibuat langsung sepanjang 28 tahun hidup ni. Tak tahula kenapa. Sebab kepala tengah ting-tong ke, stress ke, entahla ek. Menu hari ni, nasi goreng dengan sotong goreng tepung. Sangat eksaited dengan sotong goreng tepung tu sebenarnya. Lagi eksaited sebab masa tengah siang sotong tu, ada sotong yang ada telur kat dalam. Me, sotong fanatik especially kalau yang ada telur tu. Nak potong ring, sayang takut telur dia hilang bila basuh nanti. So, aku pun korekla asingkan telur tu letak dalam piring kecik. And you know what, that telur sotong tu macam memanggil-manggil je aku untuk ratah makan. So, dengan unconsciously-nya aku pun amekla rasa. Kali pertama, erm yummy.... Kali kedua, erm macam weird je... Kali ketiga, damn aku puasa! Terus aku ludah balik telur sotong tu masuk sinki. Terus marah kat diri sendiri sebab boleh lupa yang masa tu tengah puasa. Lagi satu marah kat diri sendiri ape kejadahnyala nak merasa telur sotong yang mentah tu. Memang tak pernah dibuat orang. Err, ada ke? Ish memang sewel betul kepala otak. Agak-agak kena ganti balik tak puasa yang ni ekh? Adoyai~

Oh, lepas tu, telur sotong tu aku harung campak masuk dalam nasi goreng. Agak-agak ada orang pernah buat tak? Hihihi~ Tak kisahla kot. Aku kan perosak resipi. Yang penting, sodap. Ok, hari ni first time kot rasanya overdose makan. Perut sangat kenyang. Alhamdulillah lagi sekali...

p/s: tadi sebenarnya rasa macam nak jadi 'foodporn' upload gambar nasi goreng dengan sotong goreng tepung masuk blog. Tapi setelah difikir-fikir, tak yahla... (Konon... Padahal warna nasi goreng tak cantik sebenarnya. Rasa je sodap... lalalalala~~)

2 comments:

Pembunuh Tanpa Bayang : said...

sekurang kurangnya aku masih ada hati mahu memasak.dan bagusnya ia lebih jimat dari kau beli kat kedai yang akhirnya masuk ke tong sampah kerana rasanya yang aneh.

hei,kalau tak sengaja,puasa kau tidak di kira batal.

Ami Manaf said...

@Pembunuh Tanpa Bayang:-

sekarang jarang nak beli dekat kedai sebab memang totally berjimat cermat abes la sekarang ni... makan je apa yang ada.

puasa tak batal eh. Alhamdulillah. tak perlu nak ganti banyak-banyak nanti...
:)