Tuesday, 30 July 2013

:rasa:

Ramadhan 21, catat rekod Ramadhan kali ni langsung tak jejak PARAM. Belum lagi. Alhamdulillah. Moral of the story dekat situ, tiada pembaziran sebab hari-hari masak ngam-ngam untuk tekak sendiri.

Tapi hari ni, catat sejarah sebab terbuat benda yang giler memang tak pernah dibuat langsung sepanjang 28 tahun hidup ni. Tak tahula kenapa. Sebab kepala tengah ting-tong ke, stress ke, entahla ek. Menu hari ni, nasi goreng dengan sotong goreng tepung. Sangat eksaited dengan sotong goreng tepung tu sebenarnya. Lagi eksaited sebab masa tengah siang sotong tu, ada sotong yang ada telur kat dalam. Me, sotong fanatik especially kalau yang ada telur tu. Nak potong ring, sayang takut telur dia hilang bila basuh nanti. So, aku pun korekla asingkan telur tu letak dalam piring kecik. And you know what, that telur sotong tu macam memanggil-manggil je aku untuk ratah makan. So, dengan unconsciously-nya aku pun amekla rasa. Kali pertama, erm yummy.... Kali kedua, erm macam weird je... Kali ketiga, damn aku puasa! Terus aku ludah balik telur sotong tu masuk sinki. Terus marah kat diri sendiri sebab boleh lupa yang masa tu tengah puasa. Lagi satu marah kat diri sendiri ape kejadahnyala nak merasa telur sotong yang mentah tu. Memang tak pernah dibuat orang. Err, ada ke? Ish memang sewel betul kepala otak. Agak-agak kena ganti balik tak puasa yang ni ekh? Adoyai~

Oh, lepas tu, telur sotong tu aku harung campak masuk dalam nasi goreng. Agak-agak ada orang pernah buat tak? Hihihi~ Tak kisahla kot. Aku kan perosak resipi. Yang penting, sodap. Ok, hari ni first time kot rasanya overdose makan. Perut sangat kenyang. Alhamdulillah lagi sekali...

p/s: tadi sebenarnya rasa macam nak jadi 'foodporn' upload gambar nasi goreng dengan sotong goreng tepung masuk blog. Tapi setelah difikir-fikir, tak yahla... (Konon... Padahal warna nasi goreng tak cantik sebenarnya. Rasa je sodap... lalalalala~~)

Saturday, 20 July 2013

:life:

honestly, life is quite difficult this day. sometimes it makes me cry too.. things that i didn't do for quite a long time. but it makes me realize one thing. oh, aku masih punya perasaan rupanya. all of this difficulties pun datang dari action diri sendiri. but, i never regret it at all actually. seriously. it just, biasala as a human kau bukan kuat sangat pun nak handle all difficulties yang datangkan. kadang-kadang benda yang remeh pun boleh fail and lost apetah lagi benda yang quite heavy mcm yg aku sedang rasa dan alami sekarang ni. tapi, dalam pada rasa macam heavy and quite lost tu pun, sebenarnya ada rasa tenang terselit kat situ. weird huh! but, well... aku pun tak tahu nak cakap. apa yang aku boleh buat sekarang ni ialah berdoa dan mintak tolong dengan DIA banyak-banyak. Yakin dengan DIA dan bergantung sepenuhnya dengan DIA dan seterusnya usaha to fix the things that happen sekarang ni. Sungguh aku harap semoga ALLAH permudahkan apa yang sedang aku usahakan sekarang ni. Mohon doa kalian yang membaca juga, mana tahu dimakbulkan.

p/s: life. biasala kan. orang kata macam roda. kadang-kadang kat atas dan kadang-kadang kat bawah. dan sekarang ni aku rasa macam aku berada betul-betul kat bawah kerak sana tu hah. tapi tak perlu sampai nak tekanan sangat kot sebab dalam pada susah aku ni, kalau nak difikirkan, realiti sebenarnya ada lagi orang lain yang lagiiiii susah dari aku kan. so why bother too much. yang penting hari-hari usaha untuk perbetulkan sampaila everything's gonna be just fine.

Alhamdulillah. Ya ALLAH, terima kasih untuk ujian ini. aku sedar banyak perkara...

Tuesday, 9 July 2013

:Salam Ramadhan:


.sumber-google:

Untuk Ramadhan yang lebih baik pada tahun ni, saya memohon maaf banyak-banyak atas apa jua kesilapan samada sengaja atau tidak. Semoga Ramadhan tahun ni lebih baik daripada Ramadhan yang lepas-lepas. Dan semoga kita sama-sama mendapat keberkatan di bulan yang penuh berkat ni. Salam Ramadhan semua... :)


p/s: semoga dapat habiskan misi Ramadhan tahun ni....