Saturday, 13 April 2013

:jawapan:

lagi 2 hari, genap la sebulan aku hantar surat berhenti kerja. tapi surat berhenti kerja aku tu, masih juga tak di hantar ke HR. masih juga jadi pekasam dalam bilik bos. dan dalam masa hampir sebulan ni dekat 10 kali jugak bos pujuk aku supaya jangan berhenti. dan dalam pada semua pujukan bos tu, jawapan aku tetap jugak sama, "biar saya fikir dulu". dan hari ni, bos tanya lagi. jawapan aku, ari isnin nanti saya bagi jawapan walaupun sebenarnya ari isnin tu sepatutnya adalah hari terakhir aku kalau ikut tarikh surat berhenti aku tu. aku sebenarnya sedang tunggu jawapan dari pihak yang aku pergi interview hari tu. entah, macam mengharap pulak dapat tempat tu. aku rasa tempat tu macam best dan company tu cakap jawapan akan diberikan dalam minggu ni. jadi, aku masih lagi setia menunggu. masih ada lagi besok. kalau besok masih belum ada jawapan juga, ok, aku mengalah. mungkin company tu bukan terbaik untuk aku. ok, aku tarik balik surat berhenti aku tu dan terima tawaran kenaikan gaji tu, tapi tu bukan bermakna aku akan setia di situ. aku akan usaha jugak cari apa yang terbaik untuk aku. bukan hari-hari buka mata buat rutin yang sama je. aku nak cuba sesuatu yang lasak dan mencabar. contoh, macam kena tengking dengan bos ke? haha... taklah. tapi sungguh, kerja tempat aku sekarang dengan rutin yang sama saban hari buat aku jadi manusia lemau. manusia tiada disiplin. manusia yang ambil kesempatan pada diri sendiri. cukup bulan, diri sendiri yang menderita. dan jujur jugak, aku sebenarnya rindukan aku yang dulu. aku yang workaholic. aku yang rajin. bukan macam sekarang walaupun dari satu sisi lainnya, aku sebenarnya sangat bersyukur dengan perubahan yang berlaku pada aku.

tiap-tiap hari fikir. belum ketemu jawapan lagi.

No comments: