Friday, 15 March 2013

:surat-cinta-berwarna-putih:

kau pandai. kau bijak. kau profesional. konon. dan aku, tarik diri dari permainan jahanam ni. hidup cuma sekali. buat apa nak susahkan diri, susahkan hati sampai jadi manusia busuk hitam legam gara-gara manusia seperti kau, kau dan kau dan ramai lagi kau. buat aku jadi seperti orang tak ada agama.

aku: sudah hantar surat-cinta-berwarna-putih atas meja bos. mahu jadi apa, jadilah. mahu tukar arah. mahu tukar suasana. kalau kena maki, kena marah, kena perlekehkan pun, sekurang-kurangnya dengan orang baru. erk? sekurang-kurangnya sakit hati tak melonggok-longgok sampai aku hilang waras. erk?

kalau aku tak ada pun, semuanya tetap sama je bukan. sebab siapalah aku ni. cuma seorang kuli.

buat mereka-mereka, teringin sangat mahu jadi bos bukan? silakan...

No comments: