Friday, 15 March 2013

:surat-cinta-berwarna-putih:

kau pandai. kau bijak. kau profesional. konon. dan aku, tarik diri dari permainan jahanam ni. hidup cuma sekali. buat apa nak susahkan diri, susahkan hati sampai jadi manusia busuk hitam legam gara-gara manusia seperti kau, kau dan kau dan ramai lagi kau. buat aku jadi seperti orang tak ada agama.

aku: sudah hantar surat-cinta-berwarna-putih atas meja bos. mahu jadi apa, jadilah. mahu tukar arah. mahu tukar suasana. kalau kena maki, kena marah, kena perlekehkan pun, sekurang-kurangnya dengan orang baru. erk? sekurang-kurangnya sakit hati tak melonggok-longgok sampai aku hilang waras. erk?

kalau aku tak ada pun, semuanya tetap sama je bukan. sebab siapalah aku ni. cuma seorang kuli.

buat mereka-mereka, teringin sangat mahu jadi bos bukan? silakan...

Thursday, 14 March 2013

:berhenti:

mungkin dalam bulan ni, aku akan hantar jugak surat resign tu. dah cuba bertahan sekian lamanya.

bukan kehidupan ini yang aku inginkan. aku benci dengan keadaan sekarang.

benci sebab ia jadikan aku manusia yang busuk hatinya.
benci sebab ia jadikan aku manusia yang celupar mulutnya.

ini bukan apa yang aku mahukan.

sedang menyampaikan hajat pada Yang Berkuasa. semoga apa yang dihajati diperkenankan.

aku memang tak tahu apa yang akan berlaku pada masa mendatang. tapi aku pasti, selagi aku yakin pada DIA, semuanya akan baik-baik sahaja. in sya Allah...

Friday, 8 March 2013

:jiran baru:

tak sedaq bila jiran-jiran-jiran sebelah rumah pindah. sedaq-sedaq ja dah ada lelaki-lelaki bujang baru masuk. penuhla depan rumah dengan keta. harap-harap aktiviti mak jenab depan rumah tak terganggu la lepas ni. kalau tak jenuh la ai nak cari waktu sesuai nak basuh keta ngan sapu daun kering.

it's been a long time since ada budak-waja-putih dengan budak-kacak-sebelah-rumah yang membuatkan banyak aktiviti mak jenab ai terganggu.

harap jiran-jiran-jiran sebelah rumah ni bukan patern yang suka lepak luar rumah mahu pun patern yang suka 'berlengging' tak tentu pasal.