Wednesday, 11 September 2013

:summarize of the thingy:

Hari pertama di kampung, ohsem. I love it actually! Seriously i didn't expect at all that i will make this decision. After all this years yang struggling giler taknak stay kat kampung konon. Tak tahu macam mana nak survive dekat kampung konon and all of those yada yada selfish excuse. Finally, here i am. Being a kampung girl again...

A few days before balik kampung quite menguji kesabaran jugak since i have to meet so many people, settle down many things, packing up a lot of things, kemas the whole house yang bersepah, diuji pulak dengan demam hmmm and tu je kot. Part jumpa orang tu, ada ramai yang tak sempat nak jumpa since masa yang agak singkat with my sudden decision dan a lot of things to do. Bukan tak nak stay lama sebab actually aku still jobless pun sebenarnya kat kampung ni. Tapi, stay lagi lama means i need more money which i don't have enough of that. Dapat postpone satu hari tu pun dah syukur. Thanks to owner rumah yang memahami aku tak berapa sihat untuk buat banyak benda.

Owh, btw masa perjalanan balik ke Terengganu tu, aku boleh sesat pulak. Gatai sangat nak lalu ikut highway baru ke Kota Tinggi kan. Elok-elok lepas tol kedua, terjumpa simpang empat aku dengan konfiden je belok kanan. Sekali hamek kau, tu jalan nak pergi kawasan Felda. Sampai terjumpa signboard Felda Adela terus rasa macam tak sedap hati. Terus u-turn cari signboard Mersing. Actually aku sepatutnya belok kiri ke Kota Tinggi tadi tapi gatai konfiden sendiri macam tahu jalan. Nasib baik sekejap je sesat.

Drive alone Johor-Terengganu, takdela teruk sangat bagi aku. Ok je kot since dah tahu jalan. Ok la sebab jalan tak jem. Cuba kalau jalan jem, konpem muntah hijau. Cuma inche biru tu bukan boleh laju sangat. Setakat 120-140 tu je la. Al-maklumlah cc rendah. Tapi tak kisahlah. Inche biru dah banyak sangat berjasa dekat aku. Itu lebih penting. Tapi smalam struggle jugak drive sensorang sebab badan penat giler, mate ngantuk tak cukup tidur banyak hari dah and badan plak tak baper sihat. Nak hilangkan ngantuk tu punyalah aku buat bunyi macam-macam sambil melalak kat dalam kereta tu sensorang. Kadang-kadang biler sedar diri baru berdoa sakan mintak Allah selamatkan perjalanan. Sangatlah tak senonohkan.

And y'know what. Since minyak naik 20 sen ni, ni lah kali pertama isi minyak full sampai cecah RM60++. Sebelum ni kalau minyak ada 1 bar isi penuh pun, adelah lepas RM50 sikit-sikit. Ni semalam gi isi Shell minyak sedia ada 2 bar pastu isi pulak penuh, harga cecah RM59 tu.. Lepas la dari Pasir Gudang+sesat sampai ke Cheneh, Terengganu - 2 bar. Berhenti Shell lagi sekali isi RM30, naikla sampai 4 bar. Dan dari Cheneh ke kampung jarak 150++ km turunla satu bar. Eh, sejak bile aku berkira-kira sangat pasal bajet minyak ni?

Hari ni, dah kena start berkemas kat bilik sendiri pulak walaupun badan ni masih tersangatlah penat.... Cakap wonder womenkan... lalalalala~~~

iklan: smalam mimpikan budak temok kemeja itam dengan sorang unknown. ok budak temok, kau boleh pergi. aku tahu kau dah berpunya. and unknown, kau sape?

Thursday, 5 September 2013

:big decision:

Bila difikir-fikir, aku rasa apa yang aku tengah buat sekarang ni adalah merupakan keputusan yang paling besar aku buat dalam hidup aku. Selain daripada berbaitul-muslim, pasti. Benda ni dah lama fikir tapi tak boleh nak diterima hati. Tak tahu kenapa tiba-tiba macam nekad pulak. Keputusan apa? Keputusan nak berpindah dan bermastautin ke kampung halaman di Terengganu. 

It's not a simple decision to make you know. After almost 10 years merantau dan berjuang dekat negeri orang, banyak suka duka, bukan senang nak chao macam tu je. Banyak benda nak kena fikir. Banyak benda nak kena settle down. Banyak benda nak kena plan. Mungkin sekarang aku nekad sebab aku rasa, aku dah takde apa-apa lagi kat sini. Banyak benda dah berubah, actually. Aku dah lost dekat sini. Dah tak tahu macam mana nak bangun balik. Yang aku tahu, aku nak mak. Mak semacam dah jadi energy aku sekarang ni.

Aku start fikir pasal benda ni pun lepas dah borak-borak dengan mak masa balik raya aritu. Story-story dengan mak pasal kerja. Aku tahu mak pun quite bimbang sebab aku tak kerja, tapi aku pun no choice. Tak sangka akan diuji macam tu. Tapi aku tak menyesal pun. Mungkin hikmahnya, aku sekarang akan kembali pulang ke kampung halaman. Berbakti pada kedua orang tua aku, insyaAllah. Kata-kata mak yang satu tu buat aku fikir banyak benda. Mak cakap "balik-balik la mie. kerja kat kampung pulak" (dalam loghat terengganu, pasti) dan aku senyum je. Lagipun ni bukan kali pertama mak cakap macam tu. Dah banyak kali. Cuma aku yang degil dan pentingkan diri sendiri. 

Bila tengok uban mak yang dah memutih tu, badan abah yang dah makin kurus tu, buat aku sedar - aha, aku selama ni tak pernah sedar pun yang orang tua aku dah berusia sebegini dan aku masih lagi hidup pentingkan kebahagiaan sendiri dan menyusahkan mereka. Sebak sendiri....

Mak orang yang paling gembira dengan keputusan aku... 

Masa cuti raya aritu, masa aku postpone balik johor, mak yang paling happy. Tapi masa tu, aku belum bagitahu lagi rancangan aku dekat sape-sape sebab aku tak sure betul ke tak apa yang aku nak buat ni. Bila dah balik johor, baru aku rasa.... hmmm, dah takde pape lagi yang tinggal untuk aku kat sini. Dah sampai masanya. Then aku bincang dengan adik perempuan aku. Bila dah fikir masak-masak baru aku call mak bagitahu aku nak pindah balik. Well, i feel good with my decision sebab mak happy. Abah happy. That's enough for me. Aku tak bimbang dengan mulut-mulut puaka orang-orang kat kampung or sedara-sedara aku sebab bagi aku, mereka tak berapa nak menyumbang sangat pada kebahagiaan aku. Keluarga aku sendiri dah cukup. Titik!

Lagi pun, sementara aku masih bujang ni la aku boleh duduk dengan mak abah kan. Nanti kalau dah berbaitul-muslim, sah-sah kena ikut suami (yang belum diketahui siapa dan dari mana).. Cuma aku rasa masa aku bujang ni lah aku nak buat banyak benda. Tersangat banyak sebenarnya...

Well, mengira hari. Tinggal lagi 4 hari insyaAllah. Rumah baru siap packing dalam 40%. Banyak lagi benda nak kena settle. Semoga Allah permudahkan... Amin...

Johor, i really gonna miss you though. And akan rindukan awak juga budak kacak kemeja hitam (jengjengjeng... awak tahu awak siapa)

Tuesday, 3 September 2013

:do not enter:

sangat rimas bila unexpected person tiba-tiba muncul balik dalam hidup. macam gaban! kalau nak ungkit dan kenang balik cite dulu ala-ala drama korea tu. eeuuww... klise tahu! tak kuasa mak nak layan. rimas! rimas! rimas! someone please knock him down! ok, lupakan....

me: clean up the mess for today. enough is enough. moh kite teruskan hidup. untuk arini dah setel separuh bil-bil dan hutang tertunggak. tapi, aku belum study dan menghafal lagi untuk pre-exam malam ni!!! uwaaa!!! cikgu, maafkan saya sebab saya sangat bizi dengan urusan pindah-randah ni... sobs sobs...

Monday, 2 September 2013

:sayonara inche hitam:

December 2010-September 2013. Hampir 3 tahun juga aku bela inche hitam, boyfriend kesayangan. Tapi atas sebab-sebab tertentu terpaksa jugak lepaskan. Sebabnya, bila dah ada inche biru, inche hitam sudah agak terabai. Al-maklumlah aku jenis, setia pada yang satu? (kahkahkah.. takde kena mengena)... So, aku tak reti nak membahagikan masa pada mereka berdua. Yang jadi mangsa of course la inche hitam. Sebab tu terpaksa lepaskan. Lagi satu memang sebab ada masalah kewangan. So, aku hanya ada inche hitam, benda yang paling berharga yang boleh bagi fulus. Takkan nak lepaskan inche biru pulak. Inche biru dah macam nyawa kot (Sorry hitam...). Dan tadi lepas maghrib, dalam hujan lebat, maka selamatlah inche hitam diangkut dengan Hilux dengan tuan baru dia menuju ke Batu Pahat, rumah baru dia nanti... Sobs sobs... Tetiba macam pilu pulak hati ni....

.ini inche hitam kesayangan. abaikan backround belakang. rumah dalam mode packing.

Aku iklankan inche hitam dalam mudah.com. Tak sampai beberapa jam, tak henti-henti dapat sms dan call. Aku siap off phone tu time nak tidur takut kena ganggu (sebenarnya tensen sebab ramai sangat yang bertanya). Tapi dalam banyak-banyak yang bertanya, entah kenapa senang bebenor aku deal dengan tuan baru dia ni. Owh, patutlah. Chinese rupanya. Tapi, dalam konteks aku, memang aku agak lebih suka deal dengan chinese sebab diorang tak berapa fussy (jangan marah noh...)... Owner baru ni pulak hari-hari call make sure aku confirm jual dengan dia. Don't worryla bos, saya jenis tepati janji insyaAllah.

Dan sebab nak lepaskan inche hitam, inilah kali pertama aku jejak JPJ Johor. (Terima kasih pada cik puan kimia sebab sudi tunjuk jalan in advance).. Dan sebab tak tahu procedur jugak, aku dengan lurus bendulnya berdiri menunggu giliran lagi 100++ nombor dengan pakai wedges 3 inci macam nak tercabut buku lali rasanya, dan terpaksa tunggu lagi isi borang dan tunggu lagi pegawai JPJ bertugas rehat. Padahal, aku sepatutnya in advance isi borang and then terus je amek tandatangan pegawai bertugas and then setel terus. Takpelah, pengalaman. Every things start with the first timekan. Next time insyaAllah dah no problem dah. Erk, ada lagi ke next time?

Harapnya tuan baru inche hitam nanti dapat jaga dia dengan lebih baik... Sekurang-kurangnya hargai sikit inche hitam sebab bukan senang aku nak dapat inche hitam. Dan bukan senang jugak aku nak lepaskan. Lepas dah accident dua kali taw baru dapat beli inche hitam. Kalau tak sampai sekarang mesti masih lagi dengan Merah. Apa khabar Merah agaknya sekarang ni...

Anyway, sayonara inche hitam. Tak sempat nak snap gambar terakhir hitam naik hilux sebab phone kat atas dan aku dah basah kuyup kena hujan...

Friday, 23 August 2013

:raya:

sekarang ni masih lagi di bulan Syawal tapi aku tak rasa pun macam sekarang ni tengah bulan Syawal. tak rasa pun macam baru je lepas sambut raya. rasa biasa. mungkin sebab macam tahun-tahun sebelum ni, aku tak pernah nak eksaited pun nak sambut raya. tahun ni raya sama macam tahun-tahun sebelumnya. aku memang dah sah-sah kena jadi mak mah, bancuh air kat dapur dari hari raya pertama sampaila ke hari raya yang orang datang melawat. tahun ni sampai raya kelima. cuma tahun ni amek tender bancuh air kat rumah sendiri je berbanding tahun-tahun sebelum ni kena gilir ulang-alik bancuh air kat umah tokki sebelah rumah jugak. tahun ni aku biarkan je umah tokki sebab makcik aku dah ada. malas nak buat-buat rajin. 

tahun ni aku langsung tak beli pape untuk raya. kebetulan adik aku ada belikan sepasang kain masa awal tahun dulu so, aku pakai kain tu je buat raya. aku suruh mak jahit baju kurung biasa je sebab aku memang pesen old-skool. pesen kurang gemar nak berpesen-pesen sangat. lagilah bila umur dah nak meningkat ke angka tiga ni, part berpesen tu dah ke laut dah. sekarang ni rasa aku ni pakai pun dah macam pesen mak-mak dah. takde stail langsung. malas nak fikir. lagipun pakai baju raya tu masa raya pertama je. masuk raya kedua, aku biasa bantai pakai baju kurung lama-lama je. bukan ada sape nak tengok pun. ye dak?

raya tahun ni pun jadi makin kureng best dia sebab 'bidadari kecil' aku yang berdua tu tak balik. oh, sangat rindu dengan mereka-mereka. tapi apekan daya abang aku tak dapat cuti. nasiblah kerja navy kan. dapat dengar suara dorang je masa malam raya.

dan raya tahun ni aku langsung tak gi mana-mana waima umah kawan-kawan walaupun dah ada kereta sendiri. kenapa? entahla. aku pun tak tahu. yang aku tahu kereta aku tu tiap-tiap hari ada je orang yang bawak yang pastinya bukan aku. dan sedikitlah heart-broken tengok calar balar dekat kereta kesayangan aku tu...

satu je yang best raya tahun ni. dari sehari sebelum raya sampaila semalam, sebiji durian sehari adalah benda wajib bagi aku. yummeyyhh... kenapa sampai semalam? sebab sekarang dah kat johor dah dan stok durian bawak cukup sampai semalam je. 

sangat rindu dekat kampung sekarang ni. kalau ada kat kampung mesti tiap-tiap hari abah akan tanya, "nak makan durian tak arini mie?"... dan kadang-kadang abah siap tolong belahkan lagi walaupun aku sebenarnya boleh je belah sendiri. tak kampung la kan kalau suka makan durian tapi tak reti nak belah sendiri kan?.. heh, boleh ea macam tu?

dah balik johor ni, rasa macam kosong je hidup. rasa macam "tempat-aku-bukan-disini-lagi-gitu"... macam poyokan tapi tu lah apa yang aku rasa...

apa-apa pun. ni je lah cerita raya aku tahun ni. not interesting as usual...

Friday, 2 August 2013

.11:11.

sejak beberapa bulan ni, mostly tiap kali tengok jam, jarum jam mesti tunjuk ke pukul 11:11 tak kira pagi atau malam. not a big deal kan. cuma sebab dah selalu sangat rasa macam agak pelik. dan tidaklah aku ni memikirkan yang bukan-bukan pasal nombor tu.

belek tafsir dan terjumpa ni:

A011
"Kecuali orang-orang yang sabar dan mengerjakan amal soleh maka mereka itu akan beroleh keampunan dan pahala yang besar" -  (Hud 11:11)

mungkin ni petunjuk yang Allah nak bagi kat aku dengan situasi yang sedang aku alami semenjak dua menjak ni? mungkin...

Tuesday, 30 July 2013

:rasa:

Ramadhan 21, catat rekod Ramadhan kali ni langsung tak jejak PARAM. Belum lagi. Alhamdulillah. Moral of the story dekat situ, tiada pembaziran sebab hari-hari masak ngam-ngam untuk tekak sendiri.

Tapi hari ni, catat sejarah sebab terbuat benda yang giler memang tak pernah dibuat langsung sepanjang 28 tahun hidup ni. Tak tahula kenapa. Sebab kepala tengah ting-tong ke, stress ke, entahla ek. Menu hari ni, nasi goreng dengan sotong goreng tepung. Sangat eksaited dengan sotong goreng tepung tu sebenarnya. Lagi eksaited sebab masa tengah siang sotong tu, ada sotong yang ada telur kat dalam. Me, sotong fanatik especially kalau yang ada telur tu. Nak potong ring, sayang takut telur dia hilang bila basuh nanti. So, aku pun korekla asingkan telur tu letak dalam piring kecik. And you know what, that telur sotong tu macam memanggil-manggil je aku untuk ratah makan. So, dengan unconsciously-nya aku pun amekla rasa. Kali pertama, erm yummy.... Kali kedua, erm macam weird je... Kali ketiga, damn aku puasa! Terus aku ludah balik telur sotong tu masuk sinki. Terus marah kat diri sendiri sebab boleh lupa yang masa tu tengah puasa. Lagi satu marah kat diri sendiri ape kejadahnyala nak merasa telur sotong yang mentah tu. Memang tak pernah dibuat orang. Err, ada ke? Ish memang sewel betul kepala otak. Agak-agak kena ganti balik tak puasa yang ni ekh? Adoyai~

Oh, lepas tu, telur sotong tu aku harung campak masuk dalam nasi goreng. Agak-agak ada orang pernah buat tak? Hihihi~ Tak kisahla kot. Aku kan perosak resipi. Yang penting, sodap. Ok, hari ni first time kot rasanya overdose makan. Perut sangat kenyang. Alhamdulillah lagi sekali...

p/s: tadi sebenarnya rasa macam nak jadi 'foodporn' upload gambar nasi goreng dengan sotong goreng tepung masuk blog. Tapi setelah difikir-fikir, tak yahla... (Konon... Padahal warna nasi goreng tak cantik sebenarnya. Rasa je sodap... lalalalala~~)

Saturday, 20 July 2013

:life:

honestly, life is quite difficult this day. sometimes it makes me cry too.. things that i didn't do for quite a long time. but it makes me realize one thing. oh, aku masih punya perasaan rupanya. all of this difficulties pun datang dari action diri sendiri. but, i never regret it at all actually. seriously. it just, biasala as a human kau bukan kuat sangat pun nak handle all difficulties yang datangkan. kadang-kadang benda yang remeh pun boleh fail and lost apetah lagi benda yang quite heavy mcm yg aku sedang rasa dan alami sekarang ni. tapi, dalam pada rasa macam heavy and quite lost tu pun, sebenarnya ada rasa tenang terselit kat situ. weird huh! but, well... aku pun tak tahu nak cakap. apa yang aku boleh buat sekarang ni ialah berdoa dan mintak tolong dengan DIA banyak-banyak. Yakin dengan DIA dan bergantung sepenuhnya dengan DIA dan seterusnya usaha to fix the things that happen sekarang ni. Sungguh aku harap semoga ALLAH permudahkan apa yang sedang aku usahakan sekarang ni. Mohon doa kalian yang membaca juga, mana tahu dimakbulkan.

p/s: life. biasala kan. orang kata macam roda. kadang-kadang kat atas dan kadang-kadang kat bawah. dan sekarang ni aku rasa macam aku berada betul-betul kat bawah kerak sana tu hah. tapi tak perlu sampai nak tekanan sangat kot sebab dalam pada susah aku ni, kalau nak difikirkan, realiti sebenarnya ada lagi orang lain yang lagiiiii susah dari aku kan. so why bother too much. yang penting hari-hari usaha untuk perbetulkan sampaila everything's gonna be just fine.

Alhamdulillah. Ya ALLAH, terima kasih untuk ujian ini. aku sedar banyak perkara...

Tuesday, 9 July 2013

:Salam Ramadhan:


.sumber-google:

Untuk Ramadhan yang lebih baik pada tahun ni, saya memohon maaf banyak-banyak atas apa jua kesilapan samada sengaja atau tidak. Semoga Ramadhan tahun ni lebih baik daripada Ramadhan yang lepas-lepas. Dan semoga kita sama-sama mendapat keberkatan di bulan yang penuh berkat ni. Salam Ramadhan semua... :)


p/s: semoga dapat habiskan misi Ramadhan tahun ni....



Sunday, 30 June 2013

:new:

a few hours more to go for a new day...
dugeun, dugeun... that's for sure...
praying hard, hopes everything gonna be just fine.
goodbye old life, welcome new life...

xoxo: bakal memulakan hari pertama bekerja di tempat baru. berdoa yang aku tak buat keputusan yang salah antara dua pilihan tu... atau tiga? wish me luck!

Wednesday, 17 April 2013

:tukar profesion:

rangka masa depan, mahu tukar profesion. mahu buat apa yang aku suka dan minat. sudah merancang, sedang merancang dan dalam perangkaan membumikan perancangan. bermula dengan kelas pertama 28 April nanti. dalam proses kembali menjadi seorang pelajar. sepanjang tahun 2013 ni, akan mula menjayakan perancangan-perancangan yang dirancang. satu persatu. mohon Allah permudahkan. insyaAllah...

Saturday, 13 April 2013

:tenang:

bila kepala otak ni macam berserabut, mulalah jadi rindu nak tengok wajah 'seseorang' lepas 'dia' solat. wajah tu dulu buat aku jadi senyum sendiri. buat aku jadi tenang je. entah, aku suka tengok muka bersih 'dia' lepas solat.

tapi itu dulu... ok ni lagu baru amy mastura...

tapi betullah. 'seseorang' tu dah tak ada lagi sekarang. yang ada cuma secebis memori je.

rindu....

:jawapan:

lagi 2 hari, genap la sebulan aku hantar surat berhenti kerja. tapi surat berhenti kerja aku tu, masih juga tak di hantar ke HR. masih juga jadi pekasam dalam bilik bos. dan dalam masa hampir sebulan ni dekat 10 kali jugak bos pujuk aku supaya jangan berhenti. dan dalam pada semua pujukan bos tu, jawapan aku tetap jugak sama, "biar saya fikir dulu". dan hari ni, bos tanya lagi. jawapan aku, ari isnin nanti saya bagi jawapan walaupun sebenarnya ari isnin tu sepatutnya adalah hari terakhir aku kalau ikut tarikh surat berhenti aku tu. aku sebenarnya sedang tunggu jawapan dari pihak yang aku pergi interview hari tu. entah, macam mengharap pulak dapat tempat tu. aku rasa tempat tu macam best dan company tu cakap jawapan akan diberikan dalam minggu ni. jadi, aku masih lagi setia menunggu. masih ada lagi besok. kalau besok masih belum ada jawapan juga, ok, aku mengalah. mungkin company tu bukan terbaik untuk aku. ok, aku tarik balik surat berhenti aku tu dan terima tawaran kenaikan gaji tu, tapi tu bukan bermakna aku akan setia di situ. aku akan usaha jugak cari apa yang terbaik untuk aku. bukan hari-hari buka mata buat rutin yang sama je. aku nak cuba sesuatu yang lasak dan mencabar. contoh, macam kena tengking dengan bos ke? haha... taklah. tapi sungguh, kerja tempat aku sekarang dengan rutin yang sama saban hari buat aku jadi manusia lemau. manusia tiada disiplin. manusia yang ambil kesempatan pada diri sendiri. cukup bulan, diri sendiri yang menderita. dan jujur jugak, aku sebenarnya rindukan aku yang dulu. aku yang workaholic. aku yang rajin. bukan macam sekarang walaupun dari satu sisi lainnya, aku sebenarnya sangat bersyukur dengan perubahan yang berlaku pada aku.

tiap-tiap hari fikir. belum ketemu jawapan lagi.

Friday, 15 March 2013

:surat-cinta-berwarna-putih:

kau pandai. kau bijak. kau profesional. konon. dan aku, tarik diri dari permainan jahanam ni. hidup cuma sekali. buat apa nak susahkan diri, susahkan hati sampai jadi manusia busuk hitam legam gara-gara manusia seperti kau, kau dan kau dan ramai lagi kau. buat aku jadi seperti orang tak ada agama.

aku: sudah hantar surat-cinta-berwarna-putih atas meja bos. mahu jadi apa, jadilah. mahu tukar arah. mahu tukar suasana. kalau kena maki, kena marah, kena perlekehkan pun, sekurang-kurangnya dengan orang baru. erk? sekurang-kurangnya sakit hati tak melonggok-longgok sampai aku hilang waras. erk?

kalau aku tak ada pun, semuanya tetap sama je bukan. sebab siapalah aku ni. cuma seorang kuli.

buat mereka-mereka, teringin sangat mahu jadi bos bukan? silakan...

Thursday, 14 March 2013

:berhenti:

mungkin dalam bulan ni, aku akan hantar jugak surat resign tu. dah cuba bertahan sekian lamanya.

bukan kehidupan ini yang aku inginkan. aku benci dengan keadaan sekarang.

benci sebab ia jadikan aku manusia yang busuk hatinya.
benci sebab ia jadikan aku manusia yang celupar mulutnya.

ini bukan apa yang aku mahukan.

sedang menyampaikan hajat pada Yang Berkuasa. semoga apa yang dihajati diperkenankan.

aku memang tak tahu apa yang akan berlaku pada masa mendatang. tapi aku pasti, selagi aku yakin pada DIA, semuanya akan baik-baik sahaja. in sya Allah...

Friday, 8 March 2013

:jiran baru:

tak sedaq bila jiran-jiran-jiran sebelah rumah pindah. sedaq-sedaq ja dah ada lelaki-lelaki bujang baru masuk. penuhla depan rumah dengan keta. harap-harap aktiviti mak jenab depan rumah tak terganggu la lepas ni. kalau tak jenuh la ai nak cari waktu sesuai nak basuh keta ngan sapu daun kering.

it's been a long time since ada budak-waja-putih dengan budak-kacak-sebelah-rumah yang membuatkan banyak aktiviti mak jenab ai terganggu.

harap jiran-jiran-jiran sebelah rumah ni bukan patern yang suka lepak luar rumah mahu pun patern yang suka 'berlengging' tak tentu pasal.

Monday, 25 February 2013

:shut down:

tidak aktif di mana-mana laman sosial. entah. tawar hati. seringkali berfikiran untuk tutup sahaja blog ini. boleh? lagipun sudah tiada apa yang ingin dikongsikan lagi selain daripada carutan yang tak punya faedah.

kadang-kadang, sepertinya mahu kembali ke masa lalu. kembali ke zaman manusia berhati beku.

Tuesday, 22 January 2013

:invitation:

bukak emel, dapat invitation untuk "boutique opening" bulan February nanti. macam biasa, lokasi dekat KL. tengok senarai invitation guest, agak ramai juga fashionista. sangat berbesar hati dengan jemputan yang diterima, tapi sayang memang tak dapat nak menghadirkan diri. hanya mampu ucapkan tahniah pada puan owner dengan doa, semoga bisnes sukses-sukses selalu. 

ami: banyak betul event dekat KL bulan January yang tak dapat nak join sekali sebab masalah-masalah yang tak dapat dielakkan. Semoga dipermudahkan untuk bulan February dan seterusnya.. Amin~

Saturday, 19 January 2013

:singapore:

zack up status cakap dia dah jatuh cinta dengan singaporean punya lifestyle.

tetiba aku jadi rindu dekat singapore. night view dekat sana is one of the best. like seriously.. entah bila boleh lepak sana lagi... :(


Saturday, 12 January 2013

:umur:

bila budak umur bawah-bawah aku bahasakan diri dia akak, like seriously aku rasa macam, erk? okay... awkward...

sama macam bila budak-budak bawah aku panggil aku dengan nama je, aku pun rasa macam, erk? okay... awkward... dulu macam tak hairan sangat tapi bila umur aku dah makin melonjak ke angka tiga ni, semua tu rasa macam hairan. entah...

sebab pesen aku, umur satu tahun tua dari aku, aku memang dah panggil akak. automatically. dan untuk orang yang aku baru kenal, aku memang akan tanya umur dulu sebab taknak ada salah faham nanti. dan untuk aku tahu apa yang aku patut panggil sebenarnya.

tak termasuk situasi dengan lelaki sebab hanya orang-orang tertentu je yang aku panggil abang (bagi mengelakkan kesalahfahaman).

ami: i'm gonna be 28th years old kot this year, fyi. and sedang cuba hadam peel budak-budak sekarang, like seriously....

        entah kenapa isu ni tetiba jadi penting untuk aku. small matter je kot.. geleng kepala sendiri...

Tuesday, 8 January 2013

:kisah hari ini #1:

source:google
pagi, terkejut tidur macam biasa. tapi dalam pada duk mamai-mamai tu, dah dapat rasa yang kepala agak ting-tong sikit hari ni. gagahkan jugak bangun. hampir-hampir je nak terlanggar meja dan dinding. rasa macam dah jalan straight tapi idaknyelah. ke kiri ke kanan dah macam orang mabuk. gagahkan jugak pergi tandas ambil wuduk dan solat subuh dulu. dah lepas solat, ambik keputusan nak masuk kerja lambat sikit. ataupun halfday je terus. elakkan nanti bawak kereta cium bontot kereta orang je. takpun langgar divider tepi jalan. naya~

ambil telefon, mesej bos bagitahu tak dapat datang kerja sebab kepala ting tong. then lepas tu set alarm and sambung tidur balik.

al-kisahnya dalam tidur, aku bermimpi. aku tahu tu semua mainan setan je tu sebab aku tidur idakler baca doa apa-apa. di siang hari pulak tu. tapi mimpi tu agak best sebab aku ketemu sama aku punya crush masa zaman tingkatan enam dulu. aku, dia dan beberapa orang kawan yang idak ler dikenali, having a nice time travel together. owh, forget to tell ya, he's married. even i know that he is someone husband now, we manage to behave each other. agak ohsem di situ. and part mimpi yang paling best aku rasa, kitorang berpisah happily with a smile and lambai tak hengat. homai~

ok, lupakan pasal mimpi tu. the thing is, i used to like him like crazy dulu. sebab dia is the only one sepanjang hidup aku yang bagi aku a weird feeling ever. and actually i still waiting for him until la a few month ago, aku terjumpa profile dia di mukabuku. dan dengan muka tak malunya, aku add dia sebagai kawan. and you know what, dia approve aku sebagai kawan. masa tu lah aku tahu dia dah pun berkahwin dengan seorang wanita cantik dan punya cahayamata yang sangat comel. and hey, aku tak jeles langsung bila aku dapat tahu status dia sekarang. and hey again, aku dah tak rasa lagi the weird feeling tu. maybe sebab dah bertahun-tahun kot benda ni berlaku. 

tiba-tiba rasa macam kelakar dekat diri sendiri. entah apa-apa.

duhai adeq madiani, lepas ni takdelah aku nak tanya mu lagi pasal dia tiap kali aku balik kampung atau tiap kali kita jumpa. dan mesti mu terkejut dia dah kawen kan. aku lupa nak bagitau mu.. heee~ dan satu lagi nak habaq mai, dia sekarang pun duk johor jugak taw...

ok. yang pelik, aku mimpikan crush aku tapi aku rasa rindu nak gila pada budak LC merah. well, walaupun dapat jumpa kadang-kadang bila Allah izinkan je, tapi aku tetap sentiasa doakan yang terbaik untuk dia. no matter apa pun status dia sekarang, i always pray for him. always. lagi-lagi bila aku teringat dan rindu kat dia. gila~

ami: macam biasa, entri mengarut yang takde pekdah. harap maklum, terima kasih...

Wednesday, 2 January 2013

:2013:

Dah masuk tahun baru. Umur makin pendek tapi Alhamdulillah... Syukur sebab masih diberi peluang untuk bernafas dan peluang untuk terus berubah dan cari redha Allah. Dan Alhamdulillah sebab dapat berita gembira juga. Semoga Allah terus permudahkan perancangan dan semoga Allah redha.

Buat semua teman, selamat tahun baru.

Peace no war!