Wednesday, 31 October 2012

:nak tak nak:

bila kau datang kerja dengan perasaan riang gumbira kemudian tetiba ada makhluk lain yang samada sengaja atau tak sengaja buat perasaan riang kau tu bertukar jadi tragedi air mata, nak tak nak kau kena cool jugak. nak tak nak kau kena jugak tahan empangan air mata kau tu dari roboh. dan nak tak nak kau kena jugak bilang sama hati, "kau kena kuat! kau boleh buat! kau hidup bukan untuk mereka!". macam poyo pun ada jugak rasa kadang-kadang. tapi nak tak nak, hidup tu memang perlu diteruskan bukan? apa nak heran kalau setakat seorang dua je yang bikin kau down, kalau masih ada berorang-orang lagi yang boleh bikin kau hepi kan. abaikan saja yang seorang dua tu. tak penting.

ami: macam biasa, aku bukan kesukaan ramai... dan macam biasa, bertabahlah duhai hati... DIA masih ada dan akan sentiasa ada bukan?

Monday, 29 October 2012

:si hitam:

beberapa hari ini, baru aku sedar rupa-rupanya si hitam itu masih menebal dalam diri. masih belum mampu dirungkai. mampu dilawan. dan seorang aku ini rupa-rupanya masih lagi lemah. terlalu lemah.

ami: sedang merangkak meninggalkan jahiliyah...

Saturday, 20 October 2012

:kenapa dengan hati:

diri tertanya-tanya...
kenapa dengan hati...
sepertinya ada sesuatu...
menusuk-nusuk...
pilu...

Thursday, 18 October 2012

:perancangan:

.too much unpaid leave. sedih.
ikut perancangan, bulan ini cuma mahu cuti dua hari sempena Aidiladha nanti, tapi disebabkan kesihatan yang agak tak menentu, rekod kehadiran ke tempat kerja sangat-sangatlah menyedihkan. dari dua hari yang dirancang, dah bertambah-tambah harinya dengan cuti mengejut. alahai... pening kepala memikirkan kewangan untuk inche biru bulan hadapan.

dan selepas hampir dua minggu, baru hari ini aku merajinkan diri untuk ke klinik. itu pun sebab sudah tidak tahan dengan sakit kepala yang tidak mahu hilang-hilang walaupun sudah banyak panadol yang aku telan. semasa cik puan doktor memeriksa tahap kesihatan aku pun, dia cakap takda apa-apa sangat. aku demam mungkin disebabkan oleh faktor jangkitan kuman. bila difikir-fikirkan balik, memang ada betulnya. sebab badan aku mula rasa semacam selepas jari aku terkena serpihan cermin yang pecah. masa terkena tu, walaupun lukanya cuma cinonet sahaja, tapi darah mengalir dengan banyaknya dan ambil masa untuk berhenti. dan lepas tu, aku cuma biarkan saja tanpa meletakkan sebarang ubat. dan hari ni, lepas je aku telan antibiotik yang cik puan doktor bagi, badan aku dah ok sikit. dan yang paling penting, tiada lagi sakit kepada. homai. salah diri sendiri sebab tak nak pergi cek doktor awal-awal. salah diri sendiri dan salah diri sendiri. jadi sendiri tanggung ok ami!

.terima kasih budak hijau. terima kasih Tuhan.
harap besok, badan kembali sihat seperti sedia kala. dan harap kepala otak boleh fokus dan tak buat benda mengarut dan bukan-bukan. otak fikirkan benda lain, tapi badan pula bagi reaksi yang berlainan. alahai. nasib je tiap kali kejadian, takde saksi yang melihat melainkan tadi masa nak balik dari klinik je, terbuat aksi yang memalukan diri sendiri. tangan dah picit alarm kereta untuk buka kunci, tapi lepas tu tangan ni jugak yang gatal nak cucuh kunci kereta sebab nak buka pintu yang berkunci. dah kena gelak dengan budak cashier kedai depan tempat aku parking. malu tapi buat bodoh.

ami: lain kali jangan jadi budak degil ok ami!

Tuesday, 16 October 2012

:duhai hati:

.picture by rejectedangel18 from deviantart.
disebabkan kesalah fahaman yang dulu yang cinonet yang aku tak terfikir pun akan disalah fahamkan tu, aku mula jadi manusia yang over sensitif. bukan setakat sensitif, tapi over. pantang tercuit sikit, mesti nak berderai air mata waima benda sekecil-kecil kuman je. kalau dah sebesar gajah, mahulah dah macam air terjun berderainya. hati oh hati. kenapa dengan kau ha? kalau dah tiap-tiap hari mahu berderai air mata, lama-lama boleh jadi gila juga. sejak bila aku jadi manusia paling lemah alam semesta ni? alahai...

sekarang ni rasa macam dah tak daya nak ketawa atau senyum seperti selalunya. nak menyampuk lawak-lawak bodoh kawan-kawan pun macam tak kuasa. rasa macam selesa diam dan berada dalam dunia sendiri je. aku dapat rasa macam aimi yang dulu tu dah mula nak datang balik. benci! bukan senang aku nak berubah jadi aimi sekarang. bukan senang... itu pasti...

ami: maaf, aku sangat tidak pandai jadi manusia hipokrit... dan aku sangat perlukan dunia baru...

Saturday, 13 October 2012

:tak sihat:

badan panas,
tekak perit dan mual,
kepala kepeningan.

dua hari demam, dua hari baik kemudian demam balik.
dugaan alahai.
terima sajalah.

seharian dipenuhkan dengan tidur je.
nak buat apa pun tak terdaya.
kalau terjaga pun, cuma habiskan dengan baca buku kemudian tidur balik.
alahai.

harap isnin nanti semua kembali ke normal.
tak mahu cuti lagi.
perlu lebih bekerja keras untuk budak biru.
dan perlu bercuti lagi untuk AidilAdha.
semoga perancangan dipermudahkan.
Amin...

Friday, 12 October 2012

:ambil:

DIA ambil mereka dalam hidup aku pada waktu yang sama.
tapi tidak mengapa.
aku terima dengan hati terbuka.
walau jauh nun disudut hati, ada perasaan negatif juga.
kerana aku kan manusia biasa.

aku pandang ujian ini pada sudut positif.
DIA ambil mereka kerana DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk aku.
dan aku juga terima dengan terbuka kerana aku tahu, akan ada yang lebih baik sedang menanti.
jadi daripada aku menegatifkan diri, lebih baik aku berpositif saja.
itu lebih baik.

senyum.

ami: sedang membiasakan diri dengan keadaan baru...

Wednesday, 10 October 2012

:jaga:

untuk kamu,
jaga agama,
jaga solat,
jaga diri...

untuk aku juga....

Monday, 8 October 2012

:akhir:

selesai mengecilkan jumlah-jumlah hutang yang ada mengikut perancangan. Alhamdulillah. semoga jumlah hutang akan mengecil dan menghilang dengan cepat supaya aku boleh hidup aman damai sikit lepas ni. kahkahkah. dan yang paling penting supaya aku boleh konsentrasi lebih sikit untuk tanggungjawab aku pada mak abah. senyum~

bila buka saja planner, baru sedar rupa-rupanya sudah mahu ke penghujung tahun bila melihatkan ruangan planner yang sudah mula menipis. terlalu banyak benda yang berlaku dalam hidup sepanjang tahun ni. dan terlalu banyak belajar benda baru. yang pasti, tahun 2012 adalah tahun yang terbaik untuk aku sepanjang 27 tahun aku hidup. sangat. semoga tahun-tahun mendatang akan jadi lebih baik. semoga aku jadi lebih baik.

ami: Tuhan, terima kasih untuk nikmat ini... :)

Friday, 5 October 2012

:konon:

konon nak berlagak cool.
konon nak berlagak tough.
konon nak berlagak takde pape.
last-last berderai jugak air mata.
hanya mampu ucap, S.E.L.A.M.A.T

ami: sentiasa mendoakan yang terbaik