Thursday, 20 September 2012

:realiti yang mereka tidak pernah tahu:

mereka boleh berkata apa sahaja. dan aku hanya mampu tersenyum. malas mahu membahaskan apa-apa. realiti tentang perkara itu yang mereka tidak tahu.

realiti yang mereka tidak pernah tahu, aku dan manusia itu tidak pernah ada hubungan istimewa. belum pernah lagi sepanjang perkenalan, aku melafazkan sudi untuk menerima dia sebagai teman istimewa walaupun banyak kali manusia itu memaksa. maaf, benda itu tak pernah dan tak akan pernah terjadi. awal perkenalan, manusia itu berkata mahu berkawan. dan aku, ya, berkawan apa salahnya. tanpa aku sedari dengan perkataan ya itu, bakal merubah banyak kehidupan aku. banyak kebahagiaan aku. sampai sekarang.

awal perkenalan yang bermula dari sms. nombor aku yang dia perolehi daripada seorang teman sekerja tanpa persetujuan aku. marah juga aku pada teman sekerja itu. dia cuma mampu berkata maaf. tapi sayang, maaf dia tak mampu merubah apa-apa. benda sudah pun berlaku. (sebab kenapa aku sangat merahsiakan nombor telefon aku. waima di pejabat pun aku meminta persetujuan pihak admin supaya jangan paparkan nombor telefon aku di sebarang contact list)

aku hanya terima dan anggap kau sebagai kawan, walaupun kau dengan kepohnya mencanang ke seluruh dunia, aku ini teman istimewa kau walaupun realitinya, kau tak pernah mahu terima kenyataan tentang kata-kata aku, "aku tak pernah anggap kau teman istimewa." kata-kata yang hampir keluar dari mulut aku setiap hari. kata-kata yang selalu aku tegaskan tentang perhubungan kita. kata-kata yang kau tak pernah mahu hadam dan telan. dan aku, sudah malas mahu berkata-kata lagi.

kawan apanya kalau mahu mengongkong hidup aku. kawan apanya kalau mahu tahu setiap gerak geri aku. kawan apanya kalau mahu tahu setiap siapa aku bergaul. kawan apanya yang mahu tahu ada dan tiadanya aku. rimas! aku tak pernah lagi berkawan dengan manusia yang berkelakuan seperti kau. malah, bekas-teman-istimewa aku juga tidak seperti kau yang mahu mengawal banyak benda tentang aku. saat perkenalan dengan manusia itu, rasanya seperti dalam hell. sungguh!

kawan konon yang memaksa aku berjumpa keluarga kau. kawan konon yang mahu tayang aku ke sana sini. kelakar sungguh istilah kawan kau itu.

setelah bersusah payah aku cuba menjauh dari manusia itu, setelah aku cuba bina kembali bahagia aku, tiba-tiba aku mendapat berita buruk. seperti mimpi ngeri. mimpi ngeri yang tak pernah lupus sehingga sekarang. kenyataan yang aku cuba telan entah ke berapa ratus kali entah. dia, manusia yang aku cuba lupuskan dari hidup aku, tiba-tiba berdiri dan muncul di tempat aku mencari rezeki. kenapa? kenapa? kenapa? kenapa dalam banyak-banyak tempat mesti kau bekerja satu tempat dengan aku? ini dunia aku, kenapa kau ceroboh dunia aku? saat itu juga, aku benci kau! benci! benci yang teramat sangat!

saat dia muncul, hidup aku dah jadi entah apa entah. sampai satu saat, aku buat keputusan untuk berhenti kerja. ya, salah satu sebab kenapa aku berhenti kerja, sebab mahu lari dari bayang-bayang kau. aku rasa lemas yang teramat bila terpaksa harung hari demi hari dengan kewujudan kau. biar orang kata aku bodoh sebab buat keputusan sebegini, tapi yang pasti, aku tak sanggup.

aku berhenti kerja sebab kau. jadi, jangan pernah harap aku kembali masuk bekerja kerana kau. perasaan aku ke kau, masih sama macam dulu. tak pernah berubah. yang berubahnya, kali ini aku tak anggap kau kawan aku lagi. dan takkan pernah. cukup sekali aku jumpa dan kenal lelaki psiko seperti kau.

aku ingatkan enam bulan sudah cukup lama untuk aku kumpul kekuatan untuk hadapi mimpi ngeri ni. tapi rupa-rupanya aku silap. bayang dan kelibat dia sahaja sudah cukup untuk buat aku jadi histeria. Tuhan....

sekarang, buntu tak tahu nak buat apa. mahu berhenti kerja lagi? sedangkan aku terlalu sukakan kerja aku. sekarang ni, teringatkan benda ni sahaja sudah boleh buatkan airmata aku mengalir tiba-tiba tak kira masa. beban tu rasa macam berat sangat nak tanggung. aku mungkin ketawa, tapi hati dan fikiran Tuhan saja yang tahu. Cik Puan Kimia cakap, jangan fikir sangat. memang aku tak pernah nak fikir tapi kalau dah terpaksa harung hari-hari dengan kewujudan dia, benda tu akan automatik jadi terfikir. apa perlu aku buat?

video
lagu ni, sama dengan apa yang aku rasa sekarang. kalaulah dunia ini tiada undang-undang, pasti pengakhirannya, aku akan lakukan sama seperti yang perempuan itu lakukan. demi secebis kebahagiaan mungkin. 

dia mula menjadi lelaki psiko yang menakutkan, bila dia inbox di muka buku aku ayat-ayat yang menyeramkan. bila dia share gambar-gambar profile aku sehingga aku terpaksa delete, hide dan untagged semua gambar yang ada wajah aku. walaupun sebelum ni aku rasa, membuat keputusan untuk bekerja satu tempat kerja dengan aku sudah cukup psiko.

kau, kenapa tak pernah nak cuba terima kenyataan? hati dan perasaan bukan boleh dipaksa-paksa. kalau boleh dipaksa, sudah lama aku paksa inche lelaki-yang-aku-suka untuk sukakan aku juga tahu. cubalah kau terima kenyataan, tolong....

kerana hati dan perasaan, dulu, aku di'ubat pengasih'kan. sekarang, terpaksa berhadapan dengan lelaki psiko. lepas ini apa lagi? Tuhan... semoga aku sentiasa berada di bawah lindunganMu dari manusia-manusia sebegini. Amin...

ami: untuk dia lelaki yang aku suka, sudi tak awak jadi 'boipren' saya? mungkin dengan kehadiran insan yang bernama 'boipren' boleh mengubah situasi? mungkin... (bukan niat nak mainkan perasaan awak, lelaki-yang-saya-suka, cuma mahu mencari secebis bahagia. mungkin awak boleh membantu... mungkin...)

cik puan kimia... apa yang perlu aku buat? lama-lama boleh jadi gila kalau terus-terusan dengan situasi macam ni... :'(

No comments: