Wednesday, 26 September 2012

:selamat datang budak biru:

23 september 2012. hari ini dalam sejarah. pergi jemput budak biru bawak balik rumah. malam sebelumnya sampai tak boleh tidur gara-gara asyik teringat dekat budak biru je. tertanya-tanya macam manalah rupanya. dan jjajjang....

.inche biru.
ini inche biru aku.

puas hati setelah sekian lama merancang. walaupun pada awal perancangan dulu bukan 'jenama' ni yang aku mahu, tapi tak kisahlah. ikut kemampuan. sebab kalau nak ikutkan kereta idaman, mungkin lagi sepuluh tahun pun aku takkan mampu beli.

bersyukur dengan apa yang ada. lepas ni dah takkan ada lagi dengar ayat-ayat: "amoi, beli kereta la", "amoi, bila mahu beli kereta?", "mi, tulah. i suruh you beli kancil you taknak"... dan macam-macam ayat lagi sampai dah boleh hafal dah tiap kali jumpa. lagi-lagi bila hari hujan. tapi.... mereka mereka masih belum tahu lagi aku sudah ada inche biru sebab segala urusan jual beli ni, aku diam-diam saja. yang tahu dekat pejabat cuma, cik puan kimia, admin kak ita dengan inche QA sorang. saja taknak kecoh-kecoh. aku kan perahsia orangnya. kikikiki....

dan walaupun aku sudah ada inche biru, aku masih lagi setia dengan inche hitam. pergi kerja hari-hari pun masih dengan inche hitam sebab senang. kasihan dengan inche biru tersadai saja dekat rumah. nasiblah. lagipun aku masih belum yakin mahu bawa inche biru sorang-sorang. aku kan pengecut orangnya.

dan lagipun aku rasa macam macho je bawak inche hitam ke sana ke mari (ayat mahu pelempang... lalalala~)

.inche hitam - sekadar gambar hiasan.
ami: sedang berkira-kira mahu beli rumah pula. sedang meneliti kawasan-kawasan yang berpotensi dan mahu lawat beberapa buah rumah contoh untuk membuat pilihan.

bak kata seseorang, semua sudah ada tinggal cuma 'orang rumah' saja yang belum ada. kahkahkah.

Saturday, 22 September 2012

:menunggu ketibaan ahli baru:

tinggal lagi beberapa jam sahaja sebelum aku menjemput kedatangan ahli baru ke dalam keluarga ami manaf. agak berdebar-debar juga. kali pertama mahu bertemu dengan si dia besok. entah bagaimana rupa dia aku sendiri tidak pasti. hanya mampu berdoa agar besok, semuanya akan baik-baik saja. insyaAllah.

ami: fikiran tak tentu hala memikirkan besok. gembira dalam takut... setelah sekian lama menanti. terima kasih Tuhan untuk pemberianMu ini... syukur...

Thursday, 20 September 2012

:realiti yang mereka tidak pernah tahu:

mereka boleh berkata apa sahaja. dan aku hanya mampu tersenyum. malas mahu membahaskan apa-apa. realiti tentang perkara itu yang mereka tidak tahu.

realiti yang mereka tidak pernah tahu, aku dan manusia itu tidak pernah ada hubungan istimewa. belum pernah lagi sepanjang perkenalan, aku melafazkan sudi untuk menerima dia sebagai teman istimewa walaupun banyak kali manusia itu memaksa. maaf, benda itu tak pernah dan tak akan pernah terjadi. awal perkenalan, manusia itu berkata mahu berkawan. dan aku, ya, berkawan apa salahnya. tanpa aku sedari dengan perkataan ya itu, bakal merubah banyak kehidupan aku. banyak kebahagiaan aku. sampai sekarang.

awal perkenalan yang bermula dari sms. nombor aku yang dia perolehi daripada seorang teman sekerja tanpa persetujuan aku. marah juga aku pada teman sekerja itu. dia cuma mampu berkata maaf. tapi sayang, maaf dia tak mampu merubah apa-apa. benda sudah pun berlaku. (sebab kenapa aku sangat merahsiakan nombor telefon aku. waima di pejabat pun aku meminta persetujuan pihak admin supaya jangan paparkan nombor telefon aku di sebarang contact list)

aku hanya terima dan anggap kau sebagai kawan, walaupun kau dengan kepohnya mencanang ke seluruh dunia, aku ini teman istimewa kau walaupun realitinya, kau tak pernah mahu terima kenyataan tentang kata-kata aku, "aku tak pernah anggap kau teman istimewa." kata-kata yang hampir keluar dari mulut aku setiap hari. kata-kata yang selalu aku tegaskan tentang perhubungan kita. kata-kata yang kau tak pernah mahu hadam dan telan. dan aku, sudah malas mahu berkata-kata lagi.

kawan apanya kalau mahu mengongkong hidup aku. kawan apanya kalau mahu tahu setiap gerak geri aku. kawan apanya kalau mahu tahu setiap siapa aku bergaul. kawan apanya yang mahu tahu ada dan tiadanya aku. rimas! aku tak pernah lagi berkawan dengan manusia yang berkelakuan seperti kau. malah, bekas-teman-istimewa aku juga tidak seperti kau yang mahu mengawal banyak benda tentang aku. saat perkenalan dengan manusia itu, rasanya seperti dalam hell. sungguh!

kawan konon yang memaksa aku berjumpa keluarga kau. kawan konon yang mahu tayang aku ke sana sini. kelakar sungguh istilah kawan kau itu.

setelah bersusah payah aku cuba menjauh dari manusia itu, setelah aku cuba bina kembali bahagia aku, tiba-tiba aku mendapat berita buruk. seperti mimpi ngeri. mimpi ngeri yang tak pernah lupus sehingga sekarang. kenyataan yang aku cuba telan entah ke berapa ratus kali entah. dia, manusia yang aku cuba lupuskan dari hidup aku, tiba-tiba berdiri dan muncul di tempat aku mencari rezeki. kenapa? kenapa? kenapa? kenapa dalam banyak-banyak tempat mesti kau bekerja satu tempat dengan aku? ini dunia aku, kenapa kau ceroboh dunia aku? saat itu juga, aku benci kau! benci! benci yang teramat sangat!

saat dia muncul, hidup aku dah jadi entah apa entah. sampai satu saat, aku buat keputusan untuk berhenti kerja. ya, salah satu sebab kenapa aku berhenti kerja, sebab mahu lari dari bayang-bayang kau. aku rasa lemas yang teramat bila terpaksa harung hari demi hari dengan kewujudan kau. biar orang kata aku bodoh sebab buat keputusan sebegini, tapi yang pasti, aku tak sanggup.

aku berhenti kerja sebab kau. jadi, jangan pernah harap aku kembali masuk bekerja kerana kau. perasaan aku ke kau, masih sama macam dulu. tak pernah berubah. yang berubahnya, kali ini aku tak anggap kau kawan aku lagi. dan takkan pernah. cukup sekali aku jumpa dan kenal lelaki psiko seperti kau.

aku ingatkan enam bulan sudah cukup lama untuk aku kumpul kekuatan untuk hadapi mimpi ngeri ni. tapi rupa-rupanya aku silap. bayang dan kelibat dia sahaja sudah cukup untuk buat aku jadi histeria. Tuhan....

sekarang, buntu tak tahu nak buat apa. mahu berhenti kerja lagi? sedangkan aku terlalu sukakan kerja aku. sekarang ni, teringatkan benda ni sahaja sudah boleh buatkan airmata aku mengalir tiba-tiba tak kira masa. beban tu rasa macam berat sangat nak tanggung. aku mungkin ketawa, tapi hati dan fikiran Tuhan saja yang tahu. Cik Puan Kimia cakap, jangan fikir sangat. memang aku tak pernah nak fikir tapi kalau dah terpaksa harung hari-hari dengan kewujudan dia, benda tu akan automatik jadi terfikir. apa perlu aku buat?

lagu ni, sama dengan apa yang aku rasa sekarang. kalaulah dunia ini tiada undang-undang, pasti pengakhirannya, aku akan lakukan sama seperti yang perempuan itu lakukan. demi secebis kebahagiaan mungkin. 

dia mula menjadi lelaki psiko yang menakutkan, bila dia inbox di muka buku aku ayat-ayat yang menyeramkan. bila dia share gambar-gambar profile aku sehingga aku terpaksa delete, hide dan untagged semua gambar yang ada wajah aku. walaupun sebelum ni aku rasa, membuat keputusan untuk bekerja satu tempat kerja dengan aku sudah cukup psiko.

kau, kenapa tak pernah nak cuba terima kenyataan? hati dan perasaan bukan boleh dipaksa-paksa. kalau boleh dipaksa, sudah lama aku paksa inche lelaki-yang-aku-suka untuk sukakan aku juga tahu. cubalah kau terima kenyataan, tolong....

kerana hati dan perasaan, dulu, aku di'ubat pengasih'kan. sekarang, terpaksa berhadapan dengan lelaki psiko. lepas ini apa lagi? Tuhan... semoga aku sentiasa berada di bawah lindunganMu dari manusia-manusia sebegini. Amin...

ami: untuk dia lelaki yang aku suka, sudi tak awak jadi 'boipren' saya? mungkin dengan kehadiran insan yang bernama 'boipren' boleh mengubah situasi? mungkin... (bukan niat nak mainkan perasaan awak, lelaki-yang-saya-suka, cuma mahu mencari secebis bahagia. mungkin awak boleh membantu... mungkin...)

cik puan kimia... apa yang perlu aku buat? lama-lama boleh jadi gila kalau terus-terusan dengan situasi macam ni... :'(

Wednesday, 19 September 2012

:wordless wednesday #12 - lukis:

.antara koleksi dulu-dulu. sekarang ni kalau nak suruh lukis macam ni, satu sketch book pun belum tentu boleh dapat hasil yang sama. tangan dah berkarat. kah kah kah.

Tuesday, 4 September 2012

:keluarga:

sabtu, ahad, isnin, habiskan masa dengan mak, abah dan adik dekat rumah sewa. makan sama-sama. jalan-jalan sama-sama. borak sama-sama. bergurau sama-sama. gembira. hidup pun rasa terisi je ada orang tersayang di sisi. tapi bila hari ini pulang ke rumah dari bekerja dan dapati mereka sudah pun pulang ke kampung, tiba-tiba hati ni rasa sayu je. rasa kosong, sunyi, sedih. dah takde tempat nak berborak. dah takde tempat nak bergaduh. dah takde tempat nak menyakat. 

bukan tak biasa hidup sendiri. dah bertahun-tahun pun hidup sendiri jugak. balik ke kampung pun jarang-jarang sekali. mungkin efek aku 'bercuti' dekat kampung lama sangat kot itu hari. jadi, kadang-kadang emosi ni jadi lain macam sikit bila sendiri. sebab enam bulan dah terbiasa ada orang-orang dekat sekeliling. pagi petang siang malam. sekarang, dekat rumah je, sorang-sorang. jadi, ada sedikit perubahan di situ. sedang cuba biasakan diri.

baru pagi tadi jumpa mak abah. salam cium peluk mereka. sekarang, dah rasa macam rindu gila-gila. nak nangis. sungguh! kalaulah terengganu-johor tu dekat kan. sekarang jugak aku pergi jumpa mereka. alahai. sabarlah hati.

ami: mungkin juga sebab 'kawan baik' datang, emosi jadi haru-biru sikit.