Saturday, 30 June 2012

.tukar.

mahu tukar latar belakang blog aku tapi tak tahu apa corak yang kena dengan jiwa aku. aku kira pink dan warna girly langsung tak sesuai dengan watak kasar aku. tetap hitam di hati.

konon mahu jadi 'perempuan'
konon mahu jadi lembut...
konon mahu jadi ayu.
sampaikan bukan setakat blog sahaja aku mahu tukar, malah gantungan pakaian yang cuma kebiasaannya punya warna hitam dan coklat juga aku mahu tukar.
konon...
konon sepertinya yang diatas itu.
tapi aku merasakan seperti tak kena langsung dengan jiwa kasar aku.
langsung!

tapi kalau aku masih cuba untuk tukar kepada yang konon itu, tak salah bukan?
masih cuba setkan jiwa sendiri ke radar yang sepatutnya.
dengan harapan yang konon itu akan jadi kenyataan.

ami: mahu bersiap-siap. mahu keluar. mahu hirup udara kotor johor bahru. mahu cari pasal. mahu jadi pemerhati. mahu lepaskan sesak di dada. mahu cuba jadi yang konon di atas. [senyum...]

masih mencari corak dan warna yang sesuai. bertahan saja dengan apa yang ada sehingga aku ketemukan.

3 comments:

sizuka[Izzati] said...

tak salah mencuba.mungkin boleh cuba warna pink pulak :D

Leoz said...

tukar la ala2 girlish :)

Ami Manaf said...

:)
sebenarnya sudah cuba tukar ke warna pink tp rasa macam ada yang tak kena je...