Saturday, 21 April 2012

Si Kecil

Melly sedang khusyuk menonton siaran televisyen di atas sofa buruk di tengah ruang tamu yang kosong. Tengah melayan rancangan Tentang Dhia yang sedang hangat diperkatakan kini kerana wujudnya kehadiran watak Zikir,  yang budak-budak perempuan termasuk dia, merasakan sangat comel dan menarik hati. Si kecil di sebelah merengek-rengek menangis. Lapar agaknya. Disuapkan mulut si kecil dengan sisa nestum tadi yang entah masih elok atau tidak sambil mata masih lagi terpacak pada kaca televisyen. Si kecil merengek lagi. Dahaga kali. Disua pula botol susu tadi yang masih bersisa ke mulut si kecil. Tapi, si kecil masih juga begitu. Merengek dan terus merengek. Kesabaran Melly mula menipis apabila si kecil terus-terusan merengek dan mengganggu konsentrasinya untuk menonton Zikir.

“Hish!!! Bosan betullah aku dengan budak kecik ni. Kau nak ape lagi ha? Makan dah! Minum pun dah! Semak tahu! Aku nak layan Zikir pun tak senanglah! Kau tak boleh tunggu kejap ke ha?” Melly menempelak si kecil yang terus-terusan merengek sepertinya si kecil faham saja akan kata-katanya. Si kecil masih juga begitu. Merengek dan menangis. Disebabkan sudah hilang kewarasan, Melly mula mencapai bantal kecil yang dipeluknya tadi lantas menyembamkan bantal tersebut ke muka si kecil. Sedikit demi sedikit, tangisan dan rengekan si kecil mula diam. Sepi.

“Huh. Reti pun kau diam! Aman hidup aku,” dengus Melly. Dia masih seperti tadi. Tidak lepas pandangannya dari kaca televisyen. Masih dengan keterujaannya menonton Zikir. Selepas rancangan Tentang Dhia habis, Melly terus melangkah ke bilik untuk bersiap mandi. Malam nanti ada pelanggan yang harus dilayan. Jadi dia perlu bersiap dan bermandi-mandian. Kaca televisyen dibiarkan saja terbuka, mendengarkan suara-suara sumbang pemberita menyampaikan berita. Si kecil yang sudah diam dibiarkan saja di atas sofa dengan bantal kecil yang masih setia tertungkup di muka. Melly tak ambil peduli.

Ketika Melly ingin melangkah ke bilik air, kedengaran sipi-sipi suara pemberita menyampaikan tentang kes terkini pembuangan bayi. Melly mencebik.
“Apa punya bodohlah manusia. Dah pandai buat, tapi tak pandai nak jaga. Puih!” Melly bermonolog sendiri sambil meneruskan langkahnya ke bilik air.

******************************

Lady Ami kata: Apa yang patut aku panggil penulisan kat atas ni ek? Cerpen? Kispen? Entah aku pun tak tahu. Tapi aku tulis ni sempena peraduan nak menang buku 'Kontrol Histeria' [dulu-dulu punya cerita]. Tema penulisan sepatutnya adalah 'abnormaliti imaginasi' tapi yang aku tulis kat atas tu tak abnormal langsung. Aku sendiri pun sedar penulisan ni tiada unsur-unsur abnormaliti. Biasa-biasa je. Macam adik aku cakap bila aku suruh dia komen penulisan aku sebelum hantar dekat penganjur, "mcm xmlmbngkn abnormaliti imaginasi je..ak pun kurg pndai bab2 nih..tp klu abnormaliti imaginasi nih bukn ke more pd yg mcm kurg logik dek akal tp myeronokkn...ak pn blur nk ltak tjuk mnde..". Tapi aku ni kan budak degil. Aku gatal jugak tangan nak hantar penulisan ni. Bukan aku taknak fikirkan idea baru cuma kepala otak aku ni tak mampu nak cerna idea-idea yang bertemakan abnormaliti. Bila aku baca blog Kontrol Histeria pun, kadang-kadang boleh buat tekak aku loya dan tak lalu makan tahu. Apatah lagi nak tulis benda-benda yang meloyakan tekak. Weh, minda aku ni bila terfikirkan benda-benda macam tu, kadang-kadang boleh jadi ekstrem tahu. Sebab tu aku selalu halang kepala otak aku untuk fikir benda yang bukan-bukan. Dan aku tahu kalau aku menang buku tu sekalipun, aku takkan mampu baca sampai habis, sebab tu aku tak beli dan aku tak follow pun blog kontrol histeria ni. cuma kadang-kadang aku ada jugak baca-baca dekat situ. Pape pun aku tabik springlah dekat penulis-penulis Kontrol Histeria sebab mampu tulis penulisan-penulisan macam tu. sungguh aku tak mampu... sob3...

No comments: