Thursday, 26 April 2012

:gaji:

aku paling tak suka bila aku masuk kerja, orang sibuk nak tanya aku pasal gaji aku berapa. kalau kau tanya lepas tu kau diam, aku tak kisah. tapi kalau lepas kau tanya lepas tu kau nak bising banding-banding dengan gaji kau dan orang lain, memang aku hangin. kenapa susah-susah sangat nak tahu rate gaji orang? kau buat kerja kau sendiri sudahlah. aku malas nak layan jadi bila orang tanya berapa gaji aku dapat bila dah masuk kerja balik ni, aku senang dengan diam dan senyum sahaja. senang kan?

Saturday, 21 April 2012

Si Kecil

Melly sedang khusyuk menonton siaran televisyen di atas sofa buruk di tengah ruang tamu yang kosong. Tengah melayan rancangan Tentang Dhia yang sedang hangat diperkatakan kini kerana wujudnya kehadiran watak Zikir,  yang budak-budak perempuan termasuk dia, merasakan sangat comel dan menarik hati. Si kecil di sebelah merengek-rengek menangis. Lapar agaknya. Disuapkan mulut si kecil dengan sisa nestum tadi yang entah masih elok atau tidak sambil mata masih lagi terpacak pada kaca televisyen. Si kecil merengek lagi. Dahaga kali. Disua pula botol susu tadi yang masih bersisa ke mulut si kecil. Tapi, si kecil masih juga begitu. Merengek dan terus merengek. Kesabaran Melly mula menipis apabila si kecil terus-terusan merengek dan mengganggu konsentrasinya untuk menonton Zikir.

“Hish!!! Bosan betullah aku dengan budak kecik ni. Kau nak ape lagi ha? Makan dah! Minum pun dah! Semak tahu! Aku nak layan Zikir pun tak senanglah! Kau tak boleh tunggu kejap ke ha?” Melly menempelak si kecil yang terus-terusan merengek sepertinya si kecil faham saja akan kata-katanya. Si kecil masih juga begitu. Merengek dan menangis. Disebabkan sudah hilang kewarasan, Melly mula mencapai bantal kecil yang dipeluknya tadi lantas menyembamkan bantal tersebut ke muka si kecil. Sedikit demi sedikit, tangisan dan rengekan si kecil mula diam. Sepi.

“Huh. Reti pun kau diam! Aman hidup aku,” dengus Melly. Dia masih seperti tadi. Tidak lepas pandangannya dari kaca televisyen. Masih dengan keterujaannya menonton Zikir. Selepas rancangan Tentang Dhia habis, Melly terus melangkah ke bilik untuk bersiap mandi. Malam nanti ada pelanggan yang harus dilayan. Jadi dia perlu bersiap dan bermandi-mandian. Kaca televisyen dibiarkan saja terbuka, mendengarkan suara-suara sumbang pemberita menyampaikan berita. Si kecil yang sudah diam dibiarkan saja di atas sofa dengan bantal kecil yang masih setia tertungkup di muka. Melly tak ambil peduli.

Ketika Melly ingin melangkah ke bilik air, kedengaran sipi-sipi suara pemberita menyampaikan tentang kes terkini pembuangan bayi. Melly mencebik.
“Apa punya bodohlah manusia. Dah pandai buat, tapi tak pandai nak jaga. Puih!” Melly bermonolog sendiri sambil meneruskan langkahnya ke bilik air.

******************************

Lady Ami kata: Apa yang patut aku panggil penulisan kat atas ni ek? Cerpen? Kispen? Entah aku pun tak tahu. Tapi aku tulis ni sempena peraduan nak menang buku 'Kontrol Histeria' [dulu-dulu punya cerita]. Tema penulisan sepatutnya adalah 'abnormaliti imaginasi' tapi yang aku tulis kat atas tu tak abnormal langsung. Aku sendiri pun sedar penulisan ni tiada unsur-unsur abnormaliti. Biasa-biasa je. Macam adik aku cakap bila aku suruh dia komen penulisan aku sebelum hantar dekat penganjur, "mcm xmlmbngkn abnormaliti imaginasi je..ak pun kurg pndai bab2 nih..tp klu abnormaliti imaginasi nih bukn ke more pd yg mcm kurg logik dek akal tp myeronokkn...ak pn blur nk ltak tjuk mnde..". Tapi aku ni kan budak degil. Aku gatal jugak tangan nak hantar penulisan ni. Bukan aku taknak fikirkan idea baru cuma kepala otak aku ni tak mampu nak cerna idea-idea yang bertemakan abnormaliti. Bila aku baca blog Kontrol Histeria pun, kadang-kadang boleh buat tekak aku loya dan tak lalu makan tahu. Apatah lagi nak tulis benda-benda yang meloyakan tekak. Weh, minda aku ni bila terfikirkan benda-benda macam tu, kadang-kadang boleh jadi ekstrem tahu. Sebab tu aku selalu halang kepala otak aku untuk fikir benda yang bukan-bukan. Dan aku tahu kalau aku menang buku tu sekalipun, aku takkan mampu baca sampai habis, sebab tu aku tak beli dan aku tak follow pun blog kontrol histeria ni. cuma kadang-kadang aku ada jugak baca-baca dekat situ. Pape pun aku tabik springlah dekat penulis-penulis Kontrol Histeria sebab mampu tulis penulisan-penulisan macam tu. sungguh aku tak mampu... sob3...

Thursday, 19 April 2012

:kembali.... hari pertama...:

setelah enam bulan lebih aku melarikan diri dari hiruk-pikuk suasana di Simpac Marine, kini aku kembali. aku sendiri sebenarnya tak pasti keputusan yang aku buat ini betul atau tak tapi aku teruskan juga. sekurang-kurangnya keputusan ini bukanlah satu keputusan terdesak. senyuman dan nafas lega mak abah setelah mendapat khabar aku sudah kembali bekerjaya sekurang-kurangnya membuatkan aku bahagia. ya, demi mak abah. dan untuk aku sendiri, aku sebenarnya masih sayangkan kerjaya aku dulu. cuma atas sebab-sebab tertentu je yang buatkan aku nekad untuk berhenti. dan aku tak pernah menyesal sebab sepanjang enam bulan itu, aku belajar tentang banyak benda. sungguh!

hari pertama, rasa macam biasa sangat-sangat. rasa macam aku tak pernah berhenti langsung. rasa macam enam bulan tu sekelip mata je. rasa macam aku baru naik kerja dari cuti hari minggu. tegur dan senyum dengan ramai orang. yang luar biasa sikit pun cuma dengan tengok reaksi pekerja-pekerja sana yang terkejut dengan kehadiran aku. ada yang gembira. ada yang tak gembira ke??? entah aku tak tahu dan aku tak peduli.

sampai kilang, parking motor, hand-print pakai no. lama (walaupun dah enam bulan aku berhenti, no. hand-print aku masih lagi ada dalam system) masuk opis dan terus duduk dekat meja sendiri (walaupun sekarang dah beralih tempat kedudukan). awalnya aku cuma habiskan masa dengan mengemas dan mengelap sekeliling meja yang kotor tahap gaban (maklumlah bekas tempat duduk lelaki.. faham-faham sudah...). sebabnya komputer baru untuk aku masih belum sampai. bestkan, baru masuk je dah dapat komputer baru. ramai kot yg macam tak puas hati aku asyik dapat komputer baru. sebabnya ni kali kedua aku dapat komputer baru. yang lama kawan aku dah guna.

sampailah komputer aku selamat sampai, selamat dipasang dan selamat diinstall dengan software-software tertentu, aku terus sahaja memulakan rutin kerja seperti biasa. tiada intro atau ajaran-ajaran istimewa. aku cuma bertanya perubahan-perubahan yang telah dibuat sepanjang enam bulan aku berhenti dan yang lainnya aku sendiri. yang paling tak boleh tahan bila ada office-mate bertanya tentang masalah-masalah dan penyelesaian pada aku. padahal aku baru sahaja masuk kerja selepas enam bulan. seriusly, memang macam tak pernah berhenti kerja. sampailah ke hari ini hari ketiga aku bekerja, sudah banyak drawing yang aku setelkan dan masih banyak yang menanti.

apa-apapun, aku bersyukur dengan segala apa yang ada. semoga dipermudahkan. semoga diberkati.

.dolu-dolu... lunch hour dekat today dengan opismate. dolu rapat sekarang masing-masing dah buat haluan masing-masing.