Monday, 5 March 2012

:lari rumah:

jujur aku cakap, aku pelik dengan perkataan lari rumah tu sebab aku rasa lari dari rumah lagi sesuai walaupun agak panjang. korang tak rase ke ape yang aku rase? baik, abaikan~

masa aku kecik-kecik dulu, aku selalu je rase macam nak lari dari rumah bila aku tensi sangat dengan persekitaran keliling aku. serius! aku kan pemberontak. kalau ade pape yang tak kena mulalah aku rasa macam nak lari. rasa je lah. macamlah  aku berani sangat nak buat. pengecut nak mampus aku ni tahu. dulu, kononlah nak lari dari rumah sebab tensi ngan parents. tapi bila kena dapat masuk asrama masa tingkatan satu, nangis jugak nak balik rumah.. hahahampeh kan~ tapi kejap je la aku nangis, bila dah kamceng dengan kawan-kawan, aku buat perangai pulak taknak balik rumah waima masa cuti sekolah. terukkan. best woo duduk asrama. macam-macam boleh buat. darah muda katekan. banyak kenangan masa duduk asrama. kenangan manis, kenangan pahit. tapi rasa macam pahit je banyak kot~ wee~
.tingkatan 5. 10 tahun yang lepas. ce teka mane satu aku.
lepas je habis tingkatan tiga, dah tak duduk asrama dah. masuk tingkatan empat dah kena sekolah biasa sebab result PMR cukup-cukup makan je. aku pulak sengal. orang lain semua isi borang MRSM tapi aku sorang je, isi, tapi lepas tu buat pekasam simpan bawah tilam dalam dorm. aku pun dah lupa kenapa aku tak hantar borang tu. kalau tak mahu jugak aku layak masuk sekolah asrama penuh macam orang lain (perasan). walaupun sekolah biasa tapi aku dapat jugak tawaran masuk sekolah teknik tapi aku tolak. alasan, aku tak biasa duk jauh. sayang nak tinggalkan kawan-kawan. ala cakap je la penakutkan. pastu nak bagi alasan banyak-banyak pulak. siku kang baru tahu. tapi tak nyesal pun tak gi masuk sekolah teknik. kat sekolah biasa tu pun best. dapat jadi taiko. maklumlah sekolah baru bukak dan aku termasuk dalam golongan batch pertama. orang lain semua pakai kasut putih, aku ngengade gi sekolah pakai kasut hitam. bajet pengawas tapi bukan pun. aku suke zaman remajeeee....
habis SPM sambung tingkatan enam sebab result damn teruk giler. mau tak teruk. orang lain dekat nak periksa sibuk dengan study, aku pulak sibuk dengan rancangan tv. malam-malam duk ngadap tv sampai sanggup tidur pukul 1-2 pagi kau. lepas tu periksa result dapat 2A je. padan muka kau. tu pun nasib baik dapat masuk tingkatan enam kelas ekonomi. tapi tu pun aku duk sibuk nak bercinta bagai. hamek kau masuk tingkatan enam boleh terjatuh cinta pulak kat senior ensem. ensem kat mate aku je. kat mate orang lain mesti cakap aku bute rabun. ade aku kesah? tapi rasenye mase masuk tingkatan enam giler kot aku tensi sampai nak lari dari rumah. serius! sampaila aku dapat offer untuk sambung blaja kat poli. heaven kot aku rase. poli jb beb. jauh tu beb. aku rase akulah orang yang paling gembira masa tu kot. awal-awal duk jauh dari keluarga tapi sikit pun aku tak nangis. tak macam aku mula-mula masuk asrama dulu. akhirnya Tuhan makbulkan jugak doa aku.

tambah tolak darab bahagi, dah dekat 9 tahun jugak aku bermastautin dekat pasir gudang, johor. tak termasuk aku jadi CEO kilang anggur dah hampir 5 bulan kat kampung ni. entah. bukan tak nak bermastautin balik dekat kampung halaman cuma aku tak boleh nak duduk sini lama-lama. aura negatif tu banyak sangat sampaikan aku boleh naik histeria kadang-kadang. kalau aku duk jauh, aku boleh fikir positif sikit. boleh jadi matang sikit. boleh jadi timbang rasa sikit. pandai menghargai sikit. dan yang penting aku tak naik histeria walaupun duduk sorang-sorang. 

ok, sudah. aku sebenarnya nak bagitahu, aku tak sabar nak balik pasir gudang balik. tu je, saje je taip panjang-panjang kasik korang bace sebab aku dah lame tak update blog. line internet slow sangat nak layan blogger (alasan padahal pemalas nak mampus)...

nanti aku rajin aku update lagi ya walaupun aku tahu takde orang pun nak bace blog sampah masyarakat aku ni. ㅋㅋㅋㅋ~~~

No comments: