Monday, 19 March 2012

:kenapa mesti begitu:

.picture by gwarf from deviantart.
aku tak faham sangat-sangat. ada sape-sape yang boleh fahamkan aku? seriusly...

masa mak kau sihat even takdelah berape sihat pun sebenarnya dan masih tinggal di rumah sendiri dengan bapak kau, sikit pun kau takde inisiatif untuk datang melawat waima untuk menelefon sekalipun. konon mak bapak kau ade kat rumah tu, diorang berdua tu oklah. padahal dalam hati dorang, bergolak rindukan anak cucu. tapi kau tak pernah nak ambil peduli walaupun rumah kau tu takdelah jauh sangat. setakat naik kereta yang makan masa tak sampai setengah jam tu pun. pelik. telefon pun tidak sedangkan orang tua berdua tu semangat sampai beli telefon sendiri semata-mata mengharapkan anak cucu adalah bertanyakan khabar. beli telefon sendiri ok bukannya anak-anak yang belikan. si tua yang sudah menjengah usia tua itu tu... tapi... sia-sia...

kau datang hanya bila ada perayaan atau kau datang hanya bila kau perlukan wang...

dan sekarang, bila mak kau masuk hospital barulah kau semua terhegeh-hegeh minta cuti dan mahu menjaga. bawa makanan bagai dan semua. cuba kalau mak kau tak masuk hospital. aku rasa sampai bila-bila pun kau tak datang menjenguk bukan? sungguh aku tak faham. 

dan oh ya, belum lagi termasuk suara-suara sumbang kau yang mengata itu dan ini pada kami. kami yang selalu ada disisi si tua berdua. kami yang selalu menjaga kebajikan si tua berdua. kami yang mencari rezeki dan memberikan belanja bulanan pada si tua berdua. kami yang selalu mendengar keluh kesah si tua berdua. dan kami juga yang selalu dikata itu dan ini oleh si tua. 

moral of the story: bumi ini bulat. dan Allah itu Maha Adil. macam mana kau buat dekat mak kau, nanti tak mustahil kalau anak kau akan berbuat benda yang sama pada kau. ini realiti yang aku dah alami dan nampak depan mata sendiri. peace~

2 comments:

epalejau said...

huhu.. alahai..terus rasa macam nak tido dengan mak malam ni..T_T

Ami Manaf said...

dah besar pun epal boleh tido ngan mak lagi ea? sometimes i want too tapi mak tak kasi. tak leh nak manja2 ngan mak... :(