Tuesday, 20 March 2012

:contengan:


rindu mahu menconteng, melukis dan mewarna seperti zaman belajar dahulu. menconteng, melukis dan mewarna, tiga benda yang memberikan satu kepuasan jiwa pada aku. walaupun aku sedar, aku bukan seorang pelukis sempurna... enam tahun sudah........................

.picture from urbaani from devianart.

Monday, 19 March 2012

:kenapa mesti begitu:

.picture by gwarf from deviantart.
aku tak faham sangat-sangat. ada sape-sape yang boleh fahamkan aku? seriusly...

masa mak kau sihat even takdelah berape sihat pun sebenarnya dan masih tinggal di rumah sendiri dengan bapak kau, sikit pun kau takde inisiatif untuk datang melawat waima untuk menelefon sekalipun. konon mak bapak kau ade kat rumah tu, diorang berdua tu oklah. padahal dalam hati dorang, bergolak rindukan anak cucu. tapi kau tak pernah nak ambil peduli walaupun rumah kau tu takdelah jauh sangat. setakat naik kereta yang makan masa tak sampai setengah jam tu pun. pelik. telefon pun tidak sedangkan orang tua berdua tu semangat sampai beli telefon sendiri semata-mata mengharapkan anak cucu adalah bertanyakan khabar. beli telefon sendiri ok bukannya anak-anak yang belikan. si tua yang sudah menjengah usia tua itu tu... tapi... sia-sia...

kau datang hanya bila ada perayaan atau kau datang hanya bila kau perlukan wang...

dan sekarang, bila mak kau masuk hospital barulah kau semua terhegeh-hegeh minta cuti dan mahu menjaga. bawa makanan bagai dan semua. cuba kalau mak kau tak masuk hospital. aku rasa sampai bila-bila pun kau tak datang menjenguk bukan? sungguh aku tak faham. 

dan oh ya, belum lagi termasuk suara-suara sumbang kau yang mengata itu dan ini pada kami. kami yang selalu ada disisi si tua berdua. kami yang selalu menjaga kebajikan si tua berdua. kami yang mencari rezeki dan memberikan belanja bulanan pada si tua berdua. kami yang selalu mendengar keluh kesah si tua berdua. dan kami juga yang selalu dikata itu dan ini oleh si tua. 

moral of the story: bumi ini bulat. dan Allah itu Maha Adil. macam mana kau buat dekat mak kau, nanti tak mustahil kalau anak kau akan berbuat benda yang sama pada kau. ini realiti yang aku dah alami dan nampak depan mata sendiri. peace~

Saturday, 17 March 2012

:facebook badge:


aku buat kerja gila dengan create page sendiri. itu tu kat tepi tu. saje suka-suka. kepala dah masuk air agaknya. aku tahu aku nobody so well... oh, boleh saja kalau mahu troll aku sebab gediks mahu buat page bagai. no heart feeling tapi nanti dekat 'sana' jawab saja sama 'Dia' ya... 

ada orang letak status ini dekat mukabuku dia. dan aku terkesan jugak. insyaAllah aku juga akan cuba buat benda yang sama. 

"Ada orang mati dan tak sempat deactivate Facebook dia,
Tinggal dan tertayang begitu sahaja,
Tiada siapa tahu bila dia akan mati,
Maka mengapa tidak kita biasakan untuk tulis, letak, perkara yan baik-baik sahaja?"

ya, aku juga tak nak mati dan tinggalkan dunia ini dengan keburukan kalau boleh. jadi untuk kamu juga yang membaca. seboleh-bolehnya aku akan cuba berkongsi apa yang terbaik. kalau kamu harapkan aku letak gambar posing aku, maaf tiada... semoga Allah redha~

.picture by CristinaN from deviantart.
 xoxo: like kalau sudi. page tu masih baru jadi masih belum ada apa-apa yg menarik. peace ^_^

Friday, 16 March 2012

:aku cuma... :

aku cuma nak bantu kau. nak tolong kau. nak kongsi pengalaman aku dengan kau sebab kau masih baru. tapi kau bukan nak dengar cakap aku kan. kau nak dengar kata kau je. bagi kau aku ni bukan sape-sape pun kan. tapi kalau dah kau tak nak dengar cakap aku tu, tak payahlah kau nak merungut mendengus depan aku. sakit jiwa aku tengok kau tahu! aku benci tahu! aku ni dah cukup berhempas-pulas dengan hidup dan masalah aku. ada aku bising dan merungut depan kau? kalau aku merungut pun, ada pernah kau ambil kisah? sebab kau rasa diri kau lagi bermasalah dari aku. aku rimas!!!

.picture by paleispretty from deviantart.

xoxo : aku ingin pergi....

Tuesday, 6 March 2012

:adik lelaki:


kadang-kadang aku rasa ada adik lelaki itu sangat cool berbanding dengan ada adik perempuan. heh! sebabnya aku rasa adik perempuan aku sangat tidak cool. heh!
kadang-kadang aku rasa macam mahukan seorang adik lelaki untuk meluahkan segala suka duka aku. macam yang aku cakap tadila, aku rasa ada seorang adik lelaki itu adalah sangat cool. tak macam ada seorang adik perempuan yang kadang-kadang buat hidup kau macam dalam hell!! heh!
bukan aku tak bersyukur. cuma kadang-kadang aku rasa macam tu.
kalau dapat adik lelaki yang sporting yang boleh aku ajak pergi shopping, tengok wayang dan bersukan, bestkan!
sape yang sudi nak jadi adik lelaki aku?
ok, mencarut. bye!

Monday, 5 March 2012

:lari rumah:

jujur aku cakap, aku pelik dengan perkataan lari rumah tu sebab aku rasa lari dari rumah lagi sesuai walaupun agak panjang. korang tak rase ke ape yang aku rase? baik, abaikan~

masa aku kecik-kecik dulu, aku selalu je rase macam nak lari dari rumah bila aku tensi sangat dengan persekitaran keliling aku. serius! aku kan pemberontak. kalau ade pape yang tak kena mulalah aku rasa macam nak lari. rasa je lah. macamlah  aku berani sangat nak buat. pengecut nak mampus aku ni tahu. dulu, kononlah nak lari dari rumah sebab tensi ngan parents. tapi bila kena dapat masuk asrama masa tingkatan satu, nangis jugak nak balik rumah.. hahahampeh kan~ tapi kejap je la aku nangis, bila dah kamceng dengan kawan-kawan, aku buat perangai pulak taknak balik rumah waima masa cuti sekolah. terukkan. best woo duduk asrama. macam-macam boleh buat. darah muda katekan. banyak kenangan masa duduk asrama. kenangan manis, kenangan pahit. tapi rasa macam pahit je banyak kot~ wee~
.tingkatan 5. 10 tahun yang lepas. ce teka mane satu aku.
lepas je habis tingkatan tiga, dah tak duduk asrama dah. masuk tingkatan empat dah kena sekolah biasa sebab result PMR cukup-cukup makan je. aku pulak sengal. orang lain semua isi borang MRSM tapi aku sorang je, isi, tapi lepas tu buat pekasam simpan bawah tilam dalam dorm. aku pun dah lupa kenapa aku tak hantar borang tu. kalau tak mahu jugak aku layak masuk sekolah asrama penuh macam orang lain (perasan). walaupun sekolah biasa tapi aku dapat jugak tawaran masuk sekolah teknik tapi aku tolak. alasan, aku tak biasa duk jauh. sayang nak tinggalkan kawan-kawan. ala cakap je la penakutkan. pastu nak bagi alasan banyak-banyak pulak. siku kang baru tahu. tapi tak nyesal pun tak gi masuk sekolah teknik. kat sekolah biasa tu pun best. dapat jadi taiko. maklumlah sekolah baru bukak dan aku termasuk dalam golongan batch pertama. orang lain semua pakai kasut putih, aku ngengade gi sekolah pakai kasut hitam. bajet pengawas tapi bukan pun. aku suke zaman remajeeee....
habis SPM sambung tingkatan enam sebab result damn teruk giler. mau tak teruk. orang lain dekat nak periksa sibuk dengan study, aku pulak sibuk dengan rancangan tv. malam-malam duk ngadap tv sampai sanggup tidur pukul 1-2 pagi kau. lepas tu periksa result dapat 2A je. padan muka kau. tu pun nasib baik dapat masuk tingkatan enam kelas ekonomi. tapi tu pun aku duk sibuk nak bercinta bagai. hamek kau masuk tingkatan enam boleh terjatuh cinta pulak kat senior ensem. ensem kat mate aku je. kat mate orang lain mesti cakap aku bute rabun. ade aku kesah? tapi rasenye mase masuk tingkatan enam giler kot aku tensi sampai nak lari dari rumah. serius! sampaila aku dapat offer untuk sambung blaja kat poli. heaven kot aku rase. poli jb beb. jauh tu beb. aku rase akulah orang yang paling gembira masa tu kot. awal-awal duk jauh dari keluarga tapi sikit pun aku tak nangis. tak macam aku mula-mula masuk asrama dulu. akhirnya Tuhan makbulkan jugak doa aku.

tambah tolak darab bahagi, dah dekat 9 tahun jugak aku bermastautin dekat pasir gudang, johor. tak termasuk aku jadi CEO kilang anggur dah hampir 5 bulan kat kampung ni. entah. bukan tak nak bermastautin balik dekat kampung halaman cuma aku tak boleh nak duduk sini lama-lama. aura negatif tu banyak sangat sampaikan aku boleh naik histeria kadang-kadang. kalau aku duk jauh, aku boleh fikir positif sikit. boleh jadi matang sikit. boleh jadi timbang rasa sikit. pandai menghargai sikit. dan yang penting aku tak naik histeria walaupun duduk sorang-sorang. 

ok, sudah. aku sebenarnya nak bagitahu, aku tak sabar nak balik pasir gudang balik. tu je, saje je taip panjang-panjang kasik korang bace sebab aku dah lame tak update blog. line internet slow sangat nak layan blogger (alasan padahal pemalas nak mampus)...

nanti aku rajin aku update lagi ya walaupun aku tahu takde orang pun nak bace blog sampah masyarakat aku ni. ㅋㅋㅋㅋ~~~