Monday, 13 February 2012

:Al-Fatihah:

Jumaat
10/02/2012

Al-Fatihah buat arwah nenek (kitorang panggil mokwe) yang telah selamat kembali ke rahmatullah pada paginya. Abah call adik lebih kurang pukul 9++ pagi lepas dapat panggilan dari ChekNgah (mak sedare). Abah cakap suh siap cepat-cepat, mokwe sakit tenat. Abah cepat-cepat balik dari noreh. Pukul 10++ pagi kitorang sekeluarga terus gerak dari rumah pergi Kemasik rumah ChekNgah. Sampai rumah lebih kurang pukul 11-12++ tak pasti. Tapi sampai je, arwah dah takde. ChekNgah dah tutup muka arwah dengan kain. Menitis jugak air mata aku. Mak lagi sebak sebab tak dapat jumpa mak dia buat kali terakhir. Mak buka kain tutup muka arwah. Dapat tengok muka arwah yang dah pucat. Alhamdulillah, aku sempat bacakan arwah surah Yassin sebab petangnya, tetiba aku 'period' lak. Syukur untuk itu.

Lepas bacakan Yassin, aku tolong ChekNgah, mak dengan kazen aku angkat arwah untuk dibersihkan badannya sikit. Pengalaman pertama aku angkat jenazah kot seumur hidup. Pengalaman berharga aku. Petangnya pulak, aku, adik dan beberapa yang lain tolong TokNgah siapkan kain kapan untuk arwah. TokNgah ajar macam mana cara nak siapkan kain kapas. Maka bergelumanglah aku dengan kain kapan, bau kapur barus, minyak ator dan macam-macam bau lagi. Pengalaman berharga aku yang kedua. Masa mandikan jenazah, aku cuma melihat dari jauh. Giliran mak-mak sedare aku yang lain pulak uruskan. 

Mak sedare, pak sedare usahakan jugak nak tanam arwah nenek hari Jumaat tu jugak. Nak ambil berkat hari Jumaat. Tercapai jugak arwah nak meninggal hari Jumaat kan. Bukan senang... Arwah disembahyangkan agak lewat pukul 5++. Tadi masa mandikan jenazah agak makan masa sikit sebab air paip yang agak perlahan. Tapi semuanya berjalan dengan lancar. Ikutkan nak tunggu lagi seorang mak sedare dari Muadzam, tapi tak sempat. Lebih kurang pukul 6++, jenazah dibawa ke tanah perkuburan untuk disemadikan. Aku pun ikut sekali. Duduk dari jauh sambil tengok arwah ditanam dan ditalkinkan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Ramai jugak sedare mare yang dari jauh balik. Senang dapat berjumpa dengan dorang. Lepas maghrib tak sempat nak tunggu tahlil sebab abah bergegas nak balik. Sebab nak hantar tok dengan masing-masing dah tak tahan kelaparan seharian tak makan pape. 

Maka, tiga hari berturut-turutlah aku sekeluarga ulang-alik ke Kemasik untuk kenduri tahlil. Penat tapi membahagiakan sebab dapat mengeratkan hubungan dengan sesama sedare.

Nasib baik sekarang ni aku tengah bercuti dan menganggur. Kalau tak, mana mungkin aku dapat pengalaman untuk uruskan jenazah dan kain kapan semua. Syukur sangat-sangat untuk itu. Aku paling bersyukur sebab Allah bagi peluang untuk aku sedekahkan Yassin dan Fatihah untuk arwah sebelum petangnya tu, aku 'period'. Sungguh!

Al-Fatihah buat arwah MokWe. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Amin...

3 comments:

Pembunuh Tanpa Bayang said...

Al-fATIHAH
MOGA DIA DI TEMPATKAN DI KALANGAN ORANG ORANG BERIMAN.....

kamu bertuah dapat peluang begitu.aku tak pernah punya kesempatan untuk menguruskan jenazah arwah opah dan adik aku sendiri.

selalu tiba,semuanya telah selesai...sedih

MadianiMamat said...

mie, bakpe lama tak update blog?
al fatihah utk mok we mu..

Ami Manaf said...

MadianiMamat:
sori deq. not really in the mood skang ni nak menulis. tgh cuba nak aktif balik ni.. huhu

Penulis Tanpa Bayang:
tu lah. aku bertuah sebab sekarang ni aku sedang menganggur. kalau tidak, aku mesti macam kamu juga. sampai bila semuanya sudah selesai... takziah untuk kamu juga ya...