Wednesday, 4 January 2012

:tahun baru, azam baru:


ok, aku tahu aku dah lambat nak buat entri pasal tahun baru ni. follower pun dah bertambah tapi, blog ni tetap kosong cenggitu jugak. haish... maaf ye kawan-kawan. bukan sengaja cuma sibuk nak setup business. ya, sekarang aku sedang sibuk berbusiness. hari-hari duk ngadap lappy sampai mate pun dah kabur, kepale otak pun dah jem. nak buat macam mana. permulaan memang macam tu kan. sabar ajelah.

sebenarnya nak ucap korang semua 'SELAMAT TAHUN BARU' walaupun dah terlambat. semoga tahun ni, amalan kita pada Maha Pencipta akan makin bertambah-tambah. Dunia dah akhir zaman kan kawan-kawan. Mohla kita sama-sama kembali ke jalan yang benar (pesanan ni khas untuk kawan-kawan yang aku sayang tau. korang tahu siapa). dan azam aku tahun ni simple je. ada dua. pertama nak perbaiki hubungan aku dengan Maha Kuasa, Allah SWT dan kedua aku nak baiki hubungan aku dengan sesama manusia. sesama saudara dalam Islam. insyaAllah...

apa azam korang pulak? ce kongsi sikit dengan aku. nak tahu jugak...

...............................................

xoxo : iklan sebentar. kalau korang rasa teringin nak beli baju cantik-cantik, boleh jenguk mukabuku aku di Ami Manaf Shoppe. dan kalau korang teringin pula nak cantik sihat sentiasa, boleh jenguk page aku pulak di Ami Manaf Beauty. Khusus untuk perempuan sahaja ya. lelaki pun boleh jugak jenguk-jenguk kalau mahu.

No comments: