Tuesday, 10 January 2012

:aku minat kau:


aku minat kau. ayat yang aku rasa macam jelek nak dengar. bila seorang kawan lama yang aku kira sudah lebih sepuluh tahun tidak berjumpa dan dengan tiba-tiba meluahkan perasaan hati pada aku, aku jadi kelu. terdiam kaku tak tahu nak bagi respon apa. sudahnya aku biarkan sahaja kata-kata tu mati disitu. tanpa sebarang balasan dengan harapan, kau sendiri faham sudahlah. aku cuma anggap kau kawan dan tak pernah lebih dari tu. tak lebih. tak kurang. cukup sebagai seorang kawan. dan jangan pernah buat aku jadi benci pada kau, sebab aku ingin selama-lamanya, kau tetap jadi kawan aku. dan kalau kau fikir kau mahu ikut jejak langkah untuk bersatu hati sesama teman sekolah sama seperti teman-teman yang lain, maaf. aku bukan orangnya. itu bukan impian aku. dan maaf juga, aku sudah jadi kurang ajar pada kau, kawan. maaf...

..............................................

xoxo : aku kira berteman bukan keinginan utama aku sekarang. aku masih punya tanggungjawab yang belum selesai... benda lain yang lebih penting daripada memikirkan soal lelaki dan jodoh...

1 comment:

Pembunuh Tanpa Bayang said...

fokus hanya pada hal yang penting saja.soal jodoh,insyaallah sampai masanya pasti ada untuk kamu =)