Tuesday, 10 January 2012

:aku minat kau:


aku minat kau. ayat yang aku rasa macam jelek nak dengar. bila seorang kawan lama yang aku kira sudah lebih sepuluh tahun tidak berjumpa dan dengan tiba-tiba meluahkan perasaan hati pada aku, aku jadi kelu. terdiam kaku tak tahu nak bagi respon apa. sudahnya aku biarkan sahaja kata-kata tu mati disitu. tanpa sebarang balasan dengan harapan, kau sendiri faham sudahlah. aku cuma anggap kau kawan dan tak pernah lebih dari tu. tak lebih. tak kurang. cukup sebagai seorang kawan. dan jangan pernah buat aku jadi benci pada kau, sebab aku ingin selama-lamanya, kau tetap jadi kawan aku. dan kalau kau fikir kau mahu ikut jejak langkah untuk bersatu hati sesama teman sekolah sama seperti teman-teman yang lain, maaf. aku bukan orangnya. itu bukan impian aku. dan maaf juga, aku sudah jadi kurang ajar pada kau, kawan. maaf...

..............................................

xoxo : aku kira berteman bukan keinginan utama aku sekarang. aku masih punya tanggungjawab yang belum selesai... benda lain yang lebih penting daripada memikirkan soal lelaki dan jodoh...

Saturday, 7 January 2012

:menitis jua:


akhirnya, air mata ini menitis juga. tanpa henti. hanya kerana sebuah kata. yang hanya aku mampu ucapkan sekarang adalah, maafkan aku. aku fikir.... ahh.. biarkan saja... jahanam saja...

aku perlukan seseorang untuk curhat.... siapa? siapa? oh ya. Dia. Dia yang selalu ada untuk aku. Dia yang Maha Mendengar. Dia Yang Maha Mengetahui. Dia Yang Maha Mengasihani. Oh Tuhan... kenapa aku jadi lemah begini? Tuhan, berikanlah aku kekuatan. Tuhan, berikanlah aku ketenangan. aku cuma....

Wednesday, 4 January 2012

:pahit manis:


sekadar sebuah curhat pada blog aku yang sentiasa setia dengan aku. 

menceburi bidang bisnes ni memang sangat menduga jiwa dan raga. kadang-kadang boleh buat semangat kau jatuh merudum. sama macam apa yang aku rasa sekarang. bila aku mengharapkan sokongan dan rangsangan dari kawan-kawan, mereka yang aku harapkan cuma berdiam diri sahaja. tanpa sebarang kata walau sepatah. sedangkan orang yang aku langsung tak sangka-sangka pula muncul dan memberikan aku sebuah kekuatan. untuk itu, terima kasih sangat-sangat. buat sahabat Madiani Mamat dan beberapa kawan yang aku baru kenal di mukabuku, terima kasih. Ayat pendek korang sudah mampu membuatkan aku tersenyum dan teruskan usaha.

..................................................

xoxo : bak kata seseorang, bila kita terlalu mengharapkan pada manusia, kita akan kecewa. sudah namapun manusia. jadi, berharaplah pada YangEsa. sesunggguhNya, hidup kita pasti akan sentiasa tenang je walaupun bermacam dugaan melanda. sebab tu sekarang aku lebih suka mengadu dan merintih pada Dia.

:tahun baru, azam baru:


ok, aku tahu aku dah lambat nak buat entri pasal tahun baru ni. follower pun dah bertambah tapi, blog ni tetap kosong cenggitu jugak. haish... maaf ye kawan-kawan. bukan sengaja cuma sibuk nak setup business. ya, sekarang aku sedang sibuk berbusiness. hari-hari duk ngadap lappy sampai mate pun dah kabur, kepale otak pun dah jem. nak buat macam mana. permulaan memang macam tu kan. sabar ajelah.

sebenarnya nak ucap korang semua 'SELAMAT TAHUN BARU' walaupun dah terlambat. semoga tahun ni, amalan kita pada Maha Pencipta akan makin bertambah-tambah. Dunia dah akhir zaman kan kawan-kawan. Mohla kita sama-sama kembali ke jalan yang benar (pesanan ni khas untuk kawan-kawan yang aku sayang tau. korang tahu siapa). dan azam aku tahun ni simple je. ada dua. pertama nak perbaiki hubungan aku dengan Maha Kuasa, Allah SWT dan kedua aku nak baiki hubungan aku dengan sesama manusia. sesama saudara dalam Islam. insyaAllah...

apa azam korang pulak? ce kongsi sikit dengan aku. nak tahu jugak...

...............................................

xoxo : iklan sebentar. kalau korang rasa teringin nak beli baju cantik-cantik, boleh jenguk mukabuku aku di Ami Manaf Shoppe. dan kalau korang teringin pula nak cantik sihat sentiasa, boleh jenguk page aku pulak di Ami Manaf Beauty. Khusus untuk perempuan sahaja ya. lelaki pun boleh jugak jenguk-jenguk kalau mahu.