Tuesday, 25 December 2012

:rindu:

dua-tiga hari ni,
tetiba je rasa rindu pada yang tak wujud...

Monday, 10 December 2012

:diffusion of responsibility:

i wonder if i also one of those unresponsible people who don't have any sense to other's...
am i?
am i?
i hope i'm not...
really hope that i'm not because it's scary enough to read others story related to this matter.
i don't want to be one of the victim some day just because of my failure to be a responsible one.

ami: sangat sedih dengan attitude a-lot-of malaysian yang so called baik hati but the truth is... mana pergi adab semua ya? i wonder...

Friday, 7 December 2012

:change:

i've change my 'genre'...
and i'm totally happy with it...
big smile...

:social networking:



on blog hanya untuk baca post-post orang je. kalau nak tulis post sendiri, takdenye. tak tahu nak merapu apa.

dan not really into facebook mode sekarang ni. setakat bukak je pastu abaikan.

most of the time habiskan masa dekat youtube je.

dan instead of up status dekat facebook, aku lebih selesa dekat twitter je.

dan mula berjinak-jinak dengan tumblr. dan most of the things dekat my tumblr are random.


ami: berapa banyak dan daaa.... sila abaikan tajuk. just a random bubbling... sekian...

Thursday, 29 November 2012

:takde kerja:

dua minggu pergi kerja tapi takde kerja. sangat membosankan. nasiblah ada seminggu tu banyak tak datang kerja sebab demam. cuma yang tak nasibnya, gaji nanti konpem cukup-cukup makan je. entah-entah tak cukup, since company dah kuatkuasakan peraturan baru. tak datang kerja tanpa alasan, kena tolak insentif bulanan. alasan aku, aku demam tapi company takkan terima kalau tiada bukti. dan buktinya, kena ada surat mc. dan memandangkan, aku pergi klinik selepas waktu bekerja, macam mana mahu ambil mc kan. isi borang cuti tanpa gaji pun takkan diterima tak seperti sebelum ni. jadi aku cuti sahaja tanpa isi apa-apa borang. dah alang-alang nak tolak insentif bulanan dan tolak gaji bulanan. jadi, gaji kali ni, sangat-sangat cukup makan je sebab dah tolak macam-macam. belum lagi tolak insentif bulanan disebabkan kesalahan dalam drawing. mula awal bulan haritu, company kuatkuasakan untuk pihak engineering, setiap kesalahan yang ada dalam drawing selepas dah di issue ke production, insentif bulanan akan ditolak. jadi, semakin bermaharajalela lah manusia-manusia yang mencari kesalahan kami-kami. untunglah siapa-siapa yang dah berhenti kerja tu. aku cuma tunggu masa je. sementara takde kerja ni, aku usaha gigih belajar balik solidwork yang dah lama aku tinggal tu. aku kaut ilmu betul-betul dengan yang berpengalaman sebelum aku melangkah keluar lagi dari company tu. ya keluar lagi sekali tanpa menoleh kembali.

aku rindu zaman sebelum insentif bulanan dan pemotongan bonus berkuatkuasa dulu sebab aku rasa zaman tu lah zaman bekerja yang paling best. kerja lebih masa sampai pukul lapan malam atau kerja ari ahad pun, bukan masalah bagi aku. tapi bila dah start insentif dan catu itu ini, manusia-manusia mula mencari kesalahan dan menuding jari hanya kerana taknak insentif kena potong. kuasa duit! dan aku, benci!

ami: hari-hari paksa diri pergi kerja... :(

Thursday, 22 November 2012

:selamat hari lahir:


21112012
selamat hari lahir untuk diri sendiri.
secara rasminya berumur 27 tahun.
tua bangka sudah.
tapi Alhamdulillah sebab masih diberikan nyawa dan hayat dari Tuhan.
untuk langkah-langkah seterusnya, aku doakan untuk diri sendiri semoga dapat capai segala cita-cita. terutama yang lima tu. dengan izin Allah, insya-Allah...
terima kasih sangat-sangat pada yang wish banyak-banyak dekat muka-buku tu. tak ter-reply aku semua tu. besoklah baru check satu-satu. hari ni badan kurang sihat, jadi tak bernafsu mahu tengok pc lama-lama.
dan jauh nun di sudut hati aku, harap juga dia ucap selamat untuk aku walaupun aku tahu nan hadonya lah semua tu.
dan terima kasih untuk cik-puan-kimia for the cupcakes and sebab sudi teman aku pergi makan malam ni.
dan... tu je kot...
out...

Wednesday, 14 November 2012

:tahun baru:


beberapa detik lagi, 1 Muharram...
Alhamdulillah masih dipanjangkan umur...
buka planner dan check visi-visi lepas...
dan Alhamdulillah, ada beberapa yang sudah tertunai...
yang masih belum tertunai akan terus di usahakan...
dengan doa, semoga Allah permudahkan...
takkan pernah berputus asa untuk itu...
aku merancang dan cuba melaksana, selebihnya aku serahkan pada Dia...

sedang merencana peta minda untuk tahun baru...

visi dan misi tahun baru untuk blog ni pula, aku mahu kurangkan merapu-meraban yang tak bawa faedah dan tak beri apa-apa keuntungan untuk aku. lebih baik diam je kan. harap-harap apa yang aku tulis lepas ni bolehla beri sedikit-sedikit faedah untuk manusia lain. untung-untung dapat buat bekal untuk ke sana kan. insyaAllah, dengan izin Dia.

besar cita-cita untuk tahun baru nanti...

senyum untuk diri sendiri...

Wednesday, 7 November 2012

:jumpa duit:

benda yang paling best..
samada tengah ada duit atau tengah kering duit...
bilamana tiap kali laundry, seluk poket terjumpa duit...
tak kiralah berapa kali ianya berlaku,
situasi ni tetap antara benda yang paling best..
gembira macam kanak-kanak dapat gula-gula.
ucap syukur banyak-banyak kali sebab over-excited...
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...
senyum...

rezeki tanpa sedar kan...

Monday, 5 November 2012

:konvokesyen:

.family bond. homai, mak aku nampak macam tinggi gila je kan. tapi sebenarnya aku dengan mak lebih kurang je tingginya. muka aku macam muka mak tak? kikiki....

tahniah buat satu-satunya adik yang aku ada sebab dah rasmi bergelar graduan. majlis konvokesyen berlangsung dekat UTHM ahad lepas. dah memang adik aku belajar situkan. semangat kami sekeluarga bangun seawal lima pagi then gerak pergi batu pahat dalam pukul enam lebih dari pasir gudang. sampai batu pahat adalah dalam pukul tujuh lebih sedangkan adik aku pukul tujuh dah nak kena ada untuk register. sejam lebih perjalanan. nasiblah ada jalan baru. kalau tau, mahunya dekat dua jam jugak baru sampai. kali pertama masuk UTHM, baru aku tahu yang UTHM tu mak-ai besar gila. dulu aku ingatkan poli JB tu dah cukup besar dah (biasalah kali pertama jejak masuk u... jakun betul aku ni kan. al-maklumlah graduan poli jer... kikiki). nak boleh sampai ke dewan, adalah 2-3 kilometer kot. lepas tu, nak boleh ke parking, sebab parking banyak dah penuh, adalah kena jalan kaki lebih kurang 1km kot. nasiblah sebab sampai lambatkan.

aku sebenarnya paling kurang gemar dengan majlis graduasi ni sebab bosan. nak boleh ke tunggu giliran sorang-sorang boleh tahan lama jugak. aku siap tidur lagi tahu bersandar dekat kerusi. siap berbekas lagi muka dengan line kerusi. bayangkan, nak tunggu budak mekanikal saja dah berejam. ramai gila kot budak mekanikal (tapi aku suka bila announcer sebut nama graduan, panggil engineer kat depan.. engineer aimi blablabla binti manaf. ohsem~). dahla siap ada break nyanyi-nyanyi yang super-duperlah tak best. kasi aku nyanyi lagi baguslah. oppa gangnam style.. ok mencarut... tambah bosan tahu. tolak markah. ok takde kena mengena. nasiblah lepas je giliran adik aku, kejap lepas tu, selesai. tapi dan dan pulak beberapa minit lepas majlis selesai, hujan mula turun. kesian dekat budak sesi akhir. dan kesian jugak sebab ramai yang tak berapa nak dapat bergambar dan berposing sebab hujan. wowee~ aku pun kesian jugak sebab basah tak berapa nak lencunla sebab kena jalan kaki jauh gila nak pergi tempat parking kereta. takdelah jauh sangat sebab ada yang lagi jauh kena parking siap kena naik bas. kah kah kah...(err.. banyak pulak sebab nya. ok bm fail..)

untuk adik aku, silalah bekerja dengan bersungguh-sungguh lepas ni ya. giliran kau pulak tanggung aku. boleh? kah kah kah...

apa-apa pun aku rasa bahagia sangat sebab... sejak aku dah merangkak berusaha tinggalkan jahiliyah ni, Tuhan bagi aku rezeki kebahagiaan. syukur sangat-sangat.

mak, abah... saya sayang kamu berdua ketat-ketat

:delivery girl:

baru je lepas menunaikan amanah seorang ibu untuk delivery birthday cake dekat anak dia. penat tapi puas. dan yang penting, bahagia banget. kagum dengan kasih sayang seorang ibu yang walaupun duduk jauh, tapi selalu teringatkan anak-anak. nasib baiklah aku ada dekat je dengan anak dia. sekurang-kurangnya boleh membantu apa yang patut.

bonus tambahan, dapat layan dak kecik sarah masa pergi ambil cake yang ditempah dengan kawan. seronok melayan dia bercakap walaupun pelat. dan dapat juga layan kelatah dak kecik aini sebelah rumah yang selalu je sambut aku tiap kali balik kerja. kanak-kanak is soooo lovelykan... (ok lari topik).

indahnya nikmat Tuhan...

lalalalala ♩ ♪ ♫ ♬ ♭

senyum sampai telinga....


.birthday cake yang ditempah dengan kawan serumah dulu. aku bagi dia detail sikit pasal birthday boy menurut apa yang diberitahu si ibu dan selebihnya aku serahkan pada kawan aku untuk buat. moist chocolate cake. hasilnya sangat memuaskan dan yang penting memang sedap. siapa nak tempah boleh inform aku. tapi area pasir gudang dan jb sahaja.

untuk birthday boy, selamatlah aku ucapkan. dan selamat meraikan dengan budak-budak rumah anda ya. hanya jajan-jajan je yang termampu aku belikan. itupun sebab nak habiskan duit yang dikirim si ibu. kah kah kah.

peace no war...

Friday, 2 November 2012

:mimpi:

harap dia tak muncul lagi dalam mimpi aku malam ni dan lepas-lepas ni jugak. dia, satunya lelaki ajnabi yang paling kerap muncul dalam mimpi aku tanpa aku pinta. mula dari hari pertama aku kenal dia, sampailah sekarang. motif? sungguhla aku tak tahu. nak cakap aku suka sayang dia dan selalu fikirkan pasal dia, tidaklah aku kira. suka biasa-biasa je kot. ingat dia pun kadang-kadang je (sebab kepala hotak tengah sarat fikir pasal kerja dengan kewangan sekarang ni). ok tipu. tapi, kadang-kadang rasa pelik sebab berdasarkan pengalaman sebelum-sebelum ni, walaupun masa aku dengan bekas-bekas inche boifren dulu (cewah...), takdenyelah aku sampai nak mimpi-mimpi bagai. kononlah kapel bagai nak rak dulukan. dengan budak LC merah yang aku suka tu pun tak pernahnya nak muncul dalam mimpi aku. yang ni sorang je, suka sangat muncul. kadang-kadang boleh jadi tiap-tiap hari ok. bukan apa, aku taknak sampai mimpi-mimpi ni mengganggu ketenteraman hidup aku. mengganggu visi dan misi aku dengan inche D yang baru je nak mula ni. sangatlah tak cool ok. lagipun mimpi-mimpi ni semua mainan tidur je kan. jadi, taknak fikir yang bukan-bukan. cuma harap dia tak muncul je sebab kemunculan dia kadang-kadang membuatkan inche hairan bin ajaib mula berlari-lari anak kat atas kepala separa botak aku ni. ok tipu. 

"awak, duduk kat sana baik-baik ok. jangan jadi budak nakal. jangan kacau saya tau. saya ada misi penting dekat sini. jadi mohon ya, jangan muncul lagi dalam mimpi saya ya..."

ami: jangan nak cakap konon dialah bakal inche suami aku ok. aku rasa sangatlah tak layak kalau nak digandingkan dengan dia tu. jauh sangatlah bezanya. sedar diri... woha!

Wednesday, 31 October 2012

:nak tak nak:

bila kau datang kerja dengan perasaan riang gumbira kemudian tetiba ada makhluk lain yang samada sengaja atau tak sengaja buat perasaan riang kau tu bertukar jadi tragedi air mata, nak tak nak kau kena cool jugak. nak tak nak kau kena jugak tahan empangan air mata kau tu dari roboh. dan nak tak nak kau kena jugak bilang sama hati, "kau kena kuat! kau boleh buat! kau hidup bukan untuk mereka!". macam poyo pun ada jugak rasa kadang-kadang. tapi nak tak nak, hidup tu memang perlu diteruskan bukan? apa nak heran kalau setakat seorang dua je yang bikin kau down, kalau masih ada berorang-orang lagi yang boleh bikin kau hepi kan. abaikan saja yang seorang dua tu. tak penting.

ami: macam biasa, aku bukan kesukaan ramai... dan macam biasa, bertabahlah duhai hati... DIA masih ada dan akan sentiasa ada bukan?

Monday, 29 October 2012

:si hitam:

beberapa hari ini, baru aku sedar rupa-rupanya si hitam itu masih menebal dalam diri. masih belum mampu dirungkai. mampu dilawan. dan seorang aku ini rupa-rupanya masih lagi lemah. terlalu lemah.

ami: sedang merangkak meninggalkan jahiliyah...

Saturday, 20 October 2012

:kenapa dengan hati:

diri tertanya-tanya...
kenapa dengan hati...
sepertinya ada sesuatu...
menusuk-nusuk...
pilu...

Thursday, 18 October 2012

:perancangan:

.too much unpaid leave. sedih.
ikut perancangan, bulan ini cuma mahu cuti dua hari sempena Aidiladha nanti, tapi disebabkan kesihatan yang agak tak menentu, rekod kehadiran ke tempat kerja sangat-sangatlah menyedihkan. dari dua hari yang dirancang, dah bertambah-tambah harinya dengan cuti mengejut. alahai... pening kepala memikirkan kewangan untuk inche biru bulan hadapan.

dan selepas hampir dua minggu, baru hari ini aku merajinkan diri untuk ke klinik. itu pun sebab sudah tidak tahan dengan sakit kepala yang tidak mahu hilang-hilang walaupun sudah banyak panadol yang aku telan. semasa cik puan doktor memeriksa tahap kesihatan aku pun, dia cakap takda apa-apa sangat. aku demam mungkin disebabkan oleh faktor jangkitan kuman. bila difikir-fikirkan balik, memang ada betulnya. sebab badan aku mula rasa semacam selepas jari aku terkena serpihan cermin yang pecah. masa terkena tu, walaupun lukanya cuma cinonet sahaja, tapi darah mengalir dengan banyaknya dan ambil masa untuk berhenti. dan lepas tu, aku cuma biarkan saja tanpa meletakkan sebarang ubat. dan hari ni, lepas je aku telan antibiotik yang cik puan doktor bagi, badan aku dah ok sikit. dan yang paling penting, tiada lagi sakit kepada. homai. salah diri sendiri sebab tak nak pergi cek doktor awal-awal. salah diri sendiri dan salah diri sendiri. jadi sendiri tanggung ok ami!

.terima kasih budak hijau. terima kasih Tuhan.
harap besok, badan kembali sihat seperti sedia kala. dan harap kepala otak boleh fokus dan tak buat benda mengarut dan bukan-bukan. otak fikirkan benda lain, tapi badan pula bagi reaksi yang berlainan. alahai. nasib je tiap kali kejadian, takde saksi yang melihat melainkan tadi masa nak balik dari klinik je, terbuat aksi yang memalukan diri sendiri. tangan dah picit alarm kereta untuk buka kunci, tapi lepas tu tangan ni jugak yang gatal nak cucuh kunci kereta sebab nak buka pintu yang berkunci. dah kena gelak dengan budak cashier kedai depan tempat aku parking. malu tapi buat bodoh.

ami: lain kali jangan jadi budak degil ok ami!

Tuesday, 16 October 2012

:duhai hati:

.picture by rejectedangel18 from deviantart.
disebabkan kesalah fahaman yang dulu yang cinonet yang aku tak terfikir pun akan disalah fahamkan tu, aku mula jadi manusia yang over sensitif. bukan setakat sensitif, tapi over. pantang tercuit sikit, mesti nak berderai air mata waima benda sekecil-kecil kuman je. kalau dah sebesar gajah, mahulah dah macam air terjun berderainya. hati oh hati. kenapa dengan kau ha? kalau dah tiap-tiap hari mahu berderai air mata, lama-lama boleh jadi gila juga. sejak bila aku jadi manusia paling lemah alam semesta ni? alahai...

sekarang ni rasa macam dah tak daya nak ketawa atau senyum seperti selalunya. nak menyampuk lawak-lawak bodoh kawan-kawan pun macam tak kuasa. rasa macam selesa diam dan berada dalam dunia sendiri je. aku dapat rasa macam aimi yang dulu tu dah mula nak datang balik. benci! bukan senang aku nak berubah jadi aimi sekarang. bukan senang... itu pasti...

ami: maaf, aku sangat tidak pandai jadi manusia hipokrit... dan aku sangat perlukan dunia baru...

Saturday, 13 October 2012

:tak sihat:

badan panas,
tekak perit dan mual,
kepala kepeningan.

dua hari demam, dua hari baik kemudian demam balik.
dugaan alahai.
terima sajalah.

seharian dipenuhkan dengan tidur je.
nak buat apa pun tak terdaya.
kalau terjaga pun, cuma habiskan dengan baca buku kemudian tidur balik.
alahai.

harap isnin nanti semua kembali ke normal.
tak mahu cuti lagi.
perlu lebih bekerja keras untuk budak biru.
dan perlu bercuti lagi untuk AidilAdha.
semoga perancangan dipermudahkan.
Amin...

Friday, 12 October 2012

:ambil:

DIA ambil mereka dalam hidup aku pada waktu yang sama.
tapi tidak mengapa.
aku terima dengan hati terbuka.
walau jauh nun disudut hati, ada perasaan negatif juga.
kerana aku kan manusia biasa.

aku pandang ujian ini pada sudut positif.
DIA ambil mereka kerana DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk aku.
dan aku juga terima dengan terbuka kerana aku tahu, akan ada yang lebih baik sedang menanti.
jadi daripada aku menegatifkan diri, lebih baik aku berpositif saja.
itu lebih baik.

senyum.

ami: sedang membiasakan diri dengan keadaan baru...

Wednesday, 10 October 2012

:jaga:

untuk kamu,
jaga agama,
jaga solat,
jaga diri...

untuk aku juga....

Monday, 8 October 2012

:akhir:

selesai mengecilkan jumlah-jumlah hutang yang ada mengikut perancangan. Alhamdulillah. semoga jumlah hutang akan mengecil dan menghilang dengan cepat supaya aku boleh hidup aman damai sikit lepas ni. kahkahkah. dan yang paling penting supaya aku boleh konsentrasi lebih sikit untuk tanggungjawab aku pada mak abah. senyum~

bila buka saja planner, baru sedar rupa-rupanya sudah mahu ke penghujung tahun bila melihatkan ruangan planner yang sudah mula menipis. terlalu banyak benda yang berlaku dalam hidup sepanjang tahun ni. dan terlalu banyak belajar benda baru. yang pasti, tahun 2012 adalah tahun yang terbaik untuk aku sepanjang 27 tahun aku hidup. sangat. semoga tahun-tahun mendatang akan jadi lebih baik. semoga aku jadi lebih baik.

ami: Tuhan, terima kasih untuk nikmat ini... :)

Friday, 5 October 2012

:konon:

konon nak berlagak cool.
konon nak berlagak tough.
konon nak berlagak takde pape.
last-last berderai jugak air mata.
hanya mampu ucap, S.E.L.A.M.A.T

ami: sentiasa mendoakan yang terbaik

Wednesday, 26 September 2012

:selamat datang budak biru:

23 september 2012. hari ini dalam sejarah. pergi jemput budak biru bawak balik rumah. malam sebelumnya sampai tak boleh tidur gara-gara asyik teringat dekat budak biru je. tertanya-tanya macam manalah rupanya. dan jjajjang....

.inche biru.
ini inche biru aku.

puas hati setelah sekian lama merancang. walaupun pada awal perancangan dulu bukan 'jenama' ni yang aku mahu, tapi tak kisahlah. ikut kemampuan. sebab kalau nak ikutkan kereta idaman, mungkin lagi sepuluh tahun pun aku takkan mampu beli.

bersyukur dengan apa yang ada. lepas ni dah takkan ada lagi dengar ayat-ayat: "amoi, beli kereta la", "amoi, bila mahu beli kereta?", "mi, tulah. i suruh you beli kancil you taknak"... dan macam-macam ayat lagi sampai dah boleh hafal dah tiap kali jumpa. lagi-lagi bila hari hujan. tapi.... mereka mereka masih belum tahu lagi aku sudah ada inche biru sebab segala urusan jual beli ni, aku diam-diam saja. yang tahu dekat pejabat cuma, cik puan kimia, admin kak ita dengan inche QA sorang. saja taknak kecoh-kecoh. aku kan perahsia orangnya. kikikiki....

dan walaupun aku sudah ada inche biru, aku masih lagi setia dengan inche hitam. pergi kerja hari-hari pun masih dengan inche hitam sebab senang. kasihan dengan inche biru tersadai saja dekat rumah. nasiblah. lagipun aku masih belum yakin mahu bawa inche biru sorang-sorang. aku kan pengecut orangnya.

dan lagipun aku rasa macam macho je bawak inche hitam ke sana ke mari (ayat mahu pelempang... lalalala~)

.inche hitam - sekadar gambar hiasan.
ami: sedang berkira-kira mahu beli rumah pula. sedang meneliti kawasan-kawasan yang berpotensi dan mahu lawat beberapa buah rumah contoh untuk membuat pilihan.

bak kata seseorang, semua sudah ada tinggal cuma 'orang rumah' saja yang belum ada. kahkahkah.

Saturday, 22 September 2012

:menunggu ketibaan ahli baru:

tinggal lagi beberapa jam sahaja sebelum aku menjemput kedatangan ahli baru ke dalam keluarga ami manaf. agak berdebar-debar juga. kali pertama mahu bertemu dengan si dia besok. entah bagaimana rupa dia aku sendiri tidak pasti. hanya mampu berdoa agar besok, semuanya akan baik-baik saja. insyaAllah.

ami: fikiran tak tentu hala memikirkan besok. gembira dalam takut... setelah sekian lama menanti. terima kasih Tuhan untuk pemberianMu ini... syukur...

Thursday, 20 September 2012

:realiti yang mereka tidak pernah tahu:

mereka boleh berkata apa sahaja. dan aku hanya mampu tersenyum. malas mahu membahaskan apa-apa. realiti tentang perkara itu yang mereka tidak tahu.

realiti yang mereka tidak pernah tahu, aku dan manusia itu tidak pernah ada hubungan istimewa. belum pernah lagi sepanjang perkenalan, aku melafazkan sudi untuk menerima dia sebagai teman istimewa walaupun banyak kali manusia itu memaksa. maaf, benda itu tak pernah dan tak akan pernah terjadi. awal perkenalan, manusia itu berkata mahu berkawan. dan aku, ya, berkawan apa salahnya. tanpa aku sedari dengan perkataan ya itu, bakal merubah banyak kehidupan aku. banyak kebahagiaan aku. sampai sekarang.

awal perkenalan yang bermula dari sms. nombor aku yang dia perolehi daripada seorang teman sekerja tanpa persetujuan aku. marah juga aku pada teman sekerja itu. dia cuma mampu berkata maaf. tapi sayang, maaf dia tak mampu merubah apa-apa. benda sudah pun berlaku. (sebab kenapa aku sangat merahsiakan nombor telefon aku. waima di pejabat pun aku meminta persetujuan pihak admin supaya jangan paparkan nombor telefon aku di sebarang contact list)

aku hanya terima dan anggap kau sebagai kawan, walaupun kau dengan kepohnya mencanang ke seluruh dunia, aku ini teman istimewa kau walaupun realitinya, kau tak pernah mahu terima kenyataan tentang kata-kata aku, "aku tak pernah anggap kau teman istimewa." kata-kata yang hampir keluar dari mulut aku setiap hari. kata-kata yang selalu aku tegaskan tentang perhubungan kita. kata-kata yang kau tak pernah mahu hadam dan telan. dan aku, sudah malas mahu berkata-kata lagi.

kawan apanya kalau mahu mengongkong hidup aku. kawan apanya kalau mahu tahu setiap gerak geri aku. kawan apanya kalau mahu tahu setiap siapa aku bergaul. kawan apanya yang mahu tahu ada dan tiadanya aku. rimas! aku tak pernah lagi berkawan dengan manusia yang berkelakuan seperti kau. malah, bekas-teman-istimewa aku juga tidak seperti kau yang mahu mengawal banyak benda tentang aku. saat perkenalan dengan manusia itu, rasanya seperti dalam hell. sungguh!

kawan konon yang memaksa aku berjumpa keluarga kau. kawan konon yang mahu tayang aku ke sana sini. kelakar sungguh istilah kawan kau itu.

setelah bersusah payah aku cuba menjauh dari manusia itu, setelah aku cuba bina kembali bahagia aku, tiba-tiba aku mendapat berita buruk. seperti mimpi ngeri. mimpi ngeri yang tak pernah lupus sehingga sekarang. kenyataan yang aku cuba telan entah ke berapa ratus kali entah. dia, manusia yang aku cuba lupuskan dari hidup aku, tiba-tiba berdiri dan muncul di tempat aku mencari rezeki. kenapa? kenapa? kenapa? kenapa dalam banyak-banyak tempat mesti kau bekerja satu tempat dengan aku? ini dunia aku, kenapa kau ceroboh dunia aku? saat itu juga, aku benci kau! benci! benci yang teramat sangat!

saat dia muncul, hidup aku dah jadi entah apa entah. sampai satu saat, aku buat keputusan untuk berhenti kerja. ya, salah satu sebab kenapa aku berhenti kerja, sebab mahu lari dari bayang-bayang kau. aku rasa lemas yang teramat bila terpaksa harung hari demi hari dengan kewujudan kau. biar orang kata aku bodoh sebab buat keputusan sebegini, tapi yang pasti, aku tak sanggup.

aku berhenti kerja sebab kau. jadi, jangan pernah harap aku kembali masuk bekerja kerana kau. perasaan aku ke kau, masih sama macam dulu. tak pernah berubah. yang berubahnya, kali ini aku tak anggap kau kawan aku lagi. dan takkan pernah. cukup sekali aku jumpa dan kenal lelaki psiko seperti kau.

aku ingatkan enam bulan sudah cukup lama untuk aku kumpul kekuatan untuk hadapi mimpi ngeri ni. tapi rupa-rupanya aku silap. bayang dan kelibat dia sahaja sudah cukup untuk buat aku jadi histeria. Tuhan....

sekarang, buntu tak tahu nak buat apa. mahu berhenti kerja lagi? sedangkan aku terlalu sukakan kerja aku. sekarang ni, teringatkan benda ni sahaja sudah boleh buatkan airmata aku mengalir tiba-tiba tak kira masa. beban tu rasa macam berat sangat nak tanggung. aku mungkin ketawa, tapi hati dan fikiran Tuhan saja yang tahu. Cik Puan Kimia cakap, jangan fikir sangat. memang aku tak pernah nak fikir tapi kalau dah terpaksa harung hari-hari dengan kewujudan dia, benda tu akan automatik jadi terfikir. apa perlu aku buat?

lagu ni, sama dengan apa yang aku rasa sekarang. kalaulah dunia ini tiada undang-undang, pasti pengakhirannya, aku akan lakukan sama seperti yang perempuan itu lakukan. demi secebis kebahagiaan mungkin. 

dia mula menjadi lelaki psiko yang menakutkan, bila dia inbox di muka buku aku ayat-ayat yang menyeramkan. bila dia share gambar-gambar profile aku sehingga aku terpaksa delete, hide dan untagged semua gambar yang ada wajah aku. walaupun sebelum ni aku rasa, membuat keputusan untuk bekerja satu tempat kerja dengan aku sudah cukup psiko.

kau, kenapa tak pernah nak cuba terima kenyataan? hati dan perasaan bukan boleh dipaksa-paksa. kalau boleh dipaksa, sudah lama aku paksa inche lelaki-yang-aku-suka untuk sukakan aku juga tahu. cubalah kau terima kenyataan, tolong....

kerana hati dan perasaan, dulu, aku di'ubat pengasih'kan. sekarang, terpaksa berhadapan dengan lelaki psiko. lepas ini apa lagi? Tuhan... semoga aku sentiasa berada di bawah lindunganMu dari manusia-manusia sebegini. Amin...

ami: untuk dia lelaki yang aku suka, sudi tak awak jadi 'boipren' saya? mungkin dengan kehadiran insan yang bernama 'boipren' boleh mengubah situasi? mungkin... (bukan niat nak mainkan perasaan awak, lelaki-yang-saya-suka, cuma mahu mencari secebis bahagia. mungkin awak boleh membantu... mungkin...)

cik puan kimia... apa yang perlu aku buat? lama-lama boleh jadi gila kalau terus-terusan dengan situasi macam ni... :'(

Wednesday, 19 September 2012

:wordless wednesday #12 - lukis:

.antara koleksi dulu-dulu. sekarang ni kalau nak suruh lukis macam ni, satu sketch book pun belum tentu boleh dapat hasil yang sama. tangan dah berkarat. kah kah kah.

Tuesday, 4 September 2012

:keluarga:

sabtu, ahad, isnin, habiskan masa dengan mak, abah dan adik dekat rumah sewa. makan sama-sama. jalan-jalan sama-sama. borak sama-sama. bergurau sama-sama. gembira. hidup pun rasa terisi je ada orang tersayang di sisi. tapi bila hari ini pulang ke rumah dari bekerja dan dapati mereka sudah pun pulang ke kampung, tiba-tiba hati ni rasa sayu je. rasa kosong, sunyi, sedih. dah takde tempat nak berborak. dah takde tempat nak bergaduh. dah takde tempat nak menyakat. 

bukan tak biasa hidup sendiri. dah bertahun-tahun pun hidup sendiri jugak. balik ke kampung pun jarang-jarang sekali. mungkin efek aku 'bercuti' dekat kampung lama sangat kot itu hari. jadi, kadang-kadang emosi ni jadi lain macam sikit bila sendiri. sebab enam bulan dah terbiasa ada orang-orang dekat sekeliling. pagi petang siang malam. sekarang, dekat rumah je, sorang-sorang. jadi, ada sedikit perubahan di situ. sedang cuba biasakan diri.

baru pagi tadi jumpa mak abah. salam cium peluk mereka. sekarang, dah rasa macam rindu gila-gila. nak nangis. sungguh! kalaulah terengganu-johor tu dekat kan. sekarang jugak aku pergi jumpa mereka. alahai. sabarlah hati.

ami: mungkin juga sebab 'kawan baik' datang, emosi jadi haru-biru sikit. 

Thursday, 9 August 2012

:bonus:

tak sangka pula bulan ni dapat bonus. walaupun aku hanya dapat suku bulan bonus kerana aku masih dikira pekerja baru berbanding dengan mereka-mereka yang dapat sebulan bonus, aku tetap bersyukur. sangat-sangat bersyukur. sekurang-kurangnya duit bonus tu, boleh juga menampung mana-mana rompong yang ada (owh, sebenarnya aku sudah siap sedia dengan pelan kewangan sehingga bulan oktober ok)

orang lain pasti sibuk mahu menggunakan duit bonus yang ada untuk persiapan raya. tapi aku pula sibuk menggunakan duit bonus untuk membeli buku-buku. setakat ini, sudah tiga buah buku berjaya aku beli atas talian. masih lagi berkira-kira untuk menambah bilangan buku yang ada. oh, mahu membeli sebuah buku karangan Dr. Zaharudin, sebagai hadiah untuk hari lahir abah. cuma belum tahu tajuk apa yang sesuai.

juga sedang berkira-kira mahu sparekan sedikit duit bonus untuk ahli keluarga. mungkin sehelai pakaian seorang buat hadiah hari raya untuk mereka? mungkin... uwaa, siapa mahu ajak aku pergi shopping? sepertinya mahu merasa berada di tengah-tengah kepadatan dan kesesakan manusia. gila bukan? ketawa~

Friday, 3 August 2012

:idea:

idea mencurah-curah..
tapi tangan malas nak menaip waima menulis.
maka sepertilah ia mencurah-curah ke daun keladi.
hilang.
sia-sia.

ami: mencarut di kala kepala tengah ting-tong? selamat berpuasa kalian.

Monday, 30 July 2012

:emo:

patutlah dua tiga hari ni rasa macam emo semedang je.
'kawan baik' nak datang rupanya.
alamatnya lagi dua tiga harila...
haila....

Sunday, 29 July 2012

:rezeki:

saat aku tengah kusut memikirkan soal fulus
saat inilah Allah bagi rezeki yang tak terjangka
Alhamdulillah

Friday, 27 July 2012

:budak cinonet:

budak cinonet berdua tu dah selamat sampai dekat kampung. ya Allah rindunya dekat diorang. dan rindu nak balik kampung. ikut planning, sepatutnya malam semalam dah selamat berlepas balik kampung. tapi nasiblah badan tetiba dapat surat cinta RM5++. terduduk sekejap. dugaan bulan puasa. redha je lah.

semalam dapat dengar suara along. woha! sangat gediks ok budak keciks itu. dia punya mulut murai ya ampun. bercakap mengalahkan orang besar. kadang-kadang penat nak layan. tapi dalam pada duk penat tu, dorang je lah jantung hati yang aku ada.

sumpah, rindu sangat dekat diorang... (nak nanges...)

oh, tadi masa nak balik kerja, adik MMS gambar budak cinonets yang kecik tu. terkezut aku. muka dah sebijik macam alongnya. tapi versi putih sebab alongnya dah gelap macam orang asli. suka sangat main panaskan. ekceli masih terkezut sebab muka budak cinonet amani tu dah jauh berubah berbanding masa dua bulan dulu. aku suka masa dia dua bulan sebab dia debab. tapi sekarang dah cekeding macam along dia lah pulak. haila.

.amani 8 bulan.
cik su dia ni pun satu. bagi sekeping je gambarnya. kot ye pun, bagilah banyak-banyak kat cik ngah dia ni. dia tak tahu ke cik ngah dia ni rindu gila kat budak cinonet berdua tu. hampagas betullah cik su dia ni.

.along, the budak gediks yg tak reti-reti nak wat sign peace walaupun cik ngah ngan cik su dah ajar banyak-banyak kali.
ok. dan macam tahu-tahu aku rindu dekat budak cinonet, adik aku tepon kasik dengar suara itu budak kecik. hamboi, sibuk juga dia nak bercakap hoheh-hoheh. rinduuuuuuu... terima kasih Allah.

ami: countdown... lagi 19 hari sebelum balik kampung. semoga dipanjangkan umur dan diberi kesempatan untuk jumpa budak cinonet. Amin.

Wednesday, 25 July 2012

crying out loud.
inside.

Friday, 20 July 2012

:ramadhan:

.credit:google.
salam ramadhan untuk semua. selamat berpuasa dan selamat menambah amal ibadat. besok dah mula puasa. rasa takut ada. rasa tak sabar pun ada. rasa sedih pun ada. bermula malam ni nak kena ajar diri untuk tidur awal supaya boleh bangun awal untuk sahur. kalau tidak, selagi jarum jam tak hampir nak cecah pukul satu pagi, selagi tu tak rasa nak tutup mata ni kan. dah kena mula setting balik masa. 

tahun ni, tahun ke sembilan berpuasa dekat negeri orang. tapi tahun ni ada rasa sayu sikit hati ni. kenapa entah. abaikan saja. dan seperti biasa, instead of masak untuk buka puasa, better beli dekat bazar sahaja. rasa macam tak ohsem langsung masak sendiri dan berbuka puasa sendiri. sangat tidak cool ok. sedih.

dan malam ni orang dah mula sembahyang terawih kan. teringin sangat-sangat nak jemaah terawih dekat surau atau masjid. tapi, aku takde geng nak ajak pergi. kalau dekat kampung ada mak. ada adik. ada siapa-siapa yang sudi bawak aku pergi terawih sama-sama? boleh amek aku dekat rumah. sungguh!

erm, kalau aku ada buat salah dan silap kat siapa-siapa, harap maaf lah eh. aku ni kadang-kadang tak sedar aku dah tersakitkan hati orang. sungguh! blame myself sebab selalu tak ambil tahu dan boh-layan sahaja. need to change that attitude damn seriously. attitude yang kadang-kadang sangat tak cool.

ami: harap dapat capai azam ramadhan tahun ni. insyaAllah.

untuk mak, abah, adik, abang, kakak ipar, budak cinonet, dia, dia, cik puan kimia dan kawan-kawan lain, selamat berpuasa dan selamat menambah amal ibadat ok. tak nak rugikan bulan ramadhan yang datang ni sebab belum tentu lagi kita boleh merasa ramadhan yang akan datang kan. sedih.

Wednesday, 18 July 2012

:psyko:

apa yang kau patut panggil pada lelaki yang cuba add kesemua akaun facebook yang kau ada? ya, kesemua. macam aku, punya tiga akaun facebook. dua untuk bisnes dan satu untuk personal yang sememangnya khas untuk kenalan rapat sahaja. patut ke aku panggil lelaki itu psyko? dan apa motif dia mahu add kesemua akaun aku? aku bukan siapa-siapa pun bro. dan nasib baik aku cuma approve dia pada salah satu akaun bisnes aku. sekurang-kurangnya di akaun tersebut cuma ada gambar produk-produk yang aku jual sahaja. tapi di akaun peribadi pun, sudah tiada langsung gambar dalam album. semuanya sudah aku privatekan untuk diri sendiri sahaja selepas dia, bekas teman lelaki aku muncul kembali dalam hidup aku. apa-apapun aku memang takkan approve dia atau siapa-siapa yang aku tidak kenal di akaun peribadi. salah satu sebabnya, aku tak berapa gemar orang ambil tahu hidup aku sehari-hari. lagi gampang aku rasa bila tiba-tiba dapat mesej, 'hai awak, boleh kenal?' atau 'hai awak, thanx approve' atau apa-apa ayat-ayat yang minta dijawab dan disambungkan. rasa annoyed tu macam minta kepala sendiri dihentakkan ke dinding. sungguh!

tiba-tiba rasa annoyed pula pada lelaki tersebut bila di setiap status bisnes aku, sibuk pula dia mahu meninggalkan komen. dan aku, tiba-tiba jadi perempuan hipo. benci!

tidak kah dia faham sekiranya aku tidak approve dia di akaun facebook peribadi, makanya di akaun lain juga aku berat hati mahu approve. tapi, aku sudah terlanjur approve. bersabar sahajalah.

ami: kadang-kadang bila situasi seperti ini berlaku, mahu saja aku minta pada Tuhan supaya cepat-cepat pertemukan aku pada incik suami. supaya nanti bila aku sudah bertukar status, tiada lagilah yang berani atau cuba mahu mengganggu. sungguh!

Tuesday, 17 July 2012

:kidal:

sungguhla aku sangat-sangat suka dengan manusia kidal. rasa macam ohsem gila kot sebab diorang kidal. orang kidal bagi aku unik. lagi-lagi kalau lelaki kidal. rasa macam hensem giler kot.

kalaulah...

ami: sebenarnya tengah tengok Amin Idris jadi moderator Bicara Selebriti dekat youtube. and he is kidal cause i saw him wrote with left hand. tu yang keluar post pasal kidal tu. and yes juga, he's handsome. a handsome guy with brain.

ok, mengarut. bai.

Thursday, 12 July 2012

:tutup buku:

buat sementara waktu ini,
tutup buku tentang kamu, kamu dan kamu...
kerana,
aku punya misi yang lebih penting berbanding kamu, kamu dan kamu.
misi tentang diri aku.
hidup mati aku.
bahagia aku.
buku baru akan aku buka, bila misi aku sudah berjaya nanti.
buku baru tentang salah seorang dari kamu.
atau mungkin buku baru tentang dia.
siapa tahu.
biar waktu yang menentukan.
tunggu saja.

Wednesday, 11 July 2012

:wordless wednesday #11 - baby red:

.miss her. rupa lepas tukar cover set, accident punya pasal.

Tuesday, 10 July 2012

.picture by greece from deviantart.
balik kerja.
mendung dan gelap tanda-tanda mahu hujan.
aku mohon pada Tuhan supaya turunkan hujan supaya aku boleh nangis.
kalau nangis dalam hujan, orang tak akan tahu bukan?
aku mahu nangis puas-puas...
nangis sampai jiwa aku jadi ringan.
tapi Tuhan tak makbulkan doa aku.
mungkin Tuhan mahu aku selamat sampai pulang.
supaya aku boleh sujud, menangis dan merintih depan Dia.
kan?


ami: rindu dia. mahu bicara sama dia. tapi, tak boleh... :'(

Sunday, 8 July 2012

:durian:

abah telefon aku tanya tak nak balik kampung ke? sekarang tengah musim durian.

kalau pasal durian, memang abah jarang nak missed aku sebab antara ketiga-tiga anak dia, cuma aku sorang je yang hantu durian. lagi sorang, cucu sulung dia si along tu. aku kalau dah jumpa along si kecik tu, pasal durian pun boleh jadi gaduh. kadang-kadang aku pulak yang mental macam budak kecik sebab gaduh dengan budak kecik pasal durian. tak padan dengan tua.

aku cakap dengan abah, bukan taknak balik tapi aku sekarang sedang dalam gawat. duit gaji tiap-tiap bulan, banyak habis setelkan hutang tertangguh sepanjang enam bulan aku tak bekerja dulu. dan insyaAllah mulai bulan depan, semuanya dah kembali stabil ke normal.

aku tanya abah, bila budak cinonet berdua tu nak balik kampung. abah cakap dalam lagi dua minggu. hoyeah! sangat gembira dengar khabar itu. dan aku pun jadi bersemangat nak balik kampung sebab sangat rindu dekat budak cinonet. lagi-lagi yang kecik tu. macam manalah rupa budak kecik tu ya. harap-harap masih debab lagi. jadi aku boleh cubit dia puas-puas.

insyaAllah lagi dua minggu. tak sabar. nak jumpa mak abah, jumpa budak cinonet, makan durian puas-puas, pergi bazar sama-sama budak cinonet, bukak puasa sama-sama, terawih dekat surau sama-sama dan sahur sama-sama. Ya Allah, bahagianya bila fikir... senyum...

ami: awak, awak tak nak ikut saya balik kampung ke? (haha, gatal...)

06:47am
8/7/2012
atas kerusi depan lappy...
masih belum tidur dari semalam...
mata panda @_@
ㅋㅋㅋ

Saturday, 30 June 2012

.tukar.

mahu tukar latar belakang blog aku tapi tak tahu apa corak yang kena dengan jiwa aku. aku kira pink dan warna girly langsung tak sesuai dengan watak kasar aku. tetap hitam di hati.

konon mahu jadi 'perempuan'
konon mahu jadi lembut...
konon mahu jadi ayu.
sampaikan bukan setakat blog sahaja aku mahu tukar, malah gantungan pakaian yang cuma kebiasaannya punya warna hitam dan coklat juga aku mahu tukar.
konon...
konon sepertinya yang diatas itu.
tapi aku merasakan seperti tak kena langsung dengan jiwa kasar aku.
langsung!

tapi kalau aku masih cuba untuk tukar kepada yang konon itu, tak salah bukan?
masih cuba setkan jiwa sendiri ke radar yang sepatutnya.
dengan harapan yang konon itu akan jadi kenyataan.

ami: mahu bersiap-siap. mahu keluar. mahu hirup udara kotor johor bahru. mahu cari pasal. mahu jadi pemerhati. mahu lepaskan sesak di dada. mahu cuba jadi yang konon di atas. [senyum...]

masih mencari corak dan warna yang sesuai. bertahan saja dengan apa yang ada sehingga aku ketemukan.

Friday, 29 June 2012

.imaginasi.

.up_in_smoke by st3fan3lboby from deviantart.
aku tak mungkin dapat menyedut dan menghembuskan kepulan asap-asap putih yang pahit itu demi mencari secebis ketenangan. yang aku mampu cumalah berimaginasi; sedang duduk di atas hamparan pasir putih, ditemani bunyi deruan ombak pantai dengan angin sepoi-sepoi bahasa, di tangan kanan terselit sebatang sigaret, hampir separuh ternyala, dihembuskan perlahan-lahan kepulan asapnya, hilang dibawa angin, meninggalkan kepahitan di mulut dan kerongkong, pahit yang nikmat, dengan harapan sedikit kegusaran dan kesakitan di hati bakal menghilang.

ah! imaginasi bodoh semata!

Thursday, 28 June 2012

.aku suka dia.

Aku lihat dia disana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya

Aku suka dia

sing by: Ainan Tasneem

............................
ami: lagu ini untuk kau. kau yang aku suka.
 

Wednesday, 27 June 2012

.meroyan.

tiga tahun lepas, kau tinggalkan aku...
tanpa kata...
sunyi... sepi...
tujuh bulan lepas, kau muncul balik dalam hidup aku...
meroyan,
mengungkit kembali kisah lama...
mengungkit.. berjanji... dan lagi.. dan lagi...
rimas!
bosan dengan kata-kata dan janji-janji bodoh kau yang tak pernah tertunai.
tak pernah!
dua bulan lepas, kau ucap selamat tinggal pada aku.
kau kata kau hormat keputusan aku yang tak mahu sebarang hubungan lagi dan sudah punya seseorang dalam hati aku..
aku fikir kau jujur dengan kata-kata kau dan move-on.
hari ni kau meroyan lagi dengan aku?

tolonglah lelaki...
aku bukan kanak-kanak kecil yang selalu teruja dengan cinta.
aku sudah cukup besar untuk fikirkan diri sendiri.
hidup ini bukan ceritera dalam novel macam apa yang kau inginkan.
aku sudah cukup tua untuk bazirkan waktu dengan benda rapik seperti ini.
ini bukan realiti tahu!
kau bukan realiti!
kau hanya seorang pengecut yang menyorok dibalik bayang.
dan aku, bukan bodoh!

kau punya rupa,
punya harta,
punya pangkat,
pasti berderet yang sedang menunggu kau.
dan yang pasti bukan aku.
aku yakin itu.
aku yakin dengan jawapan Tuhan buat aku.
bukan kamu untuk aku.

kau cuma memori silam aku.
yang dah lama aku simpan ketat-ketat dalam kotak pandora.
dan aku tanam jauh-jauh di tempat rahsia yang tak mungkin terketemukan..
aku punya dia...
dan dia adalah memori aku sekarang.
yang aku hargai dan sentiasa aku doakan.

bila aku bilang pada kau yang aku mahu hadapi realiti bersama dia walaupun mungkin ditakdirkan satu hari nanti, dia bukan juga jodoh aku, aku serius dengan kata-kata aku. harap kau faham.

kau,
bukan aku dulu yang pergi dan mungkir janji...

Tuesday, 26 June 2012

.buku.

bulan enam, buku-buku dan zine-zine baru keluar sekali harung...
rasa macam nak hentak kepala kat dinding je...
masa fulus aku tengah kering ni lah, dorang semua nak muncul kan...
harap-harap kesemua stok buku dan zine yang aku nak beli masih available bila fulus dah ada nanti...

ami: ada siapa-siapa yang baik hati nak bagi aku pinjam RM500? nak buat beli buku dan zine je. sumpah tak buat beli benda lain. kalau lagi baik hati, hadiahkan aku terus RM500 tu pun ohsem jugak (sambil buat muka comel. err... comelke?)... bhahaha...

Monday, 25 June 2012

.kawan baik.

bila 'kawan baik' datang...
satu apa benda pun tak boleh nak buat...

Thursday, 21 June 2012

:sebelum selepas:

sebelum bercuti pergi redang, kulit muka baru je nak elok dari jerawat semua...
selepas balik bercuti, hamek kau.. pipi kiri kanan penuh dengan jerawat..
siap dekat atas dahi sekali...
ohsem!
syabas untuk diri sendiri...

sebelum bercuti pergi redang, badan ni elok je takde luka-luka...
selepas balik bercuti, hamek kau.. luka dan lebam sana-sini...
tahniah untuk diri sendiri...
owh.. macam tak biasa...
kerja dekat Simpac kerjanya memang kumpul parut luka...
daripada badan tak pernah berparut, terus penuh dengan parut..
sepuluh sen, dua puluh sen, lima pulun sen...
ok mengarut!

sebelum bercuti pergi redang, kulit tangan dan muka baru je nak cerah elok lepas kena sunburn bercuti dekat melaka bulan lepas...
selepas balik bercuti, hamek kau.. muka dah macam orang asli je aku tengok...
pakcik guard siap cakap aku dah macam orang sri lanka...
hahahahampeh!

tunggu je la bila semua kondisi ni nak ke asal balik. 
muka boleh tahan lagi senang je nak kasik cerah balik...
sental je krim safi tiap-tiap malam, dalam seminggu konpem ok..
tapi krim safi aku dah campak buang sebab dah expired...
aku ni bukan suka sangat tempek benda dekat muka...
kalau boleh tiap-tiap hari nak tayang muka hantu ni dekat orang..
tapi sekarang dah ada kesedaran sivik sikit..
nak taknak, tempek jugakla bb cream sikit dekat muka...
tapi tang tangan ni, adoyai...
kalau nak cerah balik sama tone macam kulit kaki, alamatnya berzamanla...
dari tone 1 ke tone 10... ishishish...

.ignore my weird pose and brother boat tu memang sangat mencaper ok. dan dan je dia masuk posing sekali.

ami: kadang-kadang rasa mahu kembali ke umur 21 tahun. masa jerawat belum mula memunculkan diri dan masa kulit still maintain ok lagi... ok, aku tahu aku tak bersyukur. bai~

Thursday, 14 June 2012

:mode:

sentap..sentap..sentap..
sedih..sedih..sedih..

dah lepas menangis...
dah lepas tidur...
dah lepas bermuhasabah...
dah lepas bersujud dan berdoa...
dan semua emosi sudah kembali ke asalnya...

Tuhan, kalau aku minta dihilangkan semua memori-memori lama yang menyakitkan itu, kejam sangatkah aku? aku cuma tak mahu setiap kali benda yang sama berlaku, memori-memori lama kembali tertayang di benak fikiran dan itu menyakitkan. sangat...

_________________________________________________________

ami: aku masih boleh kawal emosi bila melibatkan kawan-kawan dan lelaki. tapi bila melibatkan keluarga, i'm lost. totally lost. tak tahu nak buat apa. tak tahu macam mana nak perbetulkan. 

cik puan kimia aku tulis - "I'm a strong girl who keeps her stuff in line. Even when i have tears going down on my face, i always manage to say those two words; I'M FINE". i can't manage my tears today but still, I'M FINE and always be. and now, i'm telling my own self: 'dear, please be strong. i know you are a fighter!'

aku cuma mampu berharap, aku bukanlah anak derhaka...
:'(
 

Wednesday, 13 June 2012

:wordless wednesday #10 - discharged:

remember i've told the story about this cute little baby? finally, after 3 month, he can discharged and went back home. jom layan gambar..

.budak comel senyum takde gigi.
.i'm coming home. please tell the world i'm coming home.
.mommy, what is this? i'm scared.
.home sweet home. zzzzzzz.

ami: walaupun baby sufi dah boleh discharge dari hospital, tapi dia masih memerlukan bantuan tiub untuk bernafas. sama-sama kita doakan baby sufi cepat sembuh dan boleh membesar macam kanak-kanak normal lain. untuk lebih update pasal baby sufi, boleh follow sini ~Tabung Ahmad Sufi~

Tuesday, 12 June 2012

:bersukan:

sabtu, bowling...
ahad, shopping...
isnin, badminton...
selasa, apa pun tak boleh...

sabtu, first time main bowling lepas almost setahun lebih. tu pun lepas cik puan kimia beria ajak aku siap carikan driver lagi. driver pun siap aku bagi syarat suruh carikan yang baik perangai sikit. aku belajar dari pengalaman wahai cik puan kimia. maaf kalau sudah susahkan kamu. lagi satu bukan apa, aku sebenarnya tak suka sangat nak susahkan orang datang ambil dan hantar aku dekat rumah. rasa macam menyusahkan je. kalau pergi sendiri, sure punya aku tak kisah. nanti aku ada kereta kita pergi sendiri ok cik puan kimia. kali pertama main bowling tak duduk carta tercorot wooo.. dan kali pertama main bowling strike banyak kali. suka~

ahad, erk, shopping termasuk dalam bersukan ke? huh, tak kisahla... kalau dah bershopping dari KSL, lepas tu ke City Square, pastu sambung pulak ke Bazar Karat, mahunya taknak tercabut kepala lutut. dari awal-awal pergi pakai wedges 3 inci, last-last kena beli kasut baru sebab dah tak tahan nak berjalan. hamek kau! really, shopping tak termasuk dalam agenda keperempuanan aku la. shopping online lagi senang... cuma kalau bab seluar dengan kasut je tak boleh nak shopping online kalau jenis badan tak simetri macam aku ni.

isnin, main badminton lepas almost 1 tahun jugak tak aktif. maunya tak sakit satu badan. nak ketawa pun dah rasa macam tulang rusuk kena tumbuk. padan muka. tak kisahlah. yang penting enjoy!!!

selasa, tak rasa nak buat pape. cuma nak baring depan lappy layan cerita je... sakit badan wooooo----

ami: lagi beberapa hari sebelum bercuti panjang. nak enjoy habis-habisan... hari ni rasa sangat rindu dekat dia. sentiasa mendoakan yang terbaik untuk dia walaupun ditakdirkan satu hari nanti dia bukan juga milik aku. senyum...

Wednesday, 6 June 2012

:undur:

kembali ke realiti...
mengundur diri...


.........................................


x.o.x.o : Tuhan memang tak pernah kecewakan hambaNya bukan? Tuhan temukan aku dengan dia lagi, tanpa sengaja. Tapi kenapa aku rasa sedih sedangkan aku sepatutnya rasa bahagia?

Monday, 4 June 2012

:untitled:

belek, belek dan belek,
kosong...

dalam hati,
rindu...

minda cakap, tak harap apa-apa...
tapi hati meronta, penuh harapan...

hanya mampu berdoa...

Tuhan...

hanya itu...

Saturday, 2 June 2012

:wedding day:

.the wedding day by imaginee from deviantart.
Hari Sabtu...
2 Jun 2012...

Hari ni sahaja dekat kampung ada 4 jemputan kahwin kawan masa sekolah menengah dulu. Tapi keempat-empat majlis semua tak dapat pergi sebab tak boleh balik kampung. Bukan tak nak balik tapi kewangan tak mengizinkan. Jadi hanya mampu bagi ucapan je.

Buat kawan aku: Miah, Aja, Jah dengan Naza, 'Selamat Pengantin Baru' dengan ucapan, semoga berbahagia ke akhir nyawa, moga dapat zuriat yang soleh dan solehah...

Gembira sebab ramai kawan-kawan dah selamat berumah-tangga, dah beranak-pinak. Jangan tanya giliran aku sebab jawapan yang aku ada hanyalah sebuah senyuman... Peace~

Wednesday, 30 May 2012

:wordless wednesday #9 - baby sufi:

.nama saya Ahmad Sufi bin Romi Agus Syumadi.
aku ikuti perkembangan baby sufi ni since beberapa hari dia dilahirkan. about two month already. aku pun lupa aku dapat link pasal dia dari siapa tapi yang pasti dari facebook seseorang. baby sufi ada masalah paru-paru kritikal since lahir dan terpaksa admit hospital sampai sekarang. bukan di Malaysia yang pastinya. dan Alhamdulillah, sepanjang aku ikut perkembangan dia dari awal, sekarang sufi dah mula menunjukkan tanda-tanda positif berbanding sebelum ni. syukur sangat-sangat. suka tengok dia sebab dia sangat comel. dan aku tabik spring dekat their parents sebab sangat tabah. kalau aku, tak tahulah aku boleh setabah tu atau tak. anyway, nak tahu lebih lanjut pasal baby sufi, boleh follow dia dekat Tabung Ahmad Sufi. kalau baik hati, bolehla bantu apa-apa yang patut. peace...

.................................................

xoxo: macam biasa tajuk je wordless tapi tetap aku nak taip jugak panjang-panjang... lalalalala~

Tuesday, 29 May 2012

:maaf:

tak mampu tersenyum...
tak mampu tertawa...
tak mampu berkata...

hanya mampu memandang...
bukan dengan mata...
tapi dengan hati...
kerana...
ada mata-mata yang sedang memerhati...

maaf aku jadi manusia ignorant buat kau...
tanpa sengaja...

Monday, 28 May 2012

:buah hati pengarang jantung:

.sweet amani.
sedih...
kecewa...
terluka...

harap dia berada dekat,
supaya aku dapat peluk dia kuat-kuat...
untuk hilangkan segala resah dalam diri...

tak sabar nak jumpa kamu lagi...
buah hati pengarang jantung...
sangat rindukan amani...
rindu along jugak...
sayang kamu berdua ketat-ketat...
moga jadi muslimah solehah...

.budak cekeding.

:pangkat:

ya, aku tahu kau kaya. kerja doktor gaji riban-riban. anak orang ada-ada. ada kereta besar. ada rumah besar. bukan orang kampung macam aku. kerja pun kuli orang je. rumah biasa-biasa. kereta pun tak ada. tapi, tu bukan tiket untuk kau merendah-rendah dan mempermainkan aku. permainkan adik aku. dan permainkan keluarga aku. 

kau ingat tak? dulu, masa kau nak mintak tolong aku, bukan main lagi kau bagi ayat manis bagai. dan aku bersetuju memikirkan keadaan keluarga aku. aku nak tolong keluarga aku. tapi kau? bila dah senang sikit, bukan main lagi perlekehkan usaha aku. usaha adik aku. 

kau, kami sikit pun tak pernah merungut bila Allah uji kami perlu bersusah-payah cari rezeki. perlu harung jalan berduri sebelum senang. berbeza dengan kau yang dari awal sudah senang. malah kami bersyukur. kami redha dan kami usaha. usaha dan usaha. mentang-mentang kami lambat berjaya macam kau, kau fikir semudah tu kau nak kenakan kami? tak semudah tu kau! aku percaya pada Allah. dan sebab aku percayalah, Allah tunjukkan kejahatan yang kau cuba nak buat pada kami. nasib baik! jangan ingat kami bodoh hanya kerana kami anak orang kampung! aku percaya hukum Allah. semoga Allah balas balik apa yang dah kau cuba buat pada kami. aku tak nak balas apa-apa sebab aku sedar aku bukan siapa-siapa. aku masih ada Allah. aku serahkan sepenuhnya pada Dia.

buat adik aku, bertabahlah. semoga kesenangan tu milik kita juga nanti. semoga Allah redha.

dan untuk kau, silalah kau bertarung dengan kawan-kawan kau siapa yang lagi banyak harta, siapa yang rumah lagi besar, siapa kereta yang lagi mahal sebab tu semua bukan keutamaan aku kenapa aku berbisnes. mula dari kau block aku dari mukabuku, aku dah tak mahu ambil tahu lagi pasal kau. takut sangat aku sailang bisnes kau. aku pun tak heran dan aku tak sebusuk tu. susah-susah aku pun dalam berbisnes, aku tak pernah nak susahkan orang dan aku tak pernah nak menjatuhkan orang. adik aku pun dah boleh survive sendiri tanpa kau. tu pun terima kasihlah atas perbuatan kau yang tak bertanggungjawab tu. Allah dah tunjukkan kami jalan. 

what goes around comes around.

bumi ni bulat tahu!

Sunday, 27 May 2012

:ahad pagi:

.pic credit to prof google.

di rumah...
menikmati pagi...
menikmati matahari...
bersantai diri...
bersama bingitnya bunyi muzik...


Saturday, 26 May 2012

:a thousand years:


Heart beats fast
Colors and promises
How to be brave
How can I love when I'm afraid to fall
But watching you stand alone
All of my doubt suddenly goes away somehow

One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

Time stands still
Beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything take away
What's standing in front of me
Every breath
Every hour has come to this

One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I'll love you for a thousand more


One step closer
One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I'll love you for a thousand more

------------------------------

xoxo : song that makes me smile... alwez...

Thursday, 24 May 2012

:hujan:

11:22malam...
hujan dan guruh...
harap-harap hujan sekarang sahaja...
tidak besok pagi...
sebab bila hujan masa mahu ke tempat kerja,
kadang-kadang rasa fobia tu datang juga...
mahunya tidak...
dua kali eksiden masa hujan...
hanya mampu berdoa sepanjang perjalanan semoga semuanya baik-baik saja...

Wednesday, 23 May 2012

:wordless wednesday #8 - gobok buku:

.pergi sana lebih kurang 2 minggu lepas. lepak-lepak sebelum tunggu turn tengok wayang the Avengers. nice place to hangout. takde banyak benda nak komen. the wall is super duper ohsem. nak cakap, kalau owner tu ade spare chalk, dah lama dah aku conteng-conteng kat dinding tu. serius bai!

Tuesday, 22 May 2012

:menulis:

.pic credit to prof google.
ada orang suruh aku menulis balik. jadi, sekarang aku mula menulis balik. lebih kepada merapu-meraban aku kira. eh, memang tempat ni tempat aku merapu-merabankan. kahkahkah.. aku menulis pun sebab aku dah ada mood untuk menulis. terima kasihlah pada seseorang yang dah bagi aku inspirasi untuk aku menulis (siapa dia biar aku seorang je tahu. owh dan Tuhan juga). kalau dia tak ada, aku kira lammmmbaaaaaaaaattt lagilah aku nak menulis. tapi hari ni aku gembira, jadi aku takde idea nak menulis. merapu-meraban ada. biasa aku banyak idea time aku emo je. masa aku gembira, aku nak enjoy setiap momen gembira aku tu. sebab bukan selalu aku gembira pun. kahkahkah...

untuk kawan aku madiani dan nabilah, asal korang dah jarang update blog? aku dah bosan takde ape nak baca. 

untuk kimia aku juga. kau boleh jadi penulis bagus dowh. aku suka baca tulisan kau. sebaris dengan penulis-penulis ohsem dalam senarai aku. aku pun takleh lawan tulisan kau walaupun dari dulu lagi aku memang bercita-cita nak jadi penulis. agak-agak aku kena bertapa dulu dengan kau kot... kahkahkah...

xoxo: hari ni aku gembira sebab semalam aku emo. peace...

Monday, 21 May 2012

:rindu:

.pic credit to prof google.

aku rindu dia...
dia yang Tuhan temukan padaku tanpa sengaja...
aku rindu dia...
dia yang selalu bikin aku senyum sendiri tiap kali lihat keletah dia...
aku rindu dia...
dia yang kelam-kelibut tiap kali bertentang mata...
aku rindu dia...
dia yang seperti boneka tanpa kawalan tiap kali ditakdirkan Tuhan untuk kami bertemu...
aku rindu dia...
yang selalu ada sahaja perancangan untuk mendekat dengan aku tiap kali ditakdirkan Tuhan untuk kami bertemu...
aku rindu dia...
dia yang tak pernah aku tahu namanya...
aku rindu dia...
dia yang aku tak pernah tahu asal-usulnya...

yang aku tahu,
saat pertama Tuhan temukan aku dengan dia,
dia sudah melekat kemas jauh di sudut hati aku...
tak pernah berubah...

Tuhan...
sama seperti sebelum ini Kau temukan aku dengan dia...
tanpa sengaja...
dan tiap kali Kau kabulkan doa aku tiap kali aku ingin ketemu dia...
tanpa sengaja...
kali ini aku mohon juga...
temukan aku lagi dengan dia...
tanpa sengaja...
kerana aku rindu dia...
tanpa terpinta...


aku rindu sama budak LC merah. 

kau, maafkan aku sebab selalu buat bodoh tiap kali kita ditakdirkan bertemu. bukan aku tak sukakan kau. tapi aku jadi begitu kerana aku sukakan kau. terlalu. itulah aku bila berhadapan dengan orang yang aku suka. aku jadi kaku tak tahu nak buat apa. harap kau tak berpaling dari aku kerana perlakuan aku. aku masih macam dulu. masih suka sama kau. kau masih ingat momen kita dulu. LC, pasaraya Lee Heng, Petronas dan air tin Milo. itu momen kita dan aku harap aku masih mampu ulang balik momen tu dengan kau. 


Tuhan, untuk kali yang ke entah berapa ratus kali, aku mohon, temukanlah aku dengan dia kerana aku rindu sama dia. rindu untuk bercinta dengan dia. sampai syurga...

:celaka:

bila perasaan celaka ini mula mendatang,
yang aku perlukan cumalah sebatang rokok..
bersuasanakan jamban kecil..
tempat yang aku kira cukup high untuk seorang aku ini melayan..
melayan seluruh perasaan celaka yang mencengkam..
sehingga ke kepulan asap yang terakhir..

Saturday, 19 May 2012

:sabarlah abah:

adik telefon cerita pasal situasi dekat kampung. kasihan abah. kena lagi. aku pun tak tahu apa yang orang tua tu tak puas hati sangat. apa dia ingat abah aku tu hamba abdi dia ke? apa dia ingat abah aku tu kuli dia? abah aku pun ada anak bini sendiri. abah aku tu pun bukan sihat sangat. lagi-lagi sekarang yang kadang-kadang sampai terpaksa berulang-alik pergi hospital. tapi dia bukan nak ambil pedulik abah aku tu sihat ke tak. yang dia tahu, saban bulan duit mesti kena bagi dia. kalau tak konpem mesti datang rumah bebel-bebel kenapa tak bagi duit. apa dia ingat duit banyak-banyak tu boleh bawak masuk kubur gamaknya. geram aku! daripada dia tanya kenapa tak bagi duit lebih baik dia tanya abah aku tu sihat ke tidak. kan lagi bagus. lagi satu, bukannya dia tak tahu sekarang ni cuaca bukannya elok sangat. kadang-kadang hujan. apa dia ingat kalau hujan boleh menoreh gamaknya. tak faham aku. ha lagi satu, dia ingat kait kelapa sawit tu macam kait buah rambutan agaknya. dia tak perasan ke abah aku tu dah kurus kedengking takde kudrat. orang lain, suruh kait kelapa sawit upah orang indon tahu! tapi ni abah aku baik hatila nak tolong kaitkan sawit kau tu dengan hanya upah RM250. kalau orang indon pun dah buat mogok tahu kalau kau bagi upah banyak tu lepas dah berhempas pulas kerah tenaga. geram aku! ni lah sebabnya kenapa aku kurang gemar balik kampung. bukan aku nak jadi anak derhaka ke mak abah tapi aku tak tahan nak dengar suara-suara sumbang orang yang menyibuk dengan keluarga aku. kadang-kadang nak je aku angkut mak abah supaya duduk je sini dekat Pasir Gudang ni biar aman sikit hidup. biar mak ngan abah boleh hidup tenang. bukan hidup sebagai hamba abdi lagi. tapi aku respek betul dengan mak sebab masih boleh bertahan dengan layanan yang diberikan si tua walaupun dah almost 30 tahun. mak memang seorang yang tabah. aku kalau boleh nak sangat jadi macam mak. tapi rasanya aku tak sekuat tu. sabarlah mak... sabarlah abah... sabarlah aku... sikit masa lagi mungkin...

lagi satu yang aku tak faham dan mungkin ada sedikit kemusykilan... kenapa kau tak pernah nak menghambakan anak menantu kau yang lain yang sihat walafiat, yang perut dah terkedepan, yang bajet tan sri datuk sri tu? kenapa? kenapa? kenapa? ni abah aku jugakkkkk.......

----------

buat bakal incik suami, maaf sebab keluarga saya tak seindah yang mungkin awak bayangkan... harap awak mampu terima dan mampu harungi semuanya bersama-sama saya... sampai syurga... sama-sama...

Friday, 18 May 2012

:tutup:

baca... baca... dan baca...
tapi macam gini jugak...
langsung tak boleh cerna apa-apa...
susah bila separuh dari otak sudah tertutup...
bukan senang nak buka balik...
kena bertatih sama macam budak baru nak belajar berjalan...
parah.. parah...

Thursday, 17 May 2012

:ada banyak:

ada banyak benda yang nak ditanya...
ada banyak benda yang nak dicerita...
ada banyak benda yang nak dikongsi...
tapi sayang...
ada banyak juga perasaan takut
dan banyak juga perasaan segan...

Wednesday, 16 May 2012

:wordless wednesday #7 - gathering:

.seriously one of the best moment i have even though kesian je dekat diri sendiri sebab takde partner. yang lain semua berpasangan. ahaks~ tak kisah pun sebab yang penting, enjoy!!! harap-harap next gathering, bolehlah bawak incik suami sekali. tu pun kalau Allah permudahkan jodoh aku... ㅋㅋㅋ... oh incik suami, cepat-cepatlah muncul dan masuk meminang saya (ok, ayat mintak pelempang...)

 
Gathering 2012
4-6 May 2012
Villa D'faro, A Famosa, Melaka

Wednesday, 2 May 2012

:makcik:

.gambar kredit pada pakcik google.

Si makcik. Badannya besar. Kerjanya pagi jadi guru tadika, petangnya pula ustazah Fardhu Ain. Tapi sayang mulut sibuk pompang sana–sini tentang keburukan orang sampai tak nampak keburukan sendiri. Masa senang, kepala mendongak dada mendabik. Bila susah, baru mula terkais-kais mahu minta pertolongan orang. Alih-alih bapak aku yang dikulikan. Ya, bapak aku yang kau selalu hina keji itu. Ya, bapak aku yang bersusah payah banting tulang nak carik duit nak bagi kau anak beranak makan sampai terpaksa korbankan anak bini sendiri tu. Ya, bapak aku yang kau suruh itu ini tanpa ucapan terima kasih tu. Konon kau ada laki banyak duit sampai semua orang takut nak cuit. Tapi sebenarnya kau dapat laki bangang yang tak selayaknya ditabik. Laki sendiri yang tak pernah nak ambil tahu pasal kau anak beranak. Kesian aku tengok kau yang hidup dengan sadis. Tapi masih lagi tak sedar dek diri kerana selalu duk sibuk menjaga tepi kain orang. Menyedihkan...

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

xoxo: moral of the story, lu fikirlah sendiri. sebenar-benarnya ni penulisan yang aku tulis untuk Zine Satu Malam-Satira. tapi sayang tak kena dengan tema maka direjectlah oleh incik admin. sebabnya aku dah terpesong dari maksud satira tu sendiri sebenarnya. yang aku tulis dekat atas ni, terlalu direct sedangkan satira tu adalah satu perlian berbentuk indirect. macam yang zoul komen, "Tak kena sikit dengan tema, satira. maksudnya menyampaikan teguran, sindiran atau pendapat secara tidak langsung atau indirect. Tulisan ni direct terus kepada makcik gemuk itu". terima kasih dari aku buat zoul sebab siap bagi tunjuk ajar lagi dengan bagi aku idea yang ohsem. jadi, lepas tu aku ada hantar lagi satu penulisan dan Alhamdulillah diterima. penulisan tu nantilah aku letak dekat sini. atau boleh juga terus pergi ke blog Zine Satu Malam dan baca kesemua penulisan-penulisan di sana. nak dibandingkan aku dengan mereka-mereka, aku ini tersangatlah jauh lagi. aku memang agak lemah dari segi idea dan ayat.
 boleh dimuat turun juga ya dalam bentuk pdf. jemput baca semua. dan oh ya, boleh cari yang mana satu penulisan aku. dan maaf, aku punya biasa-biasa saja. 

Untuk muat turun:
ZineSatuMalam - Satira <----- klik sini
Koleksi ZineSatuMalam lain <----- klik sini

Peace... ^_~