Saturday, 24 December 2011

:transformasi seorang aku:


Pagi sebelum matahari terbit, aku dah pun siap-siap pergi kerja. Pukul tujuh petang bila matahari sudah terbenam, aku siap-siap pula untuk pulang. Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan kadang-kadang Ahad juga. Malam pula kebanyakannya dihabiskan dengan menghadap komputer riba. Kalau tak kemaskini status MukaBuku, pasti aku klik sana-sini  membaca blog siapa-siapa. Paling bangsat pun aku akan tonton Korean Variety Show. Running Man ke, One Night Two Days ke, We Got Married ke…. Tak pun aku download drama-drama terbaru Korea. Eh,tak berdosakan kalau aku gila Korea. Ada aku kisah? Dan, itulah sebenar-benarnya rutin harian seorang aku. Aku Minah. Aku rasa hidup aku macam best je. Heaven…. Tak payah nak fikir tentang banyak masalah. Tak perlu nak pening-pening kepala perah kepala otak. Semua yang ada dalam hidup aku, simple je.

                Kalau kau tanya aku samada aku bosan atau tidak dengan rutin harian yang sama setiap hari, jawapan aku adalah tidak. Aku bahagia dengan hidup aku walaupun aku hanya menyewa di sebuah rumah murah, mempunyai sebuah motor cabuk dan tidak mempunyai teman lelaki. Aku tak punya apa-apa impian besar, cuma cukuplah dengan gaji dari kerja aku, aku mampu untuk bayar sewa rumah, duit topup telefon, bayar talian internet, tampung makan minum, bayar PTPTN, bagi dekat mak ayah di kampung dan simpanan RM50 sebulan. Simple kan? Tak pening kepala. Semuanya teratur bagi aku. Aku fikir, buat apa nak cipta impian besar kalau suatu hari nanti bila aku mati, semua tu akan lenyap begitu sahaja. Kan rugi…

                Tapi, entah kenapa ada satu hari tu, ada satu benda yang buat aku tersedar dari kehidupan kelabu aku sekarang ni. Buat aku terfikir betapa ruginya aku mensia-siakan kehidupan yang hanya sekali. Mujur juga aku tersedar agak awal. Sekurang-kurangnya aku masih lagi berpeluang untuk merasai pahit manis kehidupan hitam putih. Bukan hanya statik di tengah-tengah…

.................................................

xoxo : secara jujur, penulisan ini sebenarnya aku karang kononnya sebagai persediaan untuk pertandingan FIXI-KELABU. ya, aku tahu belum cukup kuat untuk menang. tapi saje je aku isi masa lapang konon mahu gilap bakat penulisan sendiri. masih jauh... aku tahu itu...

3 comments:

PK said...

err..bukan cerita sebenar ke?

pertanding kelabu ritu gua kalah tanpa sebarang kesian-kesian. ha ha.

Pembunuh Tanpa Bayang said...

kenapa kehidupan yang kau lalui sama seperti aku...

kebetulan.

aku hanya hidup dengan bekerja isnin hingga jumaat dan kadang-kadang sabtu ahad juga.siang dan malam aku bekerja.pulang saja terus masuk bilik dan berehat,tidak pula terfikir mahu keluar cuci mata.

laptop,buku,dan hobi adalah peneman setia aku.hingga majikan sering bertanya,tidak bosankah hari hari yang aku lalui?

kerana baki cuti tahun aku masih baynyak biar pun sudah sampai ke penghujung tahun.



good luck untuk pertandingan itu ya =)

ami manaf said...

@PK :
kehidupan sebenar ada sedikit best aku kira. dan kalau one of the ohsem writer macam kau, kau cakap kalah tanpa kesian-kesian, aku yang budak baru belajar ni lagilah... haha...

@Pembunuh Tanpa Bayang :
masih belum terlambar untuk mengubah kehidupan sendiri. life is too short. have fun sikit and smile always ok :)

btw, pertandingan tu dah lama tamat. aku hantar penulisan yang bertajuk #KELABU tu. macam PK cakap, aku pun kalah tanpa sebarang kesian-kesian... haha...