Sunday, 4 December 2011

:tolong jangan muncul lagi:


...Picture from Deviantart...
entah kenapa, entah dari mana, nama kau yang aku sudah mula lupakan tiba-tiba muncul kembali. apa lagi yang kau nak? apa lagi yang kau mahu? kau tahu betapa bersusah-payahnya aku untuk melupakan kehadiran sebentar kau dalam hidup aku itu? kehadiran sebentar kau yang sudah memporak-porandakan keseluruhan hidup aku. ada kau tahu itu? kau datang dan pergi seperti taufan. buat aku terumbang-ambing sendiri. sukalah kau ya, dapat buat aku seperti orang sasau? hanya sebab kau, aku jadi manusia beku. manusia yang menutup seluruh hatinya untuk cinta seorang lelaki. bahkan sampai sekarang. apa kau ingat semudah itu membuka sebuah pintu hati untuk dicintai yang bernama lelaki? hingga detik ini pun aku masih cuba untuk membukanya. tapi bila kau tiba-tiba muncul lagi, apa kau ingat semudah itu? 

kau, walaupun hati ini pernah terbuka untuk kau satu tika dulu, tapi sekarang tidak lagi. kepedihan dan kesakitan yang kau tinggalkan tak mungkin aku akan lupakan walaupun air mata tak pernah mengiringi kesakitan itu. aku mohon pada kau, pergilah. pergi jauh dari hidup aku. jangan pernah datang lagi. aku sudah tidak mahu. tolong...

No comments: