Wednesday, 14 December 2011

:Langkawi #4:


hari yang entah keberapa entah dekat langkawi. aku dah malas nak kira. yang aku rasa cuma aku mahu balik kampung sekarang juga. aku mahu bawa mak balik kampung. aku tak nak mak merasa situasi yang aku rasa sangat kekok dan menyebalkan ni. aku kasihankan mak. sangat-sangat kasihan. kalau boleh aku nak tanggung semua perasaan kekok dan sebal tu bagi pihak mak.

hari demi hari, dugaan datang bertimpa. aku mohon pada Tuhan semoga kami sekeluarga diberikan kekuatan untuk harungi semua ni. 

cerita tentang abah :
abah dekat kampung sorang diri. dekat kampung masih lagi hujan setiap hari. jadi, abah masih belum boleh menoreh. jadi aku dengan mak masih perlu bersabar dan bertahan. kami masih belum mempunyai kewangan yang mencukupi untuk balik. jadi aku kena sabar. sangat-sangat bersabar.

cerita tentang mak :
mak datang sini (langkawi) untuk jaga cucu dia sekaligus jaga menantu yang tengah dalam tempoh berpantang (syukur sangat-sangat sebab aku ada disisi mak temankan mak... sungguh!). aku kasihan dengan mak sebab kena masak, basuh baju, lipat baju, mandikan baby. aku kasihankan mak. mak selalu mengadu sakit lutut sebab berdiri lama. aku kaku. tak tahu nak buat apa. aku cuma boleh bantu mak sikit-sikit. tolong jadi assistant mak bila mak masak. tolong clearkan pinggan mangkuk yang bersepah dalam sinki dapur, tolong jaga along si kecik yang sangat nakal dan langsung tak nak dengar cakap orang (sebaliknya orang yang kena dengar cakap dia. kalau tak dia akan mengamuk taknak berhenti menangis. aku benci!)...

tapi yang paling buat aku sedih dan buatkan aku menangis sekarang ni adalah bila tengok sakit mak makin teruk. aku lupa nak tanya ubat tahan sakit mak masih ada atau tidak. kalau dekat kampung mesti mak dah ajak abah pergi hospital. aku tengok mak ambil kapas dan sabun cecair dettol masuk bilik air. aku tahu, mak cuci luka dia. pedihnya hati ni tengok keadaan mak. lagi pedih bila tengok kesan nanah dan darah pada kapas dan baju mak. mesti mak tengah tahan sakit seorang diri sekarang ni. kenapa mak tak pernah nak luahkan dekat anak mak ni? kenapa mak mesti nak pendam seorang diri? sampai bila mak? anak mak ni dah tahu mak sakit. dah lama tahu mak... ya Tuhan, kau kurangkanlah penderitaan dan kesakitan yang mak tengah rasa sekarang. aku tak sanggup tengok mak macam tu. aku sayangkan mak, Tuhan. berikanlah aku peluang untuk jaga mak dan balas jasa mak... 

cerita tentang adik :
beberapa hari lepas, adik mengadu dekat aku dia demam. aku cakap pergilah hospital tapi dia degil. hari ni aku dapat mesej dari adik, dia cakap sekarang ni dia sedang dikuarantin kerana disyaki menghidap H1N1. ya Tuhan... dia suruh mak telefon dia. aku dailkan nombor dia untuk mak. dia menangis teresak-esak bercakap dengan mak. sekarang ni, abah mungkin sudah dalam perjalanan ke batu pahat tengok adik. semoga abah selamat dalam perjalanan. dan semoga adik takde apa-apa.

cerita tentang aku :
aku sekarang ni sedang menaip dalam gelap dengan berjuraian air mata. sedihnya hati Tuhan saja yang tahu. tapi nak nangis kena cover-cover sebab mak sedang tidur di hadapan aku. aku tak nak mak tahu aku sedang menangis. kalau tidak, hilanglah macho aku. 

tak, aku sayangkan keluarga aku. tapi maaf, aku memang tak pandai nak tunjukkan perasaan aku. sungguh! aku mungkin tampak dingin, beku dan seperti tak ambil tahu. tapi sebenarnya, aku kisah. sangat-sangat...

tadi aku berteleku di sejadah. aku tadah tangan. aku menangis. lama. aku minta pada Tuhan semoga dikurangkan kesakitan mak. aku sayang mak. aku tak nak kehilangan mak. kalau boleh biar aku saja yang tanggung kesakitan yang mak tengah rasa sekarang. sungguh!

aku, langsung tak menyesal berhenti kerja. sungguh! sebab dalam masa beberapa bulan aku berada dekat dengan mak abah, aku mula faham mereka. aku mula rasa apa yang mereka rasa. aku mula menghargai mereka. aku mula dekat dengan mereka. banyak perkara yang aku tahu tentang mereka. perkara yang aku tak pernah tahu dan tak pernah ambil tahu sepanjang aku membesar. yang membuatkan aku merasa sangat kesal. sudah sampai masanya aku lupakan kisah silam. aku kena hargai kisah sekarang. bukan lagi mengungkit-mengenang kisah lampau yang sudah jadi sejarah. dah sampai masanya aku berusaha untuk mak abah. bukan lagi penting memikirkan kepentingan diri. dah sampai masanya aku balas pengorbanan mereka.

ya Tuhan, semoga dipermudahkan perancanganku ini. Amin, ya rabbal alamin...

4 comments:

hanaahmad said...

meruntun aku membacanya. moga keluarga kau sihat dan baik2 sahaja. teruskan bertahan dan kuat! ;)

pisau belati said...

ameen....pasti doa mu sudah di denga Tuhan.

hargai ibu bapa selagi mereka masih ada.kuatlah kawan sabar dan istifah,moga setiap dari kesakitan kamu,pasti akan ada penawarnya.satu masa nanti,pastikan kamu tersenyum bahagia =)

MadianiMamat said...

sabar mie... betul, bila kita duduk dekat mak ayah baru kita tau sume penderitaan dorang... tak sama ms duk jauh.. kita buat endah tak endah je..

ami manaf said...

@hanaahmad :
terima kasih. aku masih cuba bertahan dan kuat :)

@pisau belati :
Amin.. moga-moga..

@madianimamat :
tu lah deq... hikmah di sebalik aku benti kerja dan balik kampung... setelah lebih sepuluh tahun kot~