Sunday, 11 December 2011

:Langkawi #3:


masuk hari ni dah 12 hari dekat langkawi. kot... rasa macam dah bosan pun ada. bosan sebab terperuk je dekat rumah. bosan nak melayan keletah anak sedara yang sangat tak dengar cakap. bosan sebab tak dapat nak layan tv dengan kusyuk. bosan sebab kebanyakan masa terpaksa melayan laptop je. bosan sebab kat sini takde langsung bahan-bahan bacaan untuk dijadikan pelepas bosan. keseluruhannya, aku dah bosan. 

"mak, jom kita balik. dah bosanlah duduk sini. uhukuhukuhuk :( "

tapi buat masa sekarang memang tak boleh nak balik sebab kewangan tak mengizinkan. abah kat kampung sorang-sorang cari rezeki. tapi abah pun cakap sekarang ni agak susah. kat kampung selalu hujan, jadi tak boleh nak menoreh sangat. lagipun sekarang harga getah dah turun. takpelah. buat masa ni terpaksalah aku dengan mak bertahan walaupun aku dengan mak, dah bosan sebenarnya.

abah pulak hari-hari telefon mak. ada satu hari tu, abah telefon mak tanya macam mana nak guna mesin basuh. dia cakap suis dah on tapi kenapa tak gerak? mak cakap tekanlah button start. abah cakap dah tekan tapi kenapa air tak masuk? mak pun jawab, bukalah paip air tu barulah air masuk. alahai. tulah... selalu mak yang buat semua kerja rumah. bila mak takde, barulah terkapai-kapai. kelakar betullah abah aku ni.

lepas tu, ada satu hari tu abah telefon ngadu dekat mak yang dia makan meggi je dekat rumah. kahkahkahkahkah... abah aku ni memang kelakarlah... hari tu dia bukan main lagi cakap takpelah duduk sorang-sorang pun. setakat masak cincai-cincai takde hal punya. ni, dah ngadu dekat mak makan meggi je. tapi, abah aku pun terer jugak masak tau. kadang-kadang lebih sedap dari masak. jangan tak percaya...

.................................................

xoxo : semoga besok akan lebih baik dari hari ni. oh, tadi terlepas tengok gerhana bulan. sangat-sangat rugi besar. tadi malam pukul 10.30++ bukak internet baru tahu hari ni ada gerhana bulan. kalaulah aku tahu lebih awal.... :(

2 comments:

Pembunuh Tanpa Bayang said...

langkawi...teringin mahu ke sana tidak pernah jejak lagi.

owh,ayah kamu sudah tentunya sangat memerlukan mak kamu dalam hidup dia,kan =)

dan kamu jangan bosan2.ada internet online saja mungkin banyak yang boleh kamu temui nanti.memang agak bosan jika terperuk di rumah saja,tapi sabar ya.

ami manaf said...

@Pembunuh Tanpa Bayang :

silalah ke langkawi.. memang best.. :)

abah memang selalu perlukan mak. kalau mak takde memang die mcm patah kaki. haha :)

boleh kata hampir 12 jam masa aku dihabiskan dengan internet sampai aku tak tahu mahu search apa lagi di internet. dan ya, masih lagi bersabar :)