Friday, 2 December 2011

:Langkawi #1:

masuk hari ni, dah hari ke-4 dekat Langkawi. dan baru hari ni rasa macam nak update pasal Langkawi. takde ape yang nak diupdatekan sangat pun sebab sepanjang empat hari kat sini cuma terperap kat dalam rumah je. nak keluar pun malas. bukan ape, takde transport punya pasal. kereta abang, roadtax dah mati. hampeh! duduk rumah pun setakat main dengan anak sedare. dah bosan, masuk bilik ngadap laptop. nak tengok tv, takde astro. bosan~ dah banyak terlepas cite korea. hampeh!

...dak kecik yg comot, banyak mulut dan degil...
kali ni nak citer pasal rumah abang je. abang skang duduk quaters navy. quaters ala-ala apartment yang ngadap laut. mang best giler. mang style aku rumah ngadap-ngadap laut ni. rasa rilek je duduk dekat balkoni tengok pemandangan laut dengan angin sepoi-sepoi bahasa. release stress. mood nak menulis pun datang. suka...

...pemandangan dari balkoni rumah tingkat dua. rumah atas bukit, nampak tinggi kan...
...pemandangan sebelah kanan dari balkoni. kat depan tu bangunan-bangunan navy...
...pemandangan dari sebelah kiri balkoni...
arini, kakak ipar admit hospital. bila bersalin tak tahulah. tak sabar nak tunggu baby baru keluar. entah baby girl atau baby boy. semoga semuanya selamat... nanti baby baru dah keluar, baru update pasal baby....

No comments: