Tuesday, 6 December 2011

#KELABU


Ding… Dong… Deng… 

"Tuan-tuan dan puan-puan, saya pramugari Ami Manaf  bertugas. Selamat datang ke Zombijaya Airlines, salah satunya penerbangan di dunia yang menawarkan pengalaman melihat keindahan hitam-putih-kelabu angkasaraya dan seluruh cakerawala menerusi tingkap kaca khas yang disediakan.

Tidak lama lagi anda akan menempuh perjalanan tanpa henti, cukup satu pusingan dari Planet Bumi mengelilingi  wilayah  bulan sehinggalah kita mula mendarat kembali di Planet Bumi. Diharapkan anda semua sekarang dapat duduk di tempat masing-masing dan memakai tali pinggang keselamatan dengan ketat dan cara yang betul mengikut arahan supaya tiada kejadian yang ngeri akan berlaku semasa kapal terbang mula bertolak sebentar lagi. Pada masa ini, pihak kami berharap supaya anda semua dapat mematikan kesemua peralatan elektrik dan elekronik anda sekiranya ada sehinggalah penerbangan ini mencecah lebih dari 10,000 kaki bagi mengelakkan sebarang gangguan terhadap sistem navigasi dan komunikasi kapal terbang ini. Pihak kami akan memaklumkan kepada anda apabila peralatan elektrik dan elektronik anda sudah boleh digunakan.

Setelah pihak kami mengumumkan bahawa penerbangan ini sudah mula selamat, maka anda bolehlah mencabut tali pinggang keselamatan anda dan berjalan mengelilingi kawasan di  dalam kapal terbang ini mengikut keselesaan anda supaya anda lebih menikmati panorama angkasaraya di sekeliling anda. Selain daripada itu, anda juga boleh menggunakan kesemua kemudahan-kemudahan yang disediakan seperti tandas, bilik rehat, cafeteria, kasino, bilik karaoke dan bar kecil yang terdapat di dalam kapal terbang ini. Penerbangan kali ini juga turut menampilkan seorang selebriti yang cantik menawan iaitu Tabu untuk menemani dan menghiburkan anda supaya anda tidak akan merasa bosan sepanjang perjalanan mengelilingi bulan nanti.

Sebarang kemusykilan dan pertanyaan, bolehlah anda ajukan kepada pelayan-pelayan Kougar yang disediakan oleh pihak kami yang memakai uniform kelabu. Selamat menikmati penerbangan Zombijaya Airlines. Penerbangan akan bermula lima minit dari sekarang. Sekian, terima kasih."

Ding… Dong… Deng… 
...............................................

xoxo : Ini cerpen kedua yang aku sertai untuk memenangi sebuah novel Kelabu oleh Nadia Khan yang dianjurkan oleh pihak FIXI pada pagi semalam. Sebab semalamnya FIXI dah umumkan pada paginya akan diadakan contest, maka dengan penuh semangatlah aku bangun awal pagi. Lepas baca status FIXI, terus aku sambung tidur. Dalam tidur tiba-tiba datang idea nak tulis macam ni. Bila dapat idea terus je aku bangun. Maka dengan penuh gigihlah aku search internet nak cari format pengumuman penerbangan ni. Dengan waktu yang agak singkat memang susah nak cari idea best-best. So, kira main bantai je ni. Pengadil kali ni adalah fanpage FIXI sendiri. Dari sini aku memang dah tahu kebarangkalian untuk aku menang adalah 1% je. Tapi, ada aku kisah? Aku tetap nak join jugak. Maka, terciptalah sebuah penulisan yang entah hape-hape ni. Jadi, selamat membaca dan selamat mengkritik penulisan ini. Nak tahu juga di mana titik kelemahan... :)

No comments: