Sunday, 4 December 2011

:[FIXI] Pecah by Nizam Bakeri:



buku ni menceritakan tentang satu rompakan bank yang sudahpun dirancang serapi-rapinya (konon) oleh seorang peguam diikuti oleh konco-konconya yang dahulu merupakan bekas klien si peguam. ketika rompakan, salah seorang daripadanya telah berjaya ditembak di kaki. kemudian ditinggalkan di hospital oleh konco-konco dan dia akhirnya ditahan polis untuk siasatan. walaupun polis berjaya menemui DNA si perompak yang ditembak sebagai bukti, namun tetap tidak boleh disabitkan kesalahan. akhir cerita, maka tertutuplah kes tersebut dan semuanya bisa hidup bebas tanpa perlu takut dan bimbang lagi. polis pulak yang bengang sendiri sebab kes gagal...

yang nasib baiknya bagi perompak adalah, penyiasatan di Malaysia ni tak sama macam penyiasatan dalam CSI, Criminal Minds mahupun dalam NCIS. kalau tak memang dah terang-terang lagi semua perompak bakal dipenjarakan dan dijatuhkan hukuman bukan? dah nasib teknologi tak canggih... heh!

jalan cerita dalam PECAH memang tak membosankan. kamu kena baca buku ni betul-betul untuk tahu kisah dan watak-watak di dalam ni kerana si penulis telah berjaya membuatkan pembaca untuk berfikir. buku ini ditulis dalam latar masa yang berbeza-beza, masa sekarang dan masa lepas. ala, macam kamu tengok drama atau filem. tengah-tengah plot cerita tiba-tiba terkeluar gambar kabur menceritakan pasal kejadian lepas; kenapa, mengapa, bagaimana, siapa. lepas tu barulah kamu akan 'ooo... macam tu rupanya...', 'ooo... dia ni si anu dan si anu rupanya...'. ala lebih kurang macam tu lah. dari situ kamu akan mula faham isi cerita.

dan rancangan untuk merompak ni sebenarnya adalah disebabkan oleh kisah lampau. dari situlah bermulanya terbongkar rahsia lalu. satu persatu.

tapi, selain daripada cerita tentang rompakan tersebut, ada juga diselitkan tentang kisah tentang cinta, konflik keluarga dan adegan-adegan yang sesuai dibaca untuk yang cukup umur sahaja. heh! salah satu buku dengan jalan cerita yang best. sekurang-kurang tidak klise seperti buku-buku lain. bagi aku...
...............................................

xoxo : ini buku FIXI ketiga aku. setakat ni aku sudah ada empat buah. masih lagi berusaha mengumpul duit untuk koleksi seterusnya. ditambah lagi dengan senarai-senarai buku lainnya yang masih belum berjaya dibeli. ada siapa-siapa yang baik hati mahu hadiahkan? senyum sambil kenyit mata :) damn!

No comments: