Thursday, 29 December 2011

:fulus:


sekarang, status kewangan berada pada tahap yang agak membimbangkan. masih cukup makan tapi untuk membangunkan business aku yang baru nak pacak tiang tu, memang tak mampu. aku memerlukan sedikit sumber kewangan. salah satu penyelesaiannya, aku mesej lah kawan aku. sebenarnya aku nak mintak duit yang dia hutang aku dulu tapi aku tak tahu nak sebut macam mana. tak sampai hati pun ada. jadi dengan konon cukup sopannya, aku pun mesej dia bagitahu aku mahu pinjam duit. aku tunggu punya tunggu, tiada balasan. senyap. sampai ke hari ni. ok, fikir positif. mungkin dia tiada kredit mahu balas mesej aku. tapi, bukan ke boleh mesej melalui mukabuku? ok, fikir positif lagi. mungkin dia.... hmmm... hmmm... ok, dah tak mahu fikir apa-apa. (sebenarnya kalau dia tiada duit sekalipun, bila dia balas mesej aku dan bagitahu aku kedudukan yang sebenarnya, aku sudah cukup berpuas hati. cuma jangan buat aku fikir bukan-bukan. itu aje)

aku cuma berdoa semoga Tuhan akan mempermudahkan perancangan aku dan mungkin menunjukkan aku jalan penyelesaian yang lain... insyaAllah...

..................................................

xoxo : besok ada business appointment dengan seorang kawan lama. tak sabar. semoga dipermudahkan dan diberkati olehNya. Amin...


Saturday, 24 December 2011

:transformasi seorang aku:


Pagi sebelum matahari terbit, aku dah pun siap-siap pergi kerja. Pukul tujuh petang bila matahari sudah terbenam, aku siap-siap pula untuk pulang. Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan kadang-kadang Ahad juga. Malam pula kebanyakannya dihabiskan dengan menghadap komputer riba. Kalau tak kemaskini status MukaBuku, pasti aku klik sana-sini  membaca blog siapa-siapa. Paling bangsat pun aku akan tonton Korean Variety Show. Running Man ke, One Night Two Days ke, We Got Married ke…. Tak pun aku download drama-drama terbaru Korea. Eh,tak berdosakan kalau aku gila Korea. Ada aku kisah? Dan, itulah sebenar-benarnya rutin harian seorang aku. Aku Minah. Aku rasa hidup aku macam best je. Heaven…. Tak payah nak fikir tentang banyak masalah. Tak perlu nak pening-pening kepala perah kepala otak. Semua yang ada dalam hidup aku, simple je.

                Kalau kau tanya aku samada aku bosan atau tidak dengan rutin harian yang sama setiap hari, jawapan aku adalah tidak. Aku bahagia dengan hidup aku walaupun aku hanya menyewa di sebuah rumah murah, mempunyai sebuah motor cabuk dan tidak mempunyai teman lelaki. Aku tak punya apa-apa impian besar, cuma cukuplah dengan gaji dari kerja aku, aku mampu untuk bayar sewa rumah, duit topup telefon, bayar talian internet, tampung makan minum, bayar PTPTN, bagi dekat mak ayah di kampung dan simpanan RM50 sebulan. Simple kan? Tak pening kepala. Semuanya teratur bagi aku. Aku fikir, buat apa nak cipta impian besar kalau suatu hari nanti bila aku mati, semua tu akan lenyap begitu sahaja. Kan rugi…

                Tapi, entah kenapa ada satu hari tu, ada satu benda yang buat aku tersedar dari kehidupan kelabu aku sekarang ni. Buat aku terfikir betapa ruginya aku mensia-siakan kehidupan yang hanya sekali. Mujur juga aku tersedar agak awal. Sekurang-kurangnya aku masih lagi berpeluang untuk merasai pahit manis kehidupan hitam putih. Bukan hanya statik di tengah-tengah…

.................................................

xoxo : secara jujur, penulisan ini sebenarnya aku karang kononnya sebagai persediaan untuk pertandingan FIXI-KELABU. ya, aku tahu belum cukup kuat untuk menang. tapi saje je aku isi masa lapang konon mahu gilap bakat penulisan sendiri. masih jauh... aku tahu itu...

Wednesday, 21 December 2011

:Langkawi #5:


Majlis cukur jambul Nur Intan Amani


semalam abang aku ada buat majlis cukur jambul untuk anak kedua dia, Nur Intan Amani (budak comel kat atas tu). majlis kecil-kecilan je. buat mane yang perlu je. tak payah nak meriah bagai. abang jemput kawan-kawan navy dia. dan ada seorang ustaz yang mengepalai. semuanya tiba-tiba. rancangnya malam ni tapi disebabkan ada sedikit masalah, terpaksa dipercepatkan. walaupun agak last minit, tapi semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. makanan pula abang tempah. rm200 semua untuk makanan siap minuman. memang berbaloi sebab banyak gila. abang cakap untuk 50 orang, tapi yang tukang masak tu buat aku rasa macam untuk 100 orang makan. gila banyak. last-last kena sedekahkan untuk orang. elak dari membazir. abang bungkus kasi kawan-kawan dia yang tak dapat datang. sangat sedap masakan dia. serius.

semalam adalah hari yang memenatkan. petangnya, pergi teman abang beli pinggan mangkuk dekat idaman suri. baliknya terus basuh semua pinggan mangkuk yang dah beli tu. lepas tu kemas rumah sikit sebanyak. malam pulak lepas tetamu semua balik, duk sibuk sekali lagi dekat dapur basuh semua pinggan dengan gelas kotor. sangat banyak ok. lepas basuh pinggan dengan gelas, tolong abang bungkus nasi dengan lauk pauk pulak. penat.... lepak punya lepak, dekat pukul 12 baru siap semua. tapi berbaloi sebab rasa happy dan tenang je.

amani pulak tak meragam langsung masa upacara tu. mahunya tidak, syok tido. sebelum orang datang, bukan main lagi cerah mata susah nak tido. lama jugak dia bertahan. agaknya dah tak tahan ngantuk, terus je tertido sampai orang dah balik. bangun pun bila time dia lapar je. amani oh amani. amani sangat best sebab dia tak banyak ragam. dia nangis pun time dia lapar, poopoo dengan time dia sejuk lepas mandi. yang banyak ragamnya, kakak dia intan suraya. sampai aku dah naik pening tak tahu nak buat macam mana lagi. sungguh! amani nanti dah besar jangan tiru perangai along eh...

tak sempat nak tengok amani rambut botak sebab abah dia nak cukur kepala dia time dia cuti nanti. aku, mak ngan abah pulak dah nak balik kampung besok. akan merindui kalian berdua walaupun along sangat nakal dan kadang-kadang buat cikngah hilang waras dan bertukar jadi hulk hogan hijau. kahkahkahkahkah...

................................................

xoxo : selepas 23 hari di langkawi, akhirnya tiba juga masa untuk balik kampung. bagi aku, ada hikmahnya majlis cukur jambul ni dipercepatkan kerana ada sesuatu yang sedang menanti aku kat kampung. semoga Allah mempermudahkan. semoga Allah redha. semoga Allah memberkati...

Tuesday, 20 December 2011

:aku dilamar dan aku bertunang:


siapa yang dah tengok video ni angkat tangan!!! memang super ohsem sangat-sangat (bagi aku). video ni dah buatkan aku tersenyum sampai telinga. tumpang rasa bahagia. cemburu sebab perempuan itu sangat bertuah. siapa yang belum tengok boleh klik sini ----> i've been proposed & i'm engaged.

macam kata Hilal Asyraf :
"Saya ucapkan tahniahlah kepada lelaki ini. Beliau patut jadi role model.
Saya ucapkan juga tahniah kepada perempuan ini. Beliau juga patut jadi role model. 
Role model dalam hal propose dan menerima proposal. ^^
Terbaik!"

"lelaki dan perempuan tu telah menunjukkan satu contoh yang baik, bukan bercouple. Tunjuk contoh macam mana 'melamar' dengan baik, dengan jalan yang baik, dengan prinsip yang baik."(aku ambil petikan ayat bawah sahaja dari status mukabuku Hilal sebab ayat-ayat di atas dan sebelumnya, aku kira tiada kaitan dengan apa yang aku ingin sampaikan disini)

dan seperti kata-kata yang aku jumpa dekat blog Kersani dan Kasturi :
"sebaik-baik jodoh kamu adalah sebaik-baik iman kamu"... Jadi, kalau iman sendiri tak berapa nak betul, jangan berangan nak dapat pasangan yang betul... (dush! sedebik kena batang hidung sendiri... kahkahkahkahkah....)

dan kata-kata aku pulak:
so sweet... tengok cerita korea pun tak rasa sweet macam ni. sebenarnya ni adalah satu sebab kenapa kot sampai sekarang aku masih belum ber'couple'. yelah, semua orang duk sibuk tanya aku samada aku sudah punya teman lelaki atau tidak sedangkan aku ni usaha sedaya upaya untuk jaga diri aku dalam hal couple-couple ni. bukan tak pernah couple. dah banyak kali. tapi tu dulu. dua tahun lepas. dulu aku ni jahat, sekarang baru sedar diri dan baru terhegeh-hegeh nak jadi baik. bukan senang. kalau tak kuat boleh tersembam tahu. dari pengalaman aku, nak cari teman lelaki tu senang je tapi nak cari suami, tersangat-sangatlah susah.

macam mana aku nak jadikan suami kalau baru kenal dua-tiga hari dah sibuk nak pegang tangan? maaf, aku benci lelaki macam tu. 

orang boleh kata aku macam-macam. memilih dan sebagainya. tapi dari sudut pandangan aku sebagai seorang perempuan, tak salah kalau aku memilih. sekurang-kurangnya aku tak pilih lelaki kaya atau kacak. cukup sekadar ada pegangan agama yang kuat dan mempraktikkan pegangan tu serta boleh bimbing aku dunia akhirat (bukan yang tahu pegangan agama tapi sekadar pompang-pompang). tu pun salah ke? tapi yang macam kata-kata KnK tu lah, kalau nak lelaki baik, diri sendiri kenalah berusaha untuk jadi baik. jangan duk berangan nak lelaki baik tapi diri sendiri entah hape-hape,,, (macam aku? kikiki...)

dah! dah! berhenti melalut. aku sebenarnya nak cakap pasangan ni sangat sweet. dan aku harap aku juga boleh macam tu. tapi semuanya terserah padaNya kerana sesungguhnya hanya Dia yang Maha Mengetahui. 

sekian rapikan aku untuk malam ni...

..............................................

xoxo : buat pasangan adik ariff dan dena, semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat... Amin

Sunday, 18 December 2011

:tengok gambar:


Semalam aku tukar gambar profile di mukabuku. saje aku tukar gambar sempena sokong laman web Hilal Asyraf-Langit Ilahi-Mari Menjadi Hamba... Benda elok, tak salah kalau kongsi kan. Korang kalau baik hati, moh la layan web ni. Lagi elok daripada korang layan web yang troll orang sana sini. Sekurang-kurangnya, bila layan web ni mana tahu kot terbuka sikit pintu hati tu nak berubah. Manalah tahu... (Eh, ter-promote pulak. kikiki...)

tapi, aku bukan nak cerita pasal web tu. tu selingan je. ni nak cerita pasal seseorang. cerita yang bermula dari gambar profile yg aku tukar tu.

tak lama lepas aku tukar gambar, tetiba aku dapat private mesej. dia lagi. alahai. dia tanya :

***** : npe tkr gambar??
Aku : saje..
***** : mmm.. rindu ar mcm 2 x dpt tgk mke aimi...

kahkahkahkahkah... maaf, aku tak terharu. nasib baik jugak lepas dia muncul tu hari, cepat-cepat aku privatekan semua gambar di mukabuku waima untuk kawan sendiri. lebih baik macam tu. aku tak mahu dia tengok semua gambar aku yang ada. kawan-kawan, korang dah tak boleh tengok kan semua gambar aku? tinggal gambar baby je yang aku publickan. tapi untuk tontonan kawan-kawan dalam senarai sahaja. 

hari ni, aku tukar gambar profile ke gambar tulisan nama aku atas pasir. tiada lagi gambar muka aku. lepas tu dapat lagi private mesej dari dia.

***** : aimi..
             ***** nk tgk gmbar aimi skrg blh??

aku diam. aku malas nak jawab. aku malas nak layan. jujur aku cakap, perasaan tu dah takde. kosong. yang aku nak dari dia cuma penjelasan tentang ceritera sebuah cerita. cerita dulu. mungkin lepas tu, aku mampu untuk teruskan melangkah dan bukakan pintu hati aku untuk lelaki. lagi. dan harapnya bukan dia. 

.................................................

xoxo : tak kuasa aku nak bagi tunjuk muka aku dekat kau lah. pastu nanti nak kena dengar kau ngaruk dengan ayat bukan-bukan. oh, please...

Friday, 16 December 2011

:basic information:

aku buka mukabuku dia lepas dia private mesej aku. mukabuku dia yang tak pernah aku approve sepanjang dia add aku sebagai kawan. sebabnya aku tak mahu dia intai semua perlakuan aku, kawan-kawan aku dan kemudian ngarok tak tentu pasal. macam budak-budak. rimas.

tiba-tiba aku ternampak satu benda. dalam hati, what the hell!!!

About ***** : aq mncari ssorg yg pnh aq tinggal kn 2 thun dlu.. aq kmbalie kalie nie bkan utk myakiti diri nya lagi tpi aq nk dy thu knpe aq buat smua 2 dlu.. klau diri nya mnerima aq lgi dlm hdup nya,aq akan bukti kn yg dy akan bhgia dgan dri ku.. ssaat pn aq akan pasti kn dy x kn kcwa dgan ku buat klie ke 2.. maaf kn diri ku buat sgala2 nya "a-m- z-h-i-i"

yang kat atas tu adalah apa yang dia tulis dekat mukabuku dia. aku copy-paste tanpa ubah apa-apa.. oh-my-gucci... sangat kebudak-budakan ok. nasib baik tang nama aku tu, dia tak tulis penuh-penuh. kalau tak, mana aku nak sorok muka? weh, aku bukan lagi budak sekolah menengah. yang suka duk tayang-tayang pasal cinta merata-rata. tak kisahlah pasal baru bercinta ke, putus cinta ke, nak sambung cinta ke... tolonglah...

..................................................

xoxo : kau ingat bila kau buat macam tu, aku nak terharulah? oh, please. not my style ok. dan untuk pengetahuan kau, aku yang dulu dah mati. dah takde... jadi, jangan harap apa-apa...

Thursday, 15 December 2011

:business online:


hari ke berapa entah aku berada di langkawi, tetiba aku mendapat satu tawaran untuk menjadi agen kepada jualan baju-baju perempuan di talian (business online). aku ambil masa satu hari untuk fikir masak-masak. eh, mana boleh buat keputusan melulu. jadi, disebabkan sekarang ni aku adalah seorang penganggur tegar dan tak punya apa-apa aktiviti untuk dilakukan, jadi aku setuju. maka, bermulalah perjalanan seorang aku dalam mengharungi liku-liku sebagai jurujual atas talian di mukabuku. bukan senang tahu. lagi-lagi mahu cari customer. bila kau tekan tambah kawan je, ada yang automatik reject. kalau dah ramai yang macam tu, kadang-kadang mukabuku aku akan diblock daripada tambah kawan. jadi, aku tak boleh nak cari customer. aku sabar. sabar dan terus sabar. ini cuma dugaan kecil. tak machola aku kalau aku berhenti separuh jalan tanpa belum betul-betul bermula pun. aku kena kuat. aku buat kerja ini pun sekadar isi masa lapang dan cari pengalaman baru. bukan untuk ambil keuntungan banyak-banyak. 

yang bestnya pasal business online ni adalah sebab aku boleh cuci mata tengok koleksi baju-baju dan beg-beg yang cantik-cantik. aku memang suka fashion tapi, aku tak pandai berfashion apatah lagi berposing. aku juga tak pandai menjahit. jadi, bagi memenuhi tuntutan nafsu aku dalam dunia fashion ni, cukuplah aku menjadi seorang jurujual. ohsem bukan?

jadi, pada siapa-siapa yang suka cuci mata tengok baju-baju cantik, bolehlah tambah kawan (add friend) dengan aku di mukabuku aku : Ami Manaf (ClothesShoppe)... aku mengalu-alukan siapa sahaja. tak mahu beli pun tak apa. sekadar meramaikan kawan mukabuku :) heh! boleh ea macam tu.. hihihi...

Wednesday, 14 December 2011

:Langkawi #4:


hari yang entah keberapa entah dekat langkawi. aku dah malas nak kira. yang aku rasa cuma aku mahu balik kampung sekarang juga. aku mahu bawa mak balik kampung. aku tak nak mak merasa situasi yang aku rasa sangat kekok dan menyebalkan ni. aku kasihankan mak. sangat-sangat kasihan. kalau boleh aku nak tanggung semua perasaan kekok dan sebal tu bagi pihak mak.

hari demi hari, dugaan datang bertimpa. aku mohon pada Tuhan semoga kami sekeluarga diberikan kekuatan untuk harungi semua ni. 

cerita tentang abah :
abah dekat kampung sorang diri. dekat kampung masih lagi hujan setiap hari. jadi, abah masih belum boleh menoreh. jadi aku dengan mak masih perlu bersabar dan bertahan. kami masih belum mempunyai kewangan yang mencukupi untuk balik. jadi aku kena sabar. sangat-sangat bersabar.

cerita tentang mak :
mak datang sini (langkawi) untuk jaga cucu dia sekaligus jaga menantu yang tengah dalam tempoh berpantang (syukur sangat-sangat sebab aku ada disisi mak temankan mak... sungguh!). aku kasihan dengan mak sebab kena masak, basuh baju, lipat baju, mandikan baby. aku kasihankan mak. mak selalu mengadu sakit lutut sebab berdiri lama. aku kaku. tak tahu nak buat apa. aku cuma boleh bantu mak sikit-sikit. tolong jadi assistant mak bila mak masak. tolong clearkan pinggan mangkuk yang bersepah dalam sinki dapur, tolong jaga along si kecik yang sangat nakal dan langsung tak nak dengar cakap orang (sebaliknya orang yang kena dengar cakap dia. kalau tak dia akan mengamuk taknak berhenti menangis. aku benci!)...

tapi yang paling buat aku sedih dan buatkan aku menangis sekarang ni adalah bila tengok sakit mak makin teruk. aku lupa nak tanya ubat tahan sakit mak masih ada atau tidak. kalau dekat kampung mesti mak dah ajak abah pergi hospital. aku tengok mak ambil kapas dan sabun cecair dettol masuk bilik air. aku tahu, mak cuci luka dia. pedihnya hati ni tengok keadaan mak. lagi pedih bila tengok kesan nanah dan darah pada kapas dan baju mak. mesti mak tengah tahan sakit seorang diri sekarang ni. kenapa mak tak pernah nak luahkan dekat anak mak ni? kenapa mak mesti nak pendam seorang diri? sampai bila mak? anak mak ni dah tahu mak sakit. dah lama tahu mak... ya Tuhan, kau kurangkanlah penderitaan dan kesakitan yang mak tengah rasa sekarang. aku tak sanggup tengok mak macam tu. aku sayangkan mak, Tuhan. berikanlah aku peluang untuk jaga mak dan balas jasa mak... 

cerita tentang adik :
beberapa hari lepas, adik mengadu dekat aku dia demam. aku cakap pergilah hospital tapi dia degil. hari ni aku dapat mesej dari adik, dia cakap sekarang ni dia sedang dikuarantin kerana disyaki menghidap H1N1. ya Tuhan... dia suruh mak telefon dia. aku dailkan nombor dia untuk mak. dia menangis teresak-esak bercakap dengan mak. sekarang ni, abah mungkin sudah dalam perjalanan ke batu pahat tengok adik. semoga abah selamat dalam perjalanan. dan semoga adik takde apa-apa.

cerita tentang aku :
aku sekarang ni sedang menaip dalam gelap dengan berjuraian air mata. sedihnya hati Tuhan saja yang tahu. tapi nak nangis kena cover-cover sebab mak sedang tidur di hadapan aku. aku tak nak mak tahu aku sedang menangis. kalau tidak, hilanglah macho aku. 

tak, aku sayangkan keluarga aku. tapi maaf, aku memang tak pandai nak tunjukkan perasaan aku. sungguh! aku mungkin tampak dingin, beku dan seperti tak ambil tahu. tapi sebenarnya, aku kisah. sangat-sangat...

tadi aku berteleku di sejadah. aku tadah tangan. aku menangis. lama. aku minta pada Tuhan semoga dikurangkan kesakitan mak. aku sayang mak. aku tak nak kehilangan mak. kalau boleh biar aku saja yang tanggung kesakitan yang mak tengah rasa sekarang. sungguh!

aku, langsung tak menyesal berhenti kerja. sungguh! sebab dalam masa beberapa bulan aku berada dekat dengan mak abah, aku mula faham mereka. aku mula rasa apa yang mereka rasa. aku mula menghargai mereka. aku mula dekat dengan mereka. banyak perkara yang aku tahu tentang mereka. perkara yang aku tak pernah tahu dan tak pernah ambil tahu sepanjang aku membesar. yang membuatkan aku merasa sangat kesal. sudah sampai masanya aku lupakan kisah silam. aku kena hargai kisah sekarang. bukan lagi mengungkit-mengenang kisah lampau yang sudah jadi sejarah. dah sampai masanya aku berusaha untuk mak abah. bukan lagi penting memikirkan kepentingan diri. dah sampai masanya aku balas pengorbanan mereka.

ya Tuhan, semoga dipermudahkan perancanganku ini. Amin, ya rabbal alamin...

Sunday, 11 December 2011

:model runway:


dia balik kerja dengan uniform biru. keluar dari lif dengan tangan dalam poket sambil jalan lenggang-lenggok ala-ala model runway. dia berjalan macho masuk ke rumah macam tahu-tahu je ada orang yang perhatikan dia. dan aku, senyum...

:Langkawi #3:


masuk hari ni dah 12 hari dekat langkawi. kot... rasa macam dah bosan pun ada. bosan sebab terperuk je dekat rumah. bosan nak melayan keletah anak sedara yang sangat tak dengar cakap. bosan sebab tak dapat nak layan tv dengan kusyuk. bosan sebab kebanyakan masa terpaksa melayan laptop je. bosan sebab kat sini takde langsung bahan-bahan bacaan untuk dijadikan pelepas bosan. keseluruhannya, aku dah bosan. 

"mak, jom kita balik. dah bosanlah duduk sini. uhukuhukuhuk :( "

tapi buat masa sekarang memang tak boleh nak balik sebab kewangan tak mengizinkan. abah kat kampung sorang-sorang cari rezeki. tapi abah pun cakap sekarang ni agak susah. kat kampung selalu hujan, jadi tak boleh nak menoreh sangat. lagipun sekarang harga getah dah turun. takpelah. buat masa ni terpaksalah aku dengan mak bertahan walaupun aku dengan mak, dah bosan sebenarnya.

abah pulak hari-hari telefon mak. ada satu hari tu, abah telefon mak tanya macam mana nak guna mesin basuh. dia cakap suis dah on tapi kenapa tak gerak? mak cakap tekanlah button start. abah cakap dah tekan tapi kenapa air tak masuk? mak pun jawab, bukalah paip air tu barulah air masuk. alahai. tulah... selalu mak yang buat semua kerja rumah. bila mak takde, barulah terkapai-kapai. kelakar betullah abah aku ni.

lepas tu, ada satu hari tu abah telefon ngadu dekat mak yang dia makan meggi je dekat rumah. kahkahkahkahkah... abah aku ni memang kelakarlah... hari tu dia bukan main lagi cakap takpelah duduk sorang-sorang pun. setakat masak cincai-cincai takde hal punya. ni, dah ngadu dekat mak makan meggi je. tapi, abah aku pun terer jugak masak tau. kadang-kadang lebih sedap dari masak. jangan tak percaya...

.................................................

xoxo : semoga besok akan lebih baik dari hari ni. oh, tadi terlepas tengok gerhana bulan. sangat-sangat rugi besar. tadi malam pukul 10.30++ bukak internet baru tahu hari ni ada gerhana bulan. kalaulah aku tahu lebih awal.... :(

Saturday, 10 December 2011

:Langkawi #2:


tadi petang pergi tengok LIMA dengan abang, mak dan anak sedare. memang teruja. tepi-tepi jalan semua penuh dengan orang sebab masing-masing pun teruja nak tengok pertunjukan jet pejuang kat angkasaraya. kitorang pun same, lepak tepi jalan je. tapi tepi jalan kitorang kat belakang airport Langkawi tu. memang penuh dengan orang ramai ok. siap berpayung bagai sebab panas membahang. masing-masing duk teruja dongak atas langit sana tu tengok jet buat action. siap ade pusing-pusing. aku pun sekali macam jakun tak pernah tengok jet dekat-dekat. kahkahkahkahkah... bila jet terbang depan aku, aku pun wooaahh.... teruja sampai macam nak nangis pun ada. selekeh kan. kahkahkahkahkah... biasala, akukan budak baru nak belajar kenal dunia luar. sebelum ni asyik terperuk dalam dunia sendiri je. bosan jugak.

tapi yang jelesnya, aku tak boleh nak ambik gambar. kamera dahla takde, handphone pulak takde bateri. abang aku ni lah tak bagitahu awal-awal nak pi tengok kapal terbang. (konon... padahal dah beberapa hari lepas lagi abang aku dah bagitahu. aku je lupa...) aku jeles tengok ramai yang duk angkut dslr amek gambar. yang amek gambar pakai ipad pun ada. korang memang canggihlah... aku je yang duk angkut handphone sony lipat tu pergi sana sini ambik gambar. cait!

bila jet dah stop buat aksi, abang pun ajak kitorang lepak pantai cenang makan laksa. dekat je dengan area airport. boleh tengok kapal terbang landing. tempat tu memang bestlah. dahlah ramai orang. dengan angin sepoi-sepoi bahasa. memang syiok... aku suka... *winkwink*

dah makan-makan, dah kenyang, terus balik pangsapuri. tak boleh nak lama-lama kesian dekat kakak ipar sensorang dekat rumah. walaupun aku masih belum puas lagi berjalan sebenarnya. kan best kalau boleh jalan-jalan dengan kawan-kawan. mesti enjoy habis kan?

..............................................

xoxo : tadi sebenarnya abang nak ajak pergi tengok pameran kapal terbang. masa mula-mula pergi tu tak boleh nak masuk sebab terlalu banyak kereta menunggu giliran nak masuk sana. kali kedua nak masuk lepas tengok jet pejuang buat aksi kat angkasaraya, memang dah tak boleh nak masuk langsung sebab dah kena block dengan pakcik pakai baju putih (polis trafik). tapi takpelah. aku dah berpuas hati dah sebab dapat tengok kapal terbang pusing-pusing depan mata. kahkahkahkahkah...

sekian, cerita aku untuk hari ini. keut!!!

Thursday, 8 December 2011

:kaulah nyawa aku:


aku baru sahaja lepas meroyan. percayalah cakap aku... kahkahkahkahkah... mahunya tak meroyan bila benda yang paling aku sayang tiba-tiba je hilang. apa benda yang aku sayang sangat tu? blog aku ni lah. campur e-mail campur gtalk. semua penting-penting untuk aku. lagi-lagi skarang ni aku tengah mula nak berjinak-jinak dengan online business. semua tu memang sangat penting untuk aku ok.

tadi lepas maghrib nak bukak nak update citer baru, tiba-tiba je terkeluar page yang menyatakan 'Blog Has Been Removed'. agak-agak, apakah perasaan korang bila benda ni berlaku pada korang? aku cuba bukak e-mail. dia cakap disabled. aku try bukak g-talk, pun sama. kenapakah? terus aku mesej kawan aku mengadu nasib. pastu meroyan pulak dekat facebook tanya siapa-siapa. hampir dua jam kot... last-last aku meroyan dengan adik aku. dia cakap try tukar password. oklah, aku cuba.. dan sangat-sangat bernasib baik, semuanya kembali ke sedia kala. Alhamdulillah... syukur sangat-sangat. air mata aku yang nak berjurai, duk sipi-sipi kat tubir mata tadi ni, automatik termasuk balik. kahkahkahkahkah... 

bukannya apa. kau ingat senang ke nak cari idea nak menulis semua ni? dahla aku ni jenis suka direct tulis kat dalam blogspot ni. malas lah nak karang-karang bagai dekat MSWord pastu paste sini. so, kira takde back-uplah kebanyakan idea yang aku menulis kat sini....

eeee.... suka suka suka *wink wink*...

buat madiani mamat, terima kasih di atas kesudian anda mendengar rintihan hati saya... terharu... dan buat adik aku jugak, terima kasih sebab bagi cadangan bernas ni...

harap-harap lepas ni, benda ni semua takkan berlaku lagi. kalau tak, mahu lagi sekali aku meroyan... tidakkkkk.....
..................................................

xoxo : tak jadi nak update benda yang aku planning nak update tadi. besok-besok ajelah. selamat malam dunia :)

:lagu untukku...lagu untukmu:


kau ingat lagi tak? dulu, kau bagi aku lagu ni. kau kata suatu hari nanti aku akan tetap jadi milik kau. masa tu aku memang bengap. aku percaya cakap kau. jadi aku tunggu kau. macam orang bodoh. pengakhiran, kau tinggalkan aku jugak... pastu tiba-tiba sekarang, kau muncul lagi. untuk apa? untuk tunaikan kata-kata kau dulu? tentang perkaitan lagu ni?

Tenang sayang, ku pasti akan datang
Yakinlah aku menjemputmu
Jangan menangis, hapus air matamu
Yakinlah ku tetap milikmu

Tenang sayang, ku tepati janjiku
Karna kau wanita terhebat
Peluk tubuhku, matilah di pelukanku
Biar seluruh jagad raya tahu
 [Yakinlah Aku Menjemputmu - Kangen Band]
 
dan nah, sekarang aku bagi lagu ini pula untuk kau. perkiraan jawapan aku untuk lagu kau tu. ikhlas tau aku tujukan lagu ni untuk kau. ikhlas dari nun jauh di lubuk hati aku. lepas dapat lagu ni, jangan nak meroyan tak tentu pasal tau, walaupun sebenarnya aku suka sangat bila tengok kau meroyan. biar kau rasa apa aku rasa. eh, jangan salah sangka. aku tak dendam dengan kau pun, cuma aku nak kau sedar melukakan sekeping hati manusia itu memang tidak enak. jadi bila kau sedar, kau takkan ulang lagi benda yang sama pada perempuan lain. ikhlas ni... sumpah... *wink wink* senyum:)

Usah ditanya mengapa
Kau tahu jawapannya
Usahlah lagi kau berpura pura
Muakku dengan sikapmu
Yang tidak pernah jujur
Permainkan hati dan perasaan

Biarku tanggung semuanya
Dari hidup merana
Ku doakan kau bahagia dengannya
Ku lepaskan kau pergi
Ku lepaskan kau pergi
Selamat tinggal
[Selamat Tinggal - Nikki]

..................................................

xoxo : tak boleh nak upload lagu pulak sebab broadband bergerak dengan penuh lemah gemalai... so sweet my broadband... sayang kamu... dang!

Wednesday, 7 December 2011

:the guy next door:


...sumber : deviantart...
tingkap kaca dapur pangsapuri itu menghadap pintu rumah jiran hadapan. boleh nampak jiran hadapan keluar masuk. lelaki. setiap kali ke dapur itulah peluang yang diambil untuk menghendap. saja curi-curi pandang sambil tangan duk leka basuh pinggan mangkuk (konon...). kacak orangnya. putih tapi tak macam korea. tinggi pun tak berapa nak tinggi. sama paras gamaknya. tiap kali ternampak si jejaka pasti terdetak di hati 'hensemnya'. nak berangan lebih-lebih memang tak boleh sebab encik kacak depan rumah, suami orang. dang! (kahkahkahkahkah)

hanya mampu berkata pada diri sendiri : bilalah gamaknya incik kacak aku akan muncul... (ketawa keji... lagi... kahkahkahkahkah)...
 ..................................................

xoxo : penulisan hanyalah sekadar berdasarkan sebuah imaginasi bodoh semata... weee~

Tuesday, 6 December 2011

#KELABU


Ding… Dong… Deng… 

"Tuan-tuan dan puan-puan, saya pramugari Ami Manaf  bertugas. Selamat datang ke Zombijaya Airlines, salah satunya penerbangan di dunia yang menawarkan pengalaman melihat keindahan hitam-putih-kelabu angkasaraya dan seluruh cakerawala menerusi tingkap kaca khas yang disediakan.

Tidak lama lagi anda akan menempuh perjalanan tanpa henti, cukup satu pusingan dari Planet Bumi mengelilingi  wilayah  bulan sehinggalah kita mula mendarat kembali di Planet Bumi. Diharapkan anda semua sekarang dapat duduk di tempat masing-masing dan memakai tali pinggang keselamatan dengan ketat dan cara yang betul mengikut arahan supaya tiada kejadian yang ngeri akan berlaku semasa kapal terbang mula bertolak sebentar lagi. Pada masa ini, pihak kami berharap supaya anda semua dapat mematikan kesemua peralatan elektrik dan elekronik anda sekiranya ada sehinggalah penerbangan ini mencecah lebih dari 10,000 kaki bagi mengelakkan sebarang gangguan terhadap sistem navigasi dan komunikasi kapal terbang ini. Pihak kami akan memaklumkan kepada anda apabila peralatan elektrik dan elektronik anda sudah boleh digunakan.

Setelah pihak kami mengumumkan bahawa penerbangan ini sudah mula selamat, maka anda bolehlah mencabut tali pinggang keselamatan anda dan berjalan mengelilingi kawasan di  dalam kapal terbang ini mengikut keselesaan anda supaya anda lebih menikmati panorama angkasaraya di sekeliling anda. Selain daripada itu, anda juga boleh menggunakan kesemua kemudahan-kemudahan yang disediakan seperti tandas, bilik rehat, cafeteria, kasino, bilik karaoke dan bar kecil yang terdapat di dalam kapal terbang ini. Penerbangan kali ini juga turut menampilkan seorang selebriti yang cantik menawan iaitu Tabu untuk menemani dan menghiburkan anda supaya anda tidak akan merasa bosan sepanjang perjalanan mengelilingi bulan nanti.

Sebarang kemusykilan dan pertanyaan, bolehlah anda ajukan kepada pelayan-pelayan Kougar yang disediakan oleh pihak kami yang memakai uniform kelabu. Selamat menikmati penerbangan Zombijaya Airlines. Penerbangan akan bermula lima minit dari sekarang. Sekian, terima kasih."

Ding… Dong… Deng… 
...............................................

xoxo : Ini cerpen kedua yang aku sertai untuk memenangi sebuah novel Kelabu oleh Nadia Khan yang dianjurkan oleh pihak FIXI pada pagi semalam. Sebab semalamnya FIXI dah umumkan pada paginya akan diadakan contest, maka dengan penuh semangatlah aku bangun awal pagi. Lepas baca status FIXI, terus aku sambung tidur. Dalam tidur tiba-tiba datang idea nak tulis macam ni. Bila dapat idea terus je aku bangun. Maka dengan penuh gigihlah aku search internet nak cari format pengumuman penerbangan ni. Dengan waktu yang agak singkat memang susah nak cari idea best-best. So, kira main bantai je ni. Pengadil kali ni adalah fanpage FIXI sendiri. Dari sini aku memang dah tahu kebarangkalian untuk aku menang adalah 1% je. Tapi, ada aku kisah? Aku tetap nak join jugak. Maka, terciptalah sebuah penulisan yang entah hape-hape ni. Jadi, selamat membaca dan selamat mengkritik penulisan ini. Nak tahu juga di mana titik kelemahan... :)

#TABU


Beberapa tahun berlalu. Berada di alam pekerjaan membuatkan Tariq kini sudah berubah sepenuhnya menjadi seorang perempuan. Seorang Amira Maisara. Duit gajinya selama beberapa tahun ini ditambahkan lagi sokongan buah hatinya seorang lelaki gay bermuka jambu, Khairul Fahmi telah memampukan Tariq untuk menjalani pembedahan menukar jantina.
Rasa cintanya pada Fahmi membuatkan dia nekad. Dia sudah tidak mahu menipu ayahnya lagi. Dia mahu ayahnya merestui dan menyokong perubahannya. Sama seperti penyokong Sexualiti Merdeka lainnya lantas berkeputusan untuk pulang ke kampung memberitahu ayah tentang rahsianya, cintanya dan rancangannya.
“Assalamualaikum, ayah.”
Pak Mad yang sedang menyiang ikan tangkapannya di dapur terkejut dengan kedatangan seorang perempuan cantik yang memanggilnya ayah.
“Waalaikummussalam. Anak ni siapa? Pakcik ni takde anak perempuan. Anak pakcik ada di Kolumpo sekarang  bekerja,” jawab Pak Mad tenang. Pisau menyiang ikan masih lagi erat di tangan.
“Ayah, ni Tariq. Tariq mintak maaf…” Tariq mula menangis memohon maaf sambil melutut pada ayahnya.
Tiba-tiba bahang amarah mula membuak dalam diri Pak Mad.
“Tariq harap……”
Tanpa berfikir panjang Pak Mad mula menghunuskan pisau di tangan berkali-kali pada belakang Tariq yang sedang melutut tanpa sempat Tariq menghabiskan kata-katanya. Darah merah pekat membuak-buak. Pak Mad mula menggila dengan tusukan demi tusukan. Tariq sudah diam kaku dibasahi darah merah. Daging badannya menghancur sedikit demi sedikit.
“Jangan pernah cuba nak malukan aku!”
 Pak Mad puas…

..............................................

xoxo : Ini cerpen pertama yang aku tulis untuk pertandingan memenangi sebuah novel TABU oleh Buku Fixi. Pengadil masa ni adalah Redza Minhat. Memang semangat aku cari idea untuk cerpen ni. Makan masa banyak hari juga. Tapi tak menang. Lagipun ada kesalahan pada cerpen ini bukan. Yang bijak pandai mesti tahu dekat mana kesalahan aku :) Tapi takpe. Walaupun tak menang, aku tetap happy sebab ni kali pertama aku berani untuk mencuba...