Sunday, 27 November 2011

:mood:

source : uncle google
dua tiga hari ni emosi macam-macam ada. mood nak menulis pun entah melayang ke mana. bukan setakat mood je yang tiada, idea, imaginasi dan perasaan pun sama entah ke mana menghilang. jiwa kosong, hati beku, minda kabur. sekalipun draf untuk menulis sudah siap terhidang depan mata, tapi jari-jemari ni kaku tak tahu nak tulis apa sebab otak tidak mahu bekerjasama. macam mana mahu bekerjasama kalau otak kosong tak ada apa. 

ada satu lagi pertandingan penulisan yang aku kira aku mahu turut serta. ya, aku tahu aku budak baru belajar tapi tak salah kalau aku pun nak turut serta. aku nak cabar diri sendiri. nak tahu sampai mana tahap diri. 

pertandingan pertama yang aku sertai melalui fixi, sudah pun mendapat jawapannya. dan seperti yang di jangka aku bukan pemenang. aku akui karya aku memang tak boleh nak dibandingkan dengan karya para pemenang. penulisan mereka memang aku akui sangat hebat. tapi aku bangga dengan diri sendiri sekurang-kurangnya aku berani mencuba. 

sekarang ni, sedang dalam perangkaan untuk pertandingan penulisan kedua seperti yang aku cakap tadi. aku sudah baca kebanyakan karya yang dihantar untuk pertandingan ni. kebanyakannya dengan genre yang sama. kalau boleh aku mahu lari sedikit dari genre yang sedia ada. berfikir di luar kotak tema yang diberikan. tapi seperti yang aku katakan tadi, aku kekosongan idea. tak tahu nak garap apa. nasib baiklah tarikh akhir masih lambat. harap-harap mood sekarang cepat-cepat menjauh supaya aku boleh cari idea dan sambung menulis.

sebenarnya sekarang ni sudah ada dua cerpen dan satu novel dalam perangkaan. disebabkan masih terlalu banyak benda yang aku perlu belajar, maka nak siapkan kesemua ni agak mengambil masa terutamanya novel. aku menulis sambil belajar. harap-harap tidak separuh jalan....

mood, idea, imaginasi dan perasaan. pulanglah kembali ke tempat asalmu.(damn, creepy....)

................................................

x.o.x.o : esok terpaksa ketepikan ego dan perasaan sendiri demi sebuah keperluan....


2 comments:

MadianiMamat said...

mie, dah ade lesen tu blh la mai kenduri umah aku nti eh... jgn lupe ajak family mu jgk..

ami manaf said...

insyaAllah deq. aku takleh nak janji sebab esok aku kena ikut mak abah aku g langkawi umah abg aku. kakak ipar aku anytime due skang ni dan kebarangkalian aku kena bermastautin kat sane agak tinggi... huhu... kalau aku dan blk aku g la deh... nape2 aku roger mu mula~