Sunday, 27 November 2011

:mood:

source : uncle google
dua tiga hari ni emosi macam-macam ada. mood nak menulis pun entah melayang ke mana. bukan setakat mood je yang tiada, idea, imaginasi dan perasaan pun sama entah ke mana menghilang. jiwa kosong, hati beku, minda kabur. sekalipun draf untuk menulis sudah siap terhidang depan mata, tapi jari-jemari ni kaku tak tahu nak tulis apa sebab otak tidak mahu bekerjasama. macam mana mahu bekerjasama kalau otak kosong tak ada apa. 

ada satu lagi pertandingan penulisan yang aku kira aku mahu turut serta. ya, aku tahu aku budak baru belajar tapi tak salah kalau aku pun nak turut serta. aku nak cabar diri sendiri. nak tahu sampai mana tahap diri. 

pertandingan pertama yang aku sertai melalui fixi, sudah pun mendapat jawapannya. dan seperti yang di jangka aku bukan pemenang. aku akui karya aku memang tak boleh nak dibandingkan dengan karya para pemenang. penulisan mereka memang aku akui sangat hebat. tapi aku bangga dengan diri sendiri sekurang-kurangnya aku berani mencuba. 

sekarang ni, sedang dalam perangkaan untuk pertandingan penulisan kedua seperti yang aku cakap tadi. aku sudah baca kebanyakan karya yang dihantar untuk pertandingan ni. kebanyakannya dengan genre yang sama. kalau boleh aku mahu lari sedikit dari genre yang sedia ada. berfikir di luar kotak tema yang diberikan. tapi seperti yang aku katakan tadi, aku kekosongan idea. tak tahu nak garap apa. nasib baiklah tarikh akhir masih lambat. harap-harap mood sekarang cepat-cepat menjauh supaya aku boleh cari idea dan sambung menulis.

sebenarnya sekarang ni sudah ada dua cerpen dan satu novel dalam perangkaan. disebabkan masih terlalu banyak benda yang aku perlu belajar, maka nak siapkan kesemua ni agak mengambil masa terutamanya novel. aku menulis sambil belajar. harap-harap tidak separuh jalan....

mood, idea, imaginasi dan perasaan. pulanglah kembali ke tempat asalmu.(damn, creepy....)

................................................

x.o.x.o : esok terpaksa ketepikan ego dan perasaan sendiri demi sebuah keperluan....


Thursday, 24 November 2011

:[Cer.Pen] Cerita Seorang Amira Yang Tidak Kesampaian:


Mohd Tariq dibesarkan sebagai seorang lelaki yang gagah dan kacak. Berwajah kacukan, campuran Melayu Cina. Dan menjadi kegilaan ramai setiap perempuan yang memandang. Sehinggalah ketika dia mula bekerja di Kuala Lumpur. Pergaulannya dengan lelaki lembut dan gay telah membuatkan sifatnya dari arah kejantanan mula berubah sedikit demi sedikit. Mak nyah, lelaki gay, lorong gelap dan kelab gay adalah satu kemestian. Kehidupan Tariq yang jauh dari ayahnya, membuatkan kehidupannya bebas. Tetapi, demi menyorokkan identiti sebenarnya yang sudah berubah dari pengetahuan ayahnya Pak Mad, Tariq akan berlagak seperti lelaki macho setiap kali pulang ke kampung.
*****
“Ayah tengok sekarang ni kau dah lain macam je, Tariq.” Tiba-tiba Pak Mad membuka kata ketika anak tunggalnya yang seorang itu sedang asyik menonton televisyen. Tariq sekarang ini sedang bercuti beberapa hari di kampung.
“Lain macam mana ayah?” jawab Tariq tanpa sedar dia sedang menjawab sopan dengan suara ala-ala nyah. Tariq berdehem kecil apabila tersedar akan kesilapan sendiri.
“Tariq rasa Tariq sama je macam dulu. Takde apa pun yang berubah, ayah” sambung Tariq dengan suara garaunya.
“Ayah tengok kau ni dah tak bergaul dengan kawan-kawan sekampung lagi. Balik bercuti pun jarang-jarang sekali. Kuala Lumpur dengan kampung ni pun bukannya jauh sangat. Ayah tengok perwatakan kau sekarang pun macam dah lain. Kau jangan macam-macam Tariq,” bebel Pak Mad. Tariq mula kalut kalau-kalau tembelangnya sudah pecah.
"Lain macam mana pulak ayah. Tariq ni masih segak dan macho macam dulu lagi tau. Perempuan kiri kanan tergilakan Tariq tau, yah," Tariq cuba berseloroh bagi menutup getar di hati.
“Ayah ni dah seorang. Kau janganlah berperangai yang bukan-bukan pulak. Tinggal kau seorang je lah harapan ayah sekarang ni. Kat Kuala Lumpur tu macam-macam benda dah jadi. Ayah harap pandai-pandailah kau jaga diri,” Pak Mad masih lagi meneruskan bebelannya. Dia mula mengesyaki sesuatu melihatkan perlakuan anaknya. Apatah lagi dia pernah tak sengaja ternampak anaknya itu berpakaian perempuan ketika di dalam biliknya. Tapi dia tidak mahu menuduh sebelum bertanya.
“Takde apa-apa lah yah. Tariq sama je macam dulu. Ayah janganlah bimbang,” jawab Tariq penuh yakin dengan harapan ayahnya itu tidak mengesyaki apa-apa.
*****
Beberapa tahun berlalu. Berada di alam pekerjaan membuatkan Tariq kini sudah berubah sepenuhnya menjadi seorang perempuan. Seorang Amira Maisara. Duit gajinya selama beberapa tahun ini ditambahkan lagi sokongan buah hatinya seorang lelaki gay bermuka jambu, Khairul Fahmi telah memampukan Tariq untuk menjalani pembedahan menukar jantina.
Rasa cintanya pada Fahmi membuatkan dia nekad. Dia sudah tidak mahu menipu ayahnya lagi. Dia mahu ayahnya merestui dan menyokong perubahannya. Sama seperti penyokong Sexualiti Merdeka lainnya lantas berkeputusan untuk pulang ke kampung memberitahu ayah tentang rahsianya, cintanya dan rancangannya.
*****
“Assalamualaikum, ayah.”
Pak Mad yang sedang menyiang ikan tangkapannya di dapur terkejut dengan kedatangan seorang perempuan cantik yang memanggilnya ayah. Wajahnya cantik persis artis yang selalu muncul di kaca televisyen.
“Waalaikummussalam. Anak ni siapa? Pakcik ni takde anak perempuan. Anak pakcik ada di Kuala Lumpur sekarang  bekerja,” jawab Pak Mad tenang. Pisau menyiang ikan masih lagi erat di tangan.
“Ayah, ni Tariq. Tariq mintak maaf…” Tariq mula menangis memohon maaf sambil melutut pada ayahnya.
Tiba-tiba bahang amarah mula membuak dalam diri Pak Mad.
“Tariq harap……”
Tanpa berfikir panjang Pak Mad mula menghunuskan pisau di tangan berkali-kali pada belakang Tariq yang sedang melutut tanpa sempat Tariq menghabiskan kata-katanya.
“Dasar anak tak guna! Berani kau cuba nak malukan aku!!” Pak Mad menjerit histeria sambil tangannya masih belum berhenti menghunus. Darah merah pekat membuak-buak. Pak Mad mula menggila dengan tusukan demi tusukan. Tariq sudah diam kaku dibasahi darah merah.  Jasadnya sudah tidak kelihatan seperti manusia lagi. Tusukan demi tusukan membuatkan daging badannya menghancur demi sedikit.
 “Jangan pernah cuba nak malukan aku! Pantang nenek moyang aku tahu!” Pak Mad menjerit puas. Di kesatnya pisau yang penuh darah itu dengan kain. 
 Maka tamatlah riwayat seorang Mohd Tariq membawa sekali seorang Amira Maisara dengan sebuah ceritera yang tidak kesampaian. Ceritera sebuah impian seorang Amira Maisara dalam menjadi seorang wanita tulen. Ceritera sebuah impian seorang Amira Maisara bersama insan tersayang, lelaki gay bermuka jambu, Khairul Fahmi....

................................................

x.o.x.o : cerpen pertama seumur hidup. tajuk entah hape-hape sebab aku memang fail bab tajuk. maaf penulisan pun mungkin agak mengarut. tapi kepada siapa-siapa yang membaca, tolong jangan segan dan malu-malu untuk bagi kritikan kaw-kaw punya supaya aku boleh improve. terima kasih~
 

Tuesday, 22 November 2011

:211111, selamat hari lahir seorang aku:


source : google

happy besday to me...
happy besday to me...
happy besday to ami...
happy besday to me...

yeay~~ maka dengan ini diisytiharkan bahawa semalam, genaplah umur aku 26 tahun. ngehngehngeh.. Alhamdulillah syukur sebab masih diberikan nyawa untuk aku terus berjalan dan mencari redha Allah di muka bumi ini. semoga dengan keberkatan dariNya, aku mampu untuk mencapai segala impian dan cita-cita selari berlandaskan syariatNya. Amin.

walaupun mak ngan abah tak pernah ingat pun tarikh lahir anak dia ni, tapi aku tak kisah lah. dah biasa. hihi~

tahun ni takde besday kek. tahun lepas dapat dua bijik. ok la tu. kira satu untuk tahun lepas dan satu untuk tahun ni. eh, boleh ea macam tu? pape je la labu... tapi sekarang ni aku rasa macam teringin gila nak makan tiramisu. ada sape-sape baik hati mahu belanja? haha~ konpemla takde kan. nevermind~

kawan aku cakap, untunglah sebab dapat hadiah kemenangan bola sepak Malaysia pada Sukan Sea tahun ni. aku cakap, aku tak layan bola. so, kemenangan tu tak berbekas pun pada hari lahir aku. sebabnya aku dah ada hadiah yang paling best dan bermakna pada diri sendiri tahun ni. aku dah lepas ujian jalan raya JPJ. aku dah ada lesen kereta!!! selepas dah bertahun-tahun aku rancang nak ambil lesen kereta, akhirnya aku berjaya!!! sukanya!!! lepas ni dah tak payah lagi nak bergantung pada orang lain. syukur Alhamdulillah. Aku suka sangat-sangat. terima kasih ya Allah. 

sekarang dah sampai masanya untuk aku cari kerja. semoga dipermudahkan. Amin~

Saturday, 19 November 2011

:senarai buku:


Dalam masa beberapa bulan ni, aku dah tertinggal untuk beli banyak buku sebab kekurangan wang. wang yang ada pun kena dahulukan untuk benda yang lebih penting sampaikan aku terpaksa tinggalkan hobi membeli buku aku yang satu ni. rasa macam nak meroyan pun ada sebab tengok banyak sangat promosi buku baru merata tapi tak mampu nak beli. cuma mampu tengok je. rasa macam seorang yang ketagihan dadah tapi tak mampu nak membeli dadah bagi mengurangkan ketagihan. kurangkan ok bukan hilangkan. ia takkan mungkin hilang kerana setiap kali ada buku baru, rasa ketagihan itu pasti akan kembali. takkan nak mencuri dan merompak kot. aku masih punya kesedaran. 

tak percaya ke kalau aku kata banyak? ni senarainya. dan aku rasa berkemungkinan sebahagian senarai buku tersebut sudah takde lagi di pasaran...

+ Kitab Terfaktab - Skuad Terfaktab
+ Awek Chuck Taylor - NamaNami 
+ Sperma Cinta - LingLung 
+ Nurul Asyikin - Aloy Paradoks 
+ Jerat - FIXI 
+ Ngeri - FIXI 
+ Cekik - FIXI 
+ Zombijaya - FIXI 
+ Two Month & A Day - Adiwafi 
+ Amerika - Ridhwan Saidi 
+ Bogel Menuju Tuhan - Zahiril Adzim 
+ Orang Macam Kita 
+ Point 44 - Lucifer & Khrlhsym 
+ Maisarah - Zoul Yazix 
+ Pulp Fiction - Zine Satu Malam 
+ Seyogia Seorang Pentipu - Lucifer Abdullah 
+ Televishen - Nasyrun 
+ Tentang - Saharil Hasrin Sarin 
+ Kentang - Saharil Hasrin Sarin 
+ Rojak - Amir Muhammad 
+ Sembang Kencang II - Fdaus Ahmad

Banyak kan? Ada lagi sebenarnya tapi dah lupa. Agak-agak campur tolak bahagi darab, berapa ratusla habis ya kalau beli buku-buku ni semua. tak kisah berapa tapi berbaloi dan puas hati. 

oh ya, aku sekarang dah tak beli lagi buku-buku cinta jiwang sebab jalan cite sume klise je. dah agak boring kot layan jiwang bagai. dah sampai masa berpijak di bumi nyata.

x.o.x.o : 211111, hari lahir aku. lagi lebih kurang 2 hari. ada sape-sape baik hati nak hadiahkan aku buku-buku ni semua?
 

Friday, 18 November 2011

:cerita kat tv:


mak aku suka sangat tengok citer taiwan kat tv. start dari pukul 11.30pagi sampaila ke petang duk ngadap. tv8 ade, ntv7 ade... benti kejap pun sebab semayang. kalau abah conquer tv kat bawah, dia naiklah kat atas. diketuk-ketuk tv tua kat atas tu sampai kuar gambar. semata-mata nak tengok citer cina dia tu. aku yang nak layan kbs ni pun kadang-kadang x dapek. kena berebut astro dengan dorang berdua ni. biasanya waktu aku untuk tengok tv time malam je bila mak ngan abah dah tido. kalau abah tido lambat, meroyanlah aku tak dapat tengok tv.

yang aku tak puas hatinya, citer cina yang mak aku tengok ni, jalan citer dia sama je semua. tentang konflik keluarga, gila harta, perempuan jahat-bangang-bodoh, yang kadang-kadang buat aku geram sendiri. geram tengok jalan citer yang panjang berjela dengan konflik yang tak pernah habis tapi moraliti hamprak. apa la yang best sangat sampai mak aku duk setia sangat tu pun aku tak tahulah. bila aku nak tengok cite korea dia bising pulak. sekurang-kurangnya cite korea aku takde jalan cite yang panjang dan menyakitkan hati.

so, kerja aku hari-hari duk ngadap laptop je sampai aku dah naik muak. lagi-lagi kalau aku ngadap laptop kat meja depan tv ni. dengan dengar cite cina mak aku, stress gila weh. sampaikan satu masa aku lebih sanggup sumbat telinga aku dengan headphone sambil layan lagu kuat-kuat supaya aku tak terpengaruh dengan bunyi tv yang menyakitkan jiwa tu.

Wednesday, 16 November 2011

:belajar dalam hujan:


hari ni belajar kereta dalam hujan lagi. nasiblah badan kalau ambil lesen kereta time-time musim hujan macam ni. nasib baik kereta. ada jugak bumbung. lagi kasihan tadi tengok budak-budak yang belajar motor dalam hujan. walaupun renyai-renyai, hujan jugakkan. 

yang aku bimbangkan sebenarnya, bila test nanti. kalau test nanti time hujan, kebarangkalian untuk aku gagal adalah sebanyak 90%. kena ambil lagi sekali. kena bayar lagi rm90. dang! harap-harap nasib menyebelahi aku nanti.


Friday, 11 November 2011

:CGPA kau sem ni berapa?:


tiba-tiba terdetik hati aku nak bertanya.

Aku : dik, CGPA kau sem ni berapa?
Adik : hmm... bape ekh.. dlm 2.9++. asal?
Aku : la, sikitnya.Tak lepas 3 pun. aku dulu skali je dpat bwh 3.
Adik : ala, kau amek ape aku amek ape. kau amek design bolehla. takde math kira-kira macam aku.
Aku : amek design pun kau ingat senang ke? kau pernah ke model kau kena baling? sketch kau kena koyak?
Adik : tapi tak susah macam aku. ala, budak-budak u aku yang dapat dekan tiap-tiap tahun pun bukan orang sama

aku dah malas nak bertekak. aku diam.

adik aku sambung;

Adik : sekurang-kurangnya aku lagi baik dari along (cousin)...

dalam hati aku, 'alahai. tu hidup orang. ni pasal hidup kau. buat apa nak dibandingkan dengan orang yg ke bawah. bandingkanlah dengan orang yg ke atas. takde daya saing langsung. takde daya nak berusaha langsung. takde daya nak maju langsung. kau tak rasa nak sambung master ke dik oi? jangan menyesal macam aku sudah.'

mungkin kau dah ada planning kau sendiri. jangan dah habis belajar terus meroyan nak kawen suda.. tapi kalau dah jodoh kau takkan aku nak halangkan.

aku tanya pun sebab aku nak kau usaha lebih sikit untuk masa depan kau. ni tahun akhir kau. lagi 2 bulan lebih je kau nak habiskan. tapi aku tahu kau bukan pernah nak dengar cakap kakak kau ni kan.

walaupun aku sekarang ni hanya lepasan Diploma, pernah dapat anugerah ketua jabatan 2 kali, pernah kerja sebagai Asst. Engineer sebelum ni, aku tetap rasa mcm tak guna. tak cukup. sebab tu aku sekarang bertekad habis nak amek degree walaupun aku dah tua. dah 26 tahun. aku nak tebus balik waktu diploma aku. aku nak buat lebih baik. aku nak dapatkan 4 flat exam. aku nak banggakan mak abah. harap-harap impian aku yang satu ni tercapai.

susahkan bila dah tua bangka macam ni baru terfikirkan hala tuju hidup. korang-korang tolonglah jangan jadi macam aku. serius~


Thursday, 10 November 2011

:tunang:


pelik dengan orang zaman sekarang. bila bertunang, meriahnya dah sama macam nak kahwin dan bersanding. siap ada baju ala-ala wedding dress, pelamin, door gift dan jurukamera bagai. lepas tu siap ada gambar indoor dan outdoor. zaman sekarang memang nak kena macam tu ke? tak rasa membazir ke? bertunang je pun. 

x.o.x.o : aku tak jeles pun. dah agaknya mereka-mereka ni mampu. cuma aku rasa macam tak patut. time aku nanti pun aku planning nak buat kecil-kecilan je. cukupla mana yang patut ikut agama. takyahla nak ikut cakap orang atau ikut nafsu sangat.

bila dah buat besar-besaran, lepas tu merungut pulak takde duit bagaikan. tak rasa macam geram ke?
 
 

:untittled:


bila tengah tensen, marah dan sedih macam ni, time ni jugak rasanya aku nak terbang balik pasir gudang. damn it!


Tuesday, 8 November 2011

:aku memang tak pernah suka kau:


kali ni tajuk agak panjang menandakan aku sedang protes dan sakit hati. sangat sakit hati dengan perangai seorang lelaki ni. siyes annoying giler. aku memang tak pernah sukakan dia dari hari pertama aku kenal dia. walaupun hanya sebagai seorang kawan. itu pasti! dari pertama kali kenal, hati aku dah berkata tidak dan jangan pernah sekali rapat dengan lelaki ni kerana dia akan membuatkan hidup aku sempit dan tidak menyelesakan. dan memang ternyata kata hati aku betul. kata-kata yang keluar daripada hati mulut dia tak pernah menyenangkan telinga yang mendengar dan hati yang merasa. semuanya menjengkelkan dan menyakitkan. cuma atas dasar kawan, aku pendamkan sahaja dan sebolehnya cuba menjauhkan diri. dan aku sangat sangat dan terlalu sangat bersyukur sekarang ni dia dah jadi suami orang. sekurang-kurangnya aku rasa bebas. tapi entah kenapa malam ni boleh terchatting pulak dengan dia. aku pun tak pasti sejak bila facebook aku boleh terauto detect online chatting sebab selama ni sedaya upaya aku cuba mengoffline kan status aku walaupun sebenarnya aku selalu sahaja menjenguk laman sosial aku ni. malam ni sahaja ada empat lelaki yang cuba untuk berchatting dengan aku. dua darinya adalah kawan aku dan aku tidak kisah itu. yang lagi satu sememangnya sudah lama aku mengabaikan. yang sorang ni, atas dasar kawan lama aku cuba bertolak ansur. dan ternyata sekali lagi ayat yang muncul, menyakitkan hati aku. cakap sahaja aku over sensitif, tapi aku benci dengan perkataan tu.

**** : asalam
aku : w'salam
**** : ade mane
aku : ada kg lening...
**** : ooo x kerja ke
           ke ade org mari minang
aku : x keje lg...
         saje je cuti panjang
**** : yeke. dah ade org dtg minang ke
aku : takdok org minang2 eh... saje je cuti xleh ke...
**** : boleh je
           nape x dtg org kawin hari tuh
aku : **** mane ade jemput...
**** : yeke ade kan kot fb kot
           hehhe
aku : yeke? seingat kite xdok... sume x jmput kite... ***** pun xdok jemput... so, senyap2 je la... hihi~
**** :  yeke,ade lah
            kot fb
            hbs bt ape skrg
            dok saje2 ke
aku : yup. duk saje je perabih berah dumoh...
**** : ooo bile nk kawin
aku : sapa mase adela kad sapa...
**** : yeke.rugi x kawin awal2
aku : tu kerja Allah kawen awal kawen cpt... dah jdoh lmbt nak buat canne... redha je lah~
**** : yelah, kasian
           dulu ade org nk aimi bt hal.hehehe
aku : wateva~
**** : yelah. k nk tdr lu
aku : maafla ye... x bermint nk citer kisah lama... ok lah... assalamualaikum~
**** : bkn kisah lama lah
           ok lah

kenapa? tak boleh ke kalau jodoh aku lambat? sekurang-kurangnya aku senang dengan hidup aku. sekurang-kurangnya aku tak mengelibas nak kahwin macam kau sebab semua orang dah kahwin. tak macam kau yang asyik duk merungut takde orang nak dekat kaulah. apelah. sekarang dah kahwin, senyaplah kau kan. aku pun dah tak payah nak dengar kau merungut bagai. eee... siyes aku tensila dengan orang macam kau. stressss!!!

jodoh tu Allah dah tetapkan. dulu aku buat hal dengan mamat tu sebab aku tahu mamat tu bukan untuk aku pun. dan sekarang mamat tu dah kahwin pun dengan perempuan yang lebih baik dari aku. dia dah bahagia pun. so, ade ape hal? aku pun takde kisah ape. aku buat hal bersebab. dan sebelum ni aku sayang bagai dekat lelaki pun, last-last putus jugak. sebabnya dah memang lelaki-lelaki tu semua bukan jodoh aku. so, kau nak cakap apa? kau patut bersyukurlah kau dah kahwin. kalau kau baik hati, kau tolonglah doakan aku dipercepatkan jodoh ke ape kan. ni tidak. damn la kau!

kau ingat aku ni taknak kahwin ke? aku pun ada perasaan jugak la weh. tapi aku redhala dengan jalan hidup aku. kau toksah nak pertikaikan ke hape. kau pergi dengan hidup kau, aku dengan hidup aku la weh. siyes lepas ni aku dah taknak ada sebarang kaitan dengan kau lah. stress!!!

ok. aku memang tengah geram. damnla kau lelaki. nilah satu sebabnya kenapa aku tak pernah nak couple dengan lelaki terengganu. tapi kalau dah jodoh aku terima je. 

Wednesday, 2 November 2011

:tambah kawan:


aku baru saja lepas bukak facebook. terus tiba-tiba tangan laju pulak bukak blog dan terus menaip. sebabnya, aku tengah eksaited. 

bukak je facebook tadi, tetiba ternampak ada 'one friend request'. bila click nak tengok siapa, terkejut aku. terkejut bila tengok nama. seorang lelaki. lelaki yang aku pernah kenal. dulu. masa zaman muda remaja dulu. zaman sekolah menengah.

dia sebenarnya secret admire kawan aku. kawan aku memang suka sangat-sangat dekat budak ni. budak ni muka dia ada la iras ala-ala hafiz hashim, pemain badminton malaysia satu ketika dulu tu. sekarang ni, aku pun tak tahu apa cerita pasal hafiz hashim ni. berbalik pada cerita pasal budak ni, aku terkejut sebab dia bukan secret admire aku pun sebab aku suka kat kawan dia. lagi aku terkejut sebab seingat aku masa zaman sekolah dulu kitorang tak pernah berbalas senyum pun. bercakap lagilah haram. setakat tengok dari jauh je. al-maklumlah budak ni, budak glemer satu sekolah. buang tebiat pulak budak ni tiba-tiba add aku kan. agaknya memang tengah buang tebiat kot. eh, tapi for sure la bukan nak ngorat aku. dia dah kawen dok. dan tadi pun aku sempat wish selamat pengantin baru dekat wall dia. tak salah kan? 

budak ni dah pun kawen dengan budak sekelas dia masa zaman sekolah dulu. maksudnya, budak sekolah aku jugak. junior aku. eh, aku tak bagitau eh budak lelaki ni junior aku. haha. dan kawan aku yang minat dekat budak lelaki ni pun dah selamat kawen jugak. dan kalau korang nak tahu, kawan aku dengan budak ni kahwin pada hari yang sama ok. cuma dengan pasangan berlainan dan pada tempat yang berlainan. ohsem bukan? macam dah janji pulak.

weh, sume orang dah kawen. aku bila lagi ni???

x.o.x.o : untuk kawan aku yang baca post ni... adeq, meru add aku kat facebook. giler aku sampai siap buat post pasal dia kan? hahaha... aku sengal~



:soul:


soul aku lapar...
soul aku dahaga...
soul aku lemah...
soul aku gelantangan...

aku perlukan ayat-ayat itu...
aku perlukan air suci itu...
aku perlukan kitar-kitar tenaga itu...

air suci dan tunduk sujud itu tenaga soulku...
ayat-ayat suci pujian itu, makanan soulku...

syukur kerana aku masih boleh berikan soul aku penawar, walau kadang-kadang aku cuai sebenarnya...

x.o.x.o : i don't even know what i'm bubling about... pfft~