Sunday, 16 October 2011

:sambung belajar:


aku teringin sangat nak sambung belajar. abah dah bagi izin dan setuju kalau aku nak sambung belajar. mak macam keberatan sikit memandangkan kewangan dan keadaan kesihatan abah yang dah tua. aku tahu kalau nak sambung belajar, abah kena berusaha lebih untuk kewangan aku. dan sebagai seorang anak yang masih punya kesedaran, aku agak keberatan sebenarnya untuk sambung belajar kalau aku terpaksa menyusahkan kedua orang tua aku. kalau boleh, aku taknak ambil pinjaman PTPTN memandangkan kesulitan yang aku akan hadapi dalam proses pembayaran nanti. sementelah lagi, PTPTN masa diploma dahulu pun masih dalam proses pembayaran. kau tahu, PTPTN sangat cekik darah. sekalipun aku bertungkus lumus membayar tiap-tiap bulan, tetap masih belum mampu melepasi kadar bunga yang ditetapkan. pada pendapat aku, sistem mereka sebenarnya bukan menyenangkan pelajar, tapi menyusahkan. sungguh!

serius aku nak sambung belajar. pedulilah aku kalau aku dah berusia dua puluh enam sekarang. dan pedulilah aku bila aku keluar nanti aku berumur tiga puluh sekalipun. aku teringin bergelar pelajar semula. siyes! tapi aku pening memikirkan kewangan! tolong!!!!



5 comments:

Remy said...

Sambunglah.
Aku sokong.
Sebab aku pun dah plan nak sambung belajar.

MadianiMamat said...

belajar sambil bekerja mungkin?

^ai-mie : 아이-미^ said...

@remy : terima kasih sebab sokong. aku memang nak sambung tapi berat hati fikirkan kewangan...

@adeq : kalau boleh memang fikir macam tu, tp course yg aku nak amek takde pjj ot part-time.

tengah fikir nak buat apa ntuk dapatkan duit samil belajar full time ni. any idea?

MadianiMamat said...

kalau bisnes online mu minat x? tu salah satu yg blh dpt duit secara sambilan..

^ai-mie : 아이-미^ said...

ade jugak terfikir tp keberanian tu xdok... tkut separuh jln je... huhu...