Monday, 31 October 2011

:mesra:

.picture by yuanyuanyuan from deviantart.
berdasarkan penilaian dan pengamatan aku, aku rasa orang kuala terengganu lagi mesra dan mudah senyum berbanding dengan orang hulu terengganu yang agak sombong dan bajet cool. itu hanya apa yang aku rasa. ok, bai~

x.o.x.o : gambar takde kena mengena pun. cuma aku rasa budak botak ni comel. teehee~

Friday, 28 October 2011

:useless:


.picture by kerem-keskin from deviantart.
Kau tahu apa yang aku rasa bila aku mendengarkan perbualan berkata tentang aku yang menunjukkan seperti aku ini tidak berguna dan menyusahkan? Aku rasa seperti mahu hantukkan kepala aku ke dinding. Hantuk kuat-kuat. Biar bengkak. Biar berdarah. Biar puas.

Hati pedih. Hati sedih. Jiwa remuk.

Hari ini tiba-tiba aku rasa seperti aku lemas berada dalam kotak petak putih ini.
Hari ini tiba-tiba aku rasa seperti aku rindukan teratak buruk tinggalan lama. 

Ya, aku akan kembali ke situ. Sikit masa saja lagi. Kembali pada dunia sendiri yang sunyi dan kadang-kadang melelahkan. Kembali pada dunia sendiri tanpa siapa tahu perit jerih menanggung. Kembali pada dunia sendiri yang cuba untuk bertahan meneruskan hidup.

p/s : Bila emo begini, apa yang aku perlukan hanyalah helaan angin pantai disertai dengan sebatang rokok Dunhill. Heaven bukan? Ok, ini hanyalah imaginasi bodoh aku. Damn!


Wednesday, 26 October 2011

:[AMI] Geram:


ami geram sendiri. kenapa si tua itu tak pernah puas? dimata si tua itu ada sahaja benda yang tidak kena. apa salah babah? ami geram kerana si tua itu selalu tidak puas hati dengan segala apa yang babah buat sedangkan babah itu darah daging si tua itu sendiri. ami kasihankan babah.

ami kasihankan babah yang berhempas pulas mencari duit tapi terpaksa membahagikan separuhnya kepada si tua. itu ami tidak kisah kerana si tua itu ibunya. tapi yang ami tidak puas hati apabila si tua mempertikaikan duit yang separuhnya itu. babah mahu cantikkan tangga dengan memasang pagar cantik. babah upah orang. si tua itu bising kenapa bazirkan duit dan setiap hari lepas orang upahan siap buat kerja, si tua itu akan datang buat sport check. lepas itu bebel macam-macam. ami geram! 

ami geram kerana ami tak pernah pertikaikan duit separuh dari usaha babah itu. si tua itu mahu besarkan dapur supaya senang bila cucu-menantunya datang nanti. dan duit itu, duit babah yang usahakan tapi babah tak cakap apa pun. ami geram!

ami geram kerana duit separuh yang babah berhempas-pulas cari itu sewenang-wenangnya si tua itu bahagikan pada cucu-menantu yang lain bila mereka kesempitan. ami jerit kuat-kuat dalam hati. 'itu duit penat lelah babah tahu! babah sampai sakit-sakit semata cari duit itu!. tapi orang lain sewenang-wenangnya pula menagih kasih!' sungguh ami geram. setiap kali keluarga mereka kesempitan, ada si tua itu mempedulikan? ada cucu-menantu kesayangan lain mempedulikan? tidak! babah terpaksa korbankan badan tua itu sendiri demi sesuap nasi. ami geram!

ami janji. ami takkan sia-siakan pengorbanan babah. ami sedih tengok babah sakit-sakit badan lepas menoreh getah. ami sedih tengok badan babah bengkak sana-sini lepas kait buah kelapa sawit. ami sedih tengok saban bulan, babah terpaksa pergi berurut demi membetulkan kembali urat tuanya. ami sedih dengan sikap si tua. sungguh!

ami akan berusaha demi kesenangan babah dan mama. ami nak tengok babah dan mama hidup senang di hari tuanya. tak perlu berhempas-pulas lagi. cukuplah dengan keperitan ini. ami harap pengorbanan babah pada si tua mendapat berkat di akhirat sana. walaupun babah tak pernah merungut, tapi hati ami sedih tengok babah di perlakukan begitu. sungguh!

Friday, 21 October 2011

:sakit:


bangun tidur pagi tadi, badan rasa sengal semacam. kaki kiri sakit gara-gara duk tekan clutch kereta semalam. tangan kanan dan kiri sakit gara-gara duk pusing stereng kereta semalam. pinggang pun sakit jugak gara-gara, erk... entah? tapi yang pasti semuanya gara-gara satu jam belajar kereta semalam. tu baru satu jam tu. kalau dua jam agak-agak macam manalah ekh sakitnya. hari ni duk baring je atas katil dan lepak dalam bilik. malas nak buat apa-apa. turun bawah time makan je. pastu lepak balik dalam bilik. kalau bosan layan novel. takpun sambung tengok 'city hunter'. nak tengok tv, mak dah conquer. malas nak bertekak. so, terperuk je lah dalam bilik berkawan dengan nyamuk. wee~


Thursday, 20 October 2011

:lesen:


sekarang dalam proses ambil lesen kereta. tadi dah dapat lesen L. Alhamdulillah. dan tadi jugak ada belajar sikit tentang naik bukit dan parking. dan aku, gagal. banyak benda lintang pukang. banyak benda tak berjalan dengan baik. pembelajaran selama satu jam. sebab ini benda pertama kali, bolehla dimaafkan. tadi ada buat banyak jugak silap. aku tak berapa nak boleh cerna apa yang cikgu ajar. tapi aku pura-pura macam aku faham. cikgu aku tinggi-tinggi suara tapi aku duk tersengih ketawa dengan kesilapan aku. eh, aku tak takut langsung cikgu aku marah-marah. malah sikit pun aku tak terasa apa-apa. aku kan manusia beku. cikgu cakap aku ok. senang nak di ajar. cuma satu kelemahan aku, aku cepat gelabah dan kelam kelibut. dan aku kena perbaiki kelemahan aku tu. ok, aku memang akui aku adalah seorang yang cepat gelabah. dan benda ni dah jadi satu tabiat. bukan senang nak ubah tabiat bukan? tapi aku akan cuba perbaiki. aku tak mahu ulang ambil ujian jalan raya. duit lagi. kesian abah...


Tuesday, 18 October 2011

:seorang perempuan:

picture by blueashtray from deviantart

dia seorang perempuan,
perempuan yang aku cemburukan,
aku cemburukan dia, perempuan yang masih muda.
aku cemburukan dia, perempuan yang punya identiti sendiri.
aku cemburukan dia, perempuan yang tahu kemahuan sendiri.
aku cemburukan dia, perempuan yang gigih berusaha untuk hidup sendiri.
aku cemburukan dia, perempuan yang penuh dengan karisma.

sedangkan aku?
si tua yang masih terkapai-kapai mencari arah hidup.
tidak tahu kemana hala mahu dikemudi.
entahkan ke kiri.
entahkan ke kanan.
sadis...

Monday, 17 October 2011

:perang dingin:


berada di tengah-tengah antara perang dingin itu sangat tidak cool ok. kau akan mula jadi kaku tidak tahu mahu berbuat apa. ah, kenapa manusia selalu tidak mahu berkomunikasi kalau ada kesilapan menjengah? kau tahu tanpa komunikasi tu hidup kau bakal jadi porak poranda? hanya membiarkan masa memperbaiki semuanya, konon? apa kau fikir keadaan akan bakal membaik?

ah, aku yang hanya melihat dari sisip tepi. 

kenapa kau dan kau mesti jadi begini?



Sunday, 16 October 2011

:sambung belajar:


aku teringin sangat nak sambung belajar. abah dah bagi izin dan setuju kalau aku nak sambung belajar. mak macam keberatan sikit memandangkan kewangan dan keadaan kesihatan abah yang dah tua. aku tahu kalau nak sambung belajar, abah kena berusaha lebih untuk kewangan aku. dan sebagai seorang anak yang masih punya kesedaran, aku agak keberatan sebenarnya untuk sambung belajar kalau aku terpaksa menyusahkan kedua orang tua aku. kalau boleh, aku taknak ambil pinjaman PTPTN memandangkan kesulitan yang aku akan hadapi dalam proses pembayaran nanti. sementelah lagi, PTPTN masa diploma dahulu pun masih dalam proses pembayaran. kau tahu, PTPTN sangat cekik darah. sekalipun aku bertungkus lumus membayar tiap-tiap bulan, tetap masih belum mampu melepasi kadar bunga yang ditetapkan. pada pendapat aku, sistem mereka sebenarnya bukan menyenangkan pelajar, tapi menyusahkan. sungguh!

serius aku nak sambung belajar. pedulilah aku kalau aku dah berusia dua puluh enam sekarang. dan pedulilah aku bila aku keluar nanti aku berumur tiga puluh sekalipun. aku teringin bergelar pelajar semula. siyes! tapi aku pening memikirkan kewangan! tolong!!!!



Tuesday, 4 October 2011

:demam:


setiap kali balik kampung, demam itu adalah sesuatu yang wajib bagi aku.aku pun tak tahulah kenapa. mungkin terkejut dengan perubahan suhu antara Terengganu dengan Johor? atau terkejut dengan perubahan air paip dekat kampung yang sejuk gila macam ais berbanding dengan Johor? atau mungkin juga disebabkan kepenatan berada di atas bas lebih kurang lapan jam? wallahualam. aku sendiri pun tak tahu. tapi tak kisahlah. kalau demam dekat kampung, boleh jugak bermanja-manja dengan mak kan. part tu memang aku suka. hihi~