Thursday, 22 September 2011

:soalan cepumas:

eh, bukan aku yang nak bagi soalan cepumas. tapi bos aku sebenarnya yang bagi soalan dekat aku tadi petang. soalan cepumas menurut aku. soalan buang tebiat pun ade jugak. adela dalam lebih kurang 15 minit sebelum balik kerja pukul lima tadi.

     bos : mie, ot tak hari ni?
     aku : (pandang  belakang) ha? ot? tak... (jawab soalan bos aku sambil tersenyum)

dalam hati, bos aku ni dah kenapa. aku ni adalah dalam dua bulan lebih dah kot tak ot. lagi-lagi minggu depan dah hari terakhir aku kerja dekat company aku ni. rajinla pulak aku nak ot bagai kan. dari pukul 4 tadi satu kerja pun aku tak buat. straight sampai balik aku duk tanda recycle paper. nanti senang sikit orang-orang nak fotostat (konon... padahal nak clearkan meja sebenarnya). bukan malas sangat nak buat kerja tapi memang dah takde kerja. ok.. ok.. aku memang malas..

tapi jujur aku kata, bila aku buat keputusan nak berhenti ni, jiwa aku rasa tenang sangat. sangat ok. dan aku mampu tersenyum. dan sikit pun aku tak menangisi keputusan aku ni walaupun hakikatnya perjalanan masa depan aku masih kabur dan tidak terancang sebab aku yakin dengan Dia. yakin!

x.o.x.o : tak sabar nak balik kampung. seminggu aku rasa macam setahun je. sangat lama dan menjenuhkan... sabar je lah~

4 comments:

MadianiMamat said...

mie, keje tmpat lama lg ke???

^ai-mie : 아이-미^ said...

adeqqq... hihi.. jumaat minggu depan aku last & then bertapa kat kg dulu.. ley lah jumpe2 kekgi... wee~

MadianiMamat said...

beres2 mie...hehe

^ai-mie : 아이-미^ said...

lau rase nak outing2 roger;a aku deh... hihi~