Monday, 5 September 2011

:naluri:

Naluri aku memang jarang salah. Biasanya apa yang aku rasa memang adalah benda yang betul-betul terjadi. Dan kali ni, lagi sekali naluri aku adalah betul. And damn it! I hate it damn so much!

Ingat lagi apa yang aku ceritakan pasal suami orang dulu? Dan ini adalah kesinambungan dari ceritera tersebut. Dan juga kesinambungan ceritera aku meletakkan jawatan. Kira campuranla. Tapi, aku malas nak cerita panjang sangat. Cuma aku coretkan balik bait-bait mesej dari suami orang tersebut. Korang fikirlah sendiri...

+01278XXX24 : Hi mi, watpe? Minggu depan naik kan? Nanti amik balik surat eh? Takyah la benti. J
Aku : Huhu.. sori bos.. kita memang konpem nak benti. Dah muktamad dah keputusan. Kalau boleh sekarang jugak kita nak benti. Hehe.. bos tolong proceed surat benti kita.
+01278XXX24 : Mi, boleh nak benti, tapi kita nak tahu sebab yang paling munasabah dulu. Hehe.. Pasal gaji ke? Ok, Aimi nak bape?
Aku : Nop. Bukan pasal gaji. Kita dah tak kisah pun pasal gaji. Yang penting kita nak benti.. Personal matter. Dan keputusan adalah muktamad.. Hehe..
+01278XXX24 : Nape? Working environment engineering yang tak besh eh? Selalu kena kacau? Kecik ati dengan sesape? Cite la kat kita. Kita tak kisah pun kalau Aimi nak cakap apa pun. 
Aku : Nothing to say.. Just feeling like trying something new. And keputusan adalah muktamad..
+01278XXX24 : Pasal keje? Cutting plan banyak? Stress Heng Lee dengan SAS asyik salahkan aimi kalau ada salah? Ok, Aimi buat kerja lain. Layan design ke? Tinggalkan semua kerja-kerja lama. Aimi post sebenarnya Asst. Engineer tau bukan Asst. Co-Ordinator. So, mana-mana leh gi. Please..
Aku : Nop. I don't mind about my salary and my position anymore. I just wanna do something else that i really wanna do.. by not working there.. Thats it..
+01278XXX24 : Ok la kalau tu, kita hormat keputusan Aimi. Truthly, kita suka kat Aimi. Rasa berat nak kasi Aimi benti. Dah takdela penyeri kita kat opis pasni, kira cam secret admirela. heee :p balik ganu terus ke stay JB lagi?

Dan mesej ni tamat disini je. Ayat last dari bos aku buatkan aku agak sedikit terkejut. Dan aku tak rasa macam aku nak reply balik mesej terakhir tu. Biarkan je lah.  Patutlah semenjak dua menjak ni dia layan aku semacam je. Kadang-kadang buat aku seram sejuk sendiri. Rupa-rupanya ada udang galah di sebalik maggi kari. Hampeh. Tu tak termasuk lagi dengan mesej-mesej lain yang aku kira biarlah rahsia. To be honest, i don't like this situation or should i say that i hate it? yup, i hate it damn so much. Dan betullah keputusan yang aku buat ni. Actually, apa yang bos aku cakap tu semua adalah sebab-sebab kenapa aku nak berhenti. Tapi sebenarnya sebab-sebab yang aku rasa 'main' kenapa aku nak berhenti adalah kerana aku nak cuba benda baru. Aku dah bosan dengan dunia sekarang. Dan rasanya dah tiba masanya aku masuk ke dunia baru. Semoga Allah mempermudahkan. 

And to my boss, you will remain be my boss and friend. Secret admire apekejadahnya bos. Ni bukan zaman sekolah dulu-dulu siap ada secret admire bagai. Whatsoeverla boss. Anyway, bawak-bawakla fikirkan baby kat dalam perut yang bakal nak meletup tak lama lagi tu. Aish... Parah betolla bos aku ni. Lagi parah sebab dia bagitau terang-terang dekat aku. Adoi... Confirm awkward giler nanti. Damn it! 

No comments: