Monday, 26 September 2011

:lawak bodoh:


Petang semalam tengah aku syok-syok kacau kuah tomyam atas dapur, tiba-tiba datang adik aku.

Adik : Geram betul. Aku nak basuh motor, budak kecik tu duk sibuk pulak tayang muka depan paip air.
Aku : Sape? Farish?
Adik : A’a…
Aku : Ala ape susah. Kau sembur je budak tu dengan air pastu kau sengih…
Adik : Kau gila? Nak kena bambu dengan bapak dia?
Aku : Bapak dia berani pulak nak marah kau. Mesti dia marah anak dia punya. Farish!!! (dengan nada mengajuk bapak dia jerit panggil dia)

Pap! Perit je bahu aku kena libas ngan adik aku.

Adik : Bodoh. Buat lawak sengal pulak kakak aku ni.
Aku : Lak?

Dia gelak. Aku pun gelak. Dalam hati, 'siot je. tak pasal-pasal kena libas. sakit dowh. tapi aku cakap betul ape. bukan bapak dia berani pun nak marah-marah'.

Aku memang cakap benda betul. Budak tu, kalau kau sembur air dekat dia pun bukan dia marah. Lagila kalau kau sembur sambil sengih, mesti dia ingat kau nak main-main dengan dia. Lagi lah dia suka. Dah nama pun budak. Kan?

Tak pasal-pasal dapat bodoh sebijik dengan kena libas. Haha...

2 comments:

MadianiMamat said...

mie, aku x phm....hehe

^ai-mie : 아이-미^ said...

hahaha.. abaikan je deq... sebab bila bercerita & dibandingkan dgn situasi sebenar, jadi lain pulok...