Thursday, 29 September 2011

:jam tangan:

minggu lepas...

sedang aku tengah syok buat drawing tiba-tiba bos aku datang pegang tangan aku. melatah aku kejap. oh, aku memang melatah kalau terkejut. jadi jangan pelik bila dengar aku membebel tiba-tiba.

bos : ni jam tangan brand ape?
aku : ha? brand? rip curl, beli kat pasar karat. RM30 dua. tapi yang lagi satu dah rosak.
bos : owh, yang hitam tu eh? ok lah kalau camtu. nanti hadiah you, i belikan jam. yang macam i ok? (sambil tunjuk jam tangan dia. warna putih, not badla walaupun bukan stail aku)
aku : i tak kisah macam mana pun tapi i tak nak besi punya... (seriusly, aku memang tak suka jam tangan besi pun)..
bos : law camtu, i beli yang macam i punyalah...
aku : tak kisahlah bos (kalau dah orang nak belikan, takkan aku nak memilih pulakkan?)

tengahari tadi...

tadi tengahari, bos no. dua belanja makan dekat pizza. yang ni, nanti aku cerita lain. lepas habis makan, bos bagi aku beg. kat dalam tu ada adiah jam yang macam bos aku cakap. ok, jam mahal. mahalla bagi aku yang setakat tiap kali jam rosak beli dekat pasar malam je. janji boleh berfungsi. bukan tak mampu, tapi sayang nak kuarkan duit. boleh macam tu? hahaha~


secara jujur, aku memang sangat suka jam ni. memang stail aku, simple. dan warna kegemaran aku, hitam. memang lain dengan jam tangan bos aku. bos, terima kasih banyak-banyak untuk hadiah yang paling mahal pernah aku dapat sepanjang hidup aku. seriusly. terima kasih banyak-banyak juga pada mereka-mereka yang telah baik hati menderma duit untuk beli jam ni. aku sangat-sangat terharu dan berterima kasih.

sayang korang semua...

No comments: