Thursday, 29 September 2011

:jam tangan:

minggu lepas...

sedang aku tengah syok buat drawing tiba-tiba bos aku datang pegang tangan aku. melatah aku kejap. oh, aku memang melatah kalau terkejut. jadi jangan pelik bila dengar aku membebel tiba-tiba.

bos : ni jam tangan brand ape?
aku : ha? brand? rip curl, beli kat pasar karat. RM30 dua. tapi yang lagi satu dah rosak.
bos : owh, yang hitam tu eh? ok lah kalau camtu. nanti hadiah you, i belikan jam. yang macam i ok? (sambil tunjuk jam tangan dia. warna putih, not badla walaupun bukan stail aku)
aku : i tak kisah macam mana pun tapi i tak nak besi punya... (seriusly, aku memang tak suka jam tangan besi pun)..
bos : law camtu, i beli yang macam i punyalah...
aku : tak kisahlah bos (kalau dah orang nak belikan, takkan aku nak memilih pulakkan?)

tengahari tadi...

tadi tengahari, bos no. dua belanja makan dekat pizza. yang ni, nanti aku cerita lain. lepas habis makan, bos bagi aku beg. kat dalam tu ada adiah jam yang macam bos aku cakap. ok, jam mahal. mahalla bagi aku yang setakat tiap kali jam rosak beli dekat pasar malam je. janji boleh berfungsi. bukan tak mampu, tapi sayang nak kuarkan duit. boleh macam tu? hahaha~


secara jujur, aku memang sangat suka jam ni. memang stail aku, simple. dan warna kegemaran aku, hitam. memang lain dengan jam tangan bos aku. bos, terima kasih banyak-banyak untuk hadiah yang paling mahal pernah aku dapat sepanjang hidup aku. seriusly. terima kasih banyak-banyak juga pada mereka-mereka yang telah baik hati menderma duit untuk beli jam ni. aku sangat-sangat terharu dan berterima kasih.

sayang korang semua...

Wednesday, 28 September 2011

:wordless wednesday #6 - kimbap:

cubaan kedua buat kimbap. Alhamdulillah, agak menjadi berbanding kali pertama. kena improve lagi. rasa? ala-ala sushi je la... teehee~

:wordless wednesday #5 - little labi:

my collection... addicted to this things lepas pergi pulau tioman. comel giler kan? still want more. anyone who baik hati nak berikan aku benda alah ni? susah gila nak cari ok~

Tuesday, 27 September 2011

:topup:


60127XXXXX4 telah berjaya berkongsi RM 20 ke akaun anda melalui Share-a-TopUp. Rec#:092600733680.

Mode : Marah! 

Aku marah sebab bos aku memandai-mandai masukkan topup kat aku. Lagi! Aku tak suka rasa terhutang budi! Ni bukan kali pertama. Kalau sebelum ni, dia mesti topupkan aku dengan member aku ni. Dan sekurang-kurangnya RM10 je. Kalau tu, takdelah aku terasa sangat. Tapi sekarang ni dah lain pulak. Dia topupkan aku seorang je dan sebanyak RM20 pulak tu. Kalau dah dikira campur tolak semua dekat beratus jugak dia topupkan aku. Dan bekas pakwe-pakwe aku semua pun tak pernah sebaik tu untuk topupkan aku. Damn!

Entah kenapa sejak bos aku cakap dia suka aku, aku jadi benci pulak nak tengok muka dia dan dengar suara dia. Dan lagi sekali, damn!

Monday, 26 September 2011

:lawak bodoh:


Petang semalam tengah aku syok-syok kacau kuah tomyam atas dapur, tiba-tiba datang adik aku.

Adik : Geram betul. Aku nak basuh motor, budak kecik tu duk sibuk pulak tayang muka depan paip air.
Aku : Sape? Farish?
Adik : A’a…
Aku : Ala ape susah. Kau sembur je budak tu dengan air pastu kau sengih…
Adik : Kau gila? Nak kena bambu dengan bapak dia?
Aku : Bapak dia berani pulak nak marah kau. Mesti dia marah anak dia punya. Farish!!! (dengan nada mengajuk bapak dia jerit panggil dia)

Pap! Perit je bahu aku kena libas ngan adik aku.

Adik : Bodoh. Buat lawak sengal pulak kakak aku ni.
Aku : Lak?

Dia gelak. Aku pun gelak. Dalam hati, 'siot je. tak pasal-pasal kena libas. sakit dowh. tapi aku cakap betul ape. bukan bapak dia berani pun nak marah-marah'.

Aku memang cakap benda betul. Budak tu, kalau kau sembur air dekat dia pun bukan dia marah. Lagila kalau kau sembur sambil sengih, mesti dia ingat kau nak main-main dengan dia. Lagi lah dia suka. Dah nama pun budak. Kan?

Tak pasal-pasal dapat bodoh sebijik dengan kena libas. Haha...

Thursday, 22 September 2011

:soalan cepumas:

eh, bukan aku yang nak bagi soalan cepumas. tapi bos aku sebenarnya yang bagi soalan dekat aku tadi petang. soalan cepumas menurut aku. soalan buang tebiat pun ade jugak. adela dalam lebih kurang 15 minit sebelum balik kerja pukul lima tadi.

     bos : mie, ot tak hari ni?
     aku : (pandang  belakang) ha? ot? tak... (jawab soalan bos aku sambil tersenyum)

dalam hati, bos aku ni dah kenapa. aku ni adalah dalam dua bulan lebih dah kot tak ot. lagi-lagi minggu depan dah hari terakhir aku kerja dekat company aku ni. rajinla pulak aku nak ot bagai kan. dari pukul 4 tadi satu kerja pun aku tak buat. straight sampai balik aku duk tanda recycle paper. nanti senang sikit orang-orang nak fotostat (konon... padahal nak clearkan meja sebenarnya). bukan malas sangat nak buat kerja tapi memang dah takde kerja. ok.. ok.. aku memang malas..

tapi jujur aku kata, bila aku buat keputusan nak berhenti ni, jiwa aku rasa tenang sangat. sangat ok. dan aku mampu tersenyum. dan sikit pun aku tak menangisi keputusan aku ni walaupun hakikatnya perjalanan masa depan aku masih kabur dan tidak terancang sebab aku yakin dengan Dia. yakin!

x.o.x.o : tak sabar nak balik kampung. seminggu aku rasa macam setahun je. sangat lama dan menjenuhkan... sabar je lah~

Wednesday, 21 September 2011

:wordless wednesday #4 - koleksi:

.koleksi tahun ni. sebelah belakang, novel cinta koleksi tahun lepas. yang paling aku sayang, novel hlovate sebab dah banyak ubah mind-thinking aku. sangat-sangat berterima kasih. siapa yang rasa nak berubah, boleh cuba baca novel ni. tapi selebihnya bergantung pada Dia, Yang Esa.

:sudah tidak:

Alhamdulillah. dia sudah tidak mengganggu kehidupan aku lagi. mungkin dia sudah sedar status yang dipegang sekarang? aku harap begitu kerana aku tidak mahu dia termasuk dalam senarai lelaki yang aku benci sama seperti mereka, mereka dan mereka. hidup aku kembali tenang tanpa sebarang mesej dan panggilan. syukur~


Saturday, 17 September 2011

:kau:

bila aku tengok kau, aku nampak aku yang tiga tahun lepas. lebih kurang sama je. suka je aku tengok kau... sebab aku sekarang dah tak macam tiga tahun yang lepas. dah banyak sangat perubahan. sangat... aku harap kau akan tetap begini supaya kau tak jadi macam aku. mudah-mudahan...

Friday, 16 September 2011

:twitter:

i'm just new on twitter... tak tahu macam mana tiba-tiba boleh terjebak dengan dunia twitter ni. ada siapa-siapa yang sudi follow aku? cari saja @aimie2111... itu aku... sekian...

Wednesday, 14 September 2011

:seseorang... atau sesuatu?:

seseorang... atau sesuatu? yang membuatkan aku nekad dengan apa yang aku inginkan sekarang... walaupun mungkin sudah agak terlambat, tapi aku bersyukur pada Dia kerana temukan aku pada seseorang atau sesuatu itu? ya, seseorang atau sesuatu yang dah membuka akal dan mata aku pada hidup. hidup yang hanya sekali dan rugilah aku kalau yang sekali itu dibazirkan pada yang sia-sia... 

x.o.x.o. : berperang dengan diri sendiri untuk kebaikan bukan satu perkara yang mudah tahu?


:di sana:

di sana, kedengaran suara kanak-kanak riang ketawa...
di sana, kedengaran dentam dentum si ibu memasak di dapur...
di sana, kedengaran suara si remaja bergaduh sesama berebutkan rancangan siaran...
di sana, kedengaran si bapa-bapa berbual sesama sambil menghirup asap nikotin...
di sana,
di bawah teratak usang sana,
kelihatan sebuah keluarga bahagia,
erat menjalinkan silaturrahim...


Monday, 12 September 2011

:lagi 18 hari:

lagi 18 hari aku bekerja sebelum aku berambus dari kilang ni. dan aku rasa sangat gembira sebab akhirnya aku tak payah nak paksa diri lagi untuk bekerja. syukur untuk itu. tapi kehidupan selepas itu sebenarnya masih agak kabur lagi. dalam perancangan, ada terlalu banyak benda yang nak dibuat dan diusahakan. tapi semuanya masih dalam pemilihan. aduh, aku kebluran. tapi aku tahu Allah akan mempermudahkan. Amin.

ada siapa-siapa yang mahu offer aku kerja part-time? apa-apa pun tak kisah yang penting halal... teehee~


Sunday, 11 September 2011

:kembali:

hari ini,
kembali aku ke dunia itu,
dunia yang aku benci dan ingin aku tinggalkan...
cepatlah masa berlalu,
aku tidak betah,
aku ingin pergi...

sepurnama lagi...


Wednesday, 7 September 2011

:tidak sedar:

setelah sekian lama,
betapa menjauhnya aku,
sehingga aku tidak sedar,
betapa wanita itu sudah jauh dimamah usia,
dengan helaian putih memenuh di kepala,
dan kedutan halus sudah mula berakar di kulit wajah...
ah, betapa jahilnya aku,
seorang anak...


Monday, 5 September 2011

:naluri:

Naluri aku memang jarang salah. Biasanya apa yang aku rasa memang adalah benda yang betul-betul terjadi. Dan kali ni, lagi sekali naluri aku adalah betul. And damn it! I hate it damn so much!

Ingat lagi apa yang aku ceritakan pasal suami orang dulu? Dan ini adalah kesinambungan dari ceritera tersebut. Dan juga kesinambungan ceritera aku meletakkan jawatan. Kira campuranla. Tapi, aku malas nak cerita panjang sangat. Cuma aku coretkan balik bait-bait mesej dari suami orang tersebut. Korang fikirlah sendiri...

+01278XXX24 : Hi mi, watpe? Minggu depan naik kan? Nanti amik balik surat eh? Takyah la benti. J
Aku : Huhu.. sori bos.. kita memang konpem nak benti. Dah muktamad dah keputusan. Kalau boleh sekarang jugak kita nak benti. Hehe.. bos tolong proceed surat benti kita.
+01278XXX24 : Mi, boleh nak benti, tapi kita nak tahu sebab yang paling munasabah dulu. Hehe.. Pasal gaji ke? Ok, Aimi nak bape?
Aku : Nop. Bukan pasal gaji. Kita dah tak kisah pun pasal gaji. Yang penting kita nak benti.. Personal matter. Dan keputusan adalah muktamad.. Hehe..
+01278XXX24 : Nape? Working environment engineering yang tak besh eh? Selalu kena kacau? Kecik ati dengan sesape? Cite la kat kita. Kita tak kisah pun kalau Aimi nak cakap apa pun. 
Aku : Nothing to say.. Just feeling like trying something new. And keputusan adalah muktamad..
+01278XXX24 : Pasal keje? Cutting plan banyak? Stress Heng Lee dengan SAS asyik salahkan aimi kalau ada salah? Ok, Aimi buat kerja lain. Layan design ke? Tinggalkan semua kerja-kerja lama. Aimi post sebenarnya Asst. Engineer tau bukan Asst. Co-Ordinator. So, mana-mana leh gi. Please..
Aku : Nop. I don't mind about my salary and my position anymore. I just wanna do something else that i really wanna do.. by not working there.. Thats it..
+01278XXX24 : Ok la kalau tu, kita hormat keputusan Aimi. Truthly, kita suka kat Aimi. Rasa berat nak kasi Aimi benti. Dah takdela penyeri kita kat opis pasni, kira cam secret admirela. heee :p balik ganu terus ke stay JB lagi?

Dan mesej ni tamat disini je. Ayat last dari bos aku buatkan aku agak sedikit terkejut. Dan aku tak rasa macam aku nak reply balik mesej terakhir tu. Biarkan je lah.  Patutlah semenjak dua menjak ni dia layan aku semacam je. Kadang-kadang buat aku seram sejuk sendiri. Rupa-rupanya ada udang galah di sebalik maggi kari. Hampeh. Tu tak termasuk lagi dengan mesej-mesej lain yang aku kira biarlah rahsia. To be honest, i don't like this situation or should i say that i hate it? yup, i hate it damn so much. Dan betullah keputusan yang aku buat ni. Actually, apa yang bos aku cakap tu semua adalah sebab-sebab kenapa aku nak berhenti. Tapi sebenarnya sebab-sebab yang aku rasa 'main' kenapa aku nak berhenti adalah kerana aku nak cuba benda baru. Aku dah bosan dengan dunia sekarang. Dan rasanya dah tiba masanya aku masuk ke dunia baru. Semoga Allah mempermudahkan. 

And to my boss, you will remain be my boss and friend. Secret admire apekejadahnya bos. Ni bukan zaman sekolah dulu-dulu siap ada secret admire bagai. Whatsoeverla boss. Anyway, bawak-bawakla fikirkan baby kat dalam perut yang bakal nak meletup tak lama lagi tu. Aish... Parah betolla bos aku ni. Lagi parah sebab dia bagitau terang-terang dekat aku. Adoi... Confirm awkward giler nanti. Damn it!