Friday, 26 August 2011

:selamat hari raya:

 

selamat hari raya Aidilfitri kepada semua follower dan semuala sape-sape yang baca blog yang tak seberapa ni. mintak maaf banyak-banyak kalau ada kata-kata dan penulisan yang menyinggung mana-mana individu. aku cuma insan biasa yang ada banyakkkkkk salah dan silap. mohon diampun semuanya. to all of you guys, kita jumpa lagi lepas dua minggu ok... sayang semua~


Tuesday, 23 August 2011

:persiapan raya:

raya tahun ni rasanya raya yang paling bersahaja buat aku. langsung tiada persiapan apa-apa. jangan ditanya pasal baju raya, tudung raya atau kasut raya semua kerana jawapannya adalah tiada. ya, langsung tiada. aku pakai apa yang ada. entah... sama seperti tahun-tahun yang lainnya, perasaan aku untuk menyambut raya, tawar. tiada apa-apa. pulang kerana itu adalah kemestian. persiapan semua kerana itu adalah kemestian. kenapa dan mengapa? yang aku boleh jawab adalah mungkin kerana pengalaman-pengalaman pahit sepanjang membesar dalam menyambut raya membuatkan aku jadi manusia tanpa perasaan begini malah turut menghiraukan perasaan orang lain disekeliling aku. atau mungkin juga kerana aku masih belum temui perasaan seronok dan bahagia disebalik sempena menyambut raya. mungkin. jawapan sebenarnya, sungguh aku tak tahu. yang tahu, hanya Dia. ya, Dia. 

kalau diikutkan yang sejujur-jujurnya, aku takdelah excited sangat nak balik kampung sementelah lagi bila mendapat mesej-mesej berita yang tak menyenangkan dari kampung. tapi aku sudah muak dan bosan disini. jadi, pulang ke kampung adalah salah satu jalan untuk aku pergi menjauh. sekurang-kurangnya disitu aku mampu bermuhasabah.

kenapa perasaan aku sepertinya sudah mulai mati sedikit demi sedikit...


Monday, 22 August 2011

:cuti raya:

hari ni aku hantar borang cuti dekat bos. bos tanye cuti baper hari... aku jawab dengan konfiden dan selamba badaknya lapan hari waktu bekerja. tak masuk lagi hari cuti tu... haha... itu maksudnya campur tolak dengan hari tak bekerja semuanya lebih kurang dalam dua minggu la aku bercuti raya. amacam? best tak? lama gila kan aku cuti. bos aku pun dengan selamba badak je sain. aku pun ape lagi, hantar je lah borang cuti dekat admin. ni lah satu kelebihan kilang aku. boleh cuti bila-bila, berapa lama dan sesuka hati kau je. dan aku adalah antara pekerja cemerlang yang selalu cuti dan ponteng sesuka hati...oyeah~~~ aku suka...

itulah bahananya bila aku dah berusaha buat yang terbaik untuk kerja aku tapi semuanya pandang aku sebelah mata. sebab aku perempuan kan? dan aku bertudung? so, aku tak diberi peluang sama macam lelaki? so, lama-lama aku dah malas. malas dengan semua ni. aku nak cari benda baru. kehidupan baru...

tak lama lepas tu kan, admin pulak telefon extension aku, "mie, kau ni nak cuti ke nak berhenti? lama giler..." aku ketawa je tapi dalam hati menjawab jugak... "dua-dua sekali la kak. cuti pun ye, berhenti pun ye..." kih kih kih... surat cinta aku dah pun siap. lagi empat hari baru boleh bagi dekat bos. entah kenapa bila fikirkan soal berhenti ni aku rasa macam tenang. gila betul. lagi gila bila aku berhenti tanpa perancangan dan kerja baru. kalau sebelum ni ada budak rumah aku yang selalu bimbangkan aku dan berusaha cari kerja untuk aku, sekarang ni semuanya aku kena sendiri. bimbang sendiri dan berusaha sendiri. tapi takpe. aku perlu belajar untuk diri sendiri. 

alahai.... nak tunggu empat hari rasa macam kena tunggu sebulan je...

Sunday, 21 August 2011

:menulis:

aku suka menulis... tulis apa yang aku rasa sebab itu apa yang aku rasa... macam mana nak tulis apa yang orang rasa kalau aku tak boleh nak rasa apa yang orang rasa? ok, mengarut. aku tengah demam sekarang ni tapi bila aku terbaca blog seseorang ni, dia bagi aku inspirasi untuk menulis. tapi bukan untuk malam ini sebab kepala otak aku belum boleh mencerna dengan baik disebabkan demam aku ni. kalau dulu, aku boleh tulis apa je yang aku rasa tanpa perlu ambil kisah pasal orang lain. tapi sekarang ni, banyak benda aku kena pendam sendiri takut ada yang berkecil hati dan balas balik penulisan aku. dah aku kata aku tulis apa yang aku rasa. tapi dah nama manusia bukan boleh nak faham isi hati orang lain kan? kalaulah manusia sesama manusia boleh membaca fikiran dan perasaan masing-masing, rasanya dunia takkan jadi macam sekarang. ok, mengarut lagi. banyak benda aku nak kongsi sebenarnya, serius. tapi sebab banyak benda tu adalah peribadi bagi aku, biarlah aku simpan je dalam poket. inilah jadinya bila aku mula jadi seorang yang perahsia. ok, mengarut lagi. sudahlah. aku mahu tidur. entah larat atau tidak untuk bekerja besok. tapi yang penting sekarang, aku mahu tidur. selamat malam dunia.


Friday, 19 August 2011

:suami orang:

bila suami orang mula menunjukkan kebaikan pada aku, serius aku rasa takut giler... teringatkan pengalaman bila pakwe orang berbuat baik pada aku dan aku dituduh dan di cop macam-macam. sedih dan menakutkan walaupun sikit pun tak pernah terlintas di hati aku untuk membuat keburukan. dan ya, aku faham perasaan perempuan-perempuan tersebut. sebab itulah sekarang ni aku lebih berhati-hati dalam bergaul. ada yang anggap aku sombong, tapi tak kisahla tu. mungkin ada benar jugak aku sombong. 

berbalik pada suami orang, mungkin nawaitu dia sekadar berbuat baik tapi pandangan orang siapa yang tahu. aku takut benda yang tak diinginkan berlaku lagi. serius... aku rasa sekarang ni macam aku mahu lari jauh-jauh... 

buat lelaki, tak perlu kasihankan aku kerana aku sendiri. aku bahagia dan tenang dengan hidup aku. aku mampu berdiri dengan kaki aku sendiri walaupun ada kecacatan disitu. bukan ego, tapi cuma berhati-hati. aku tak mampu membalas budi kalau cinta yang kau inginkan. kerana cinta aku sekarang hanya disimpan untuk pemilik rusuk kiri. titik...

aku menghitung hari sebelum menghantar surat cinta aku pada yang berkenaan...


Monday, 15 August 2011

:bonus:

hari ni duit bonus masuk...
Alhamdulillah...
rezeki untuk bulan ni dan seterusnya...
walaupun takdelah seberapa mana,
tapi aku bersyukur~


:hujan:

Hujan…
Lebat…
Sejuk…
Hari ini, bunyi hujan turun seakan memberikan kedamaian buat aku…
Mengingatkan aku pada zaman kanak-kanak…
Bahagia…
Kenangan bermain air hujan di hadapan rumah bersama abang dan adik…
Kenangan bermain kubang di kawasan sawah…
Kenangan menangkap ikan di parit dengan kawan-kawan…
Kenangan mencabut ubi kayu dari pohon di hadapan rumah atok…
Kenangan makan ubi kayu rebus dicicah kelapa…
Sungguh,
Kenangan itu semua membahagiakan…
Kalaulah boleh,
Aku ingin kembali ke masa dahulu~


Wednesday, 10 August 2011

:sujud:

di atas sejadah itu aku sujud...
aku berteleku dan merintih...
meminta pada Tuhan...
dan buat kesekian kali...
setelah sekian lama...
mutiara jernih itu gugur juga...


Tuesday, 9 August 2011

:perancangan:

aku hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan...
di hari mendatang,
aku merancang untuk diam sahaja di kampung...
tapi semalam khabar dari adik meremukkan segala perancangan...
mungkin Dia tahu aku memang tidak betah disana...
aku tidak mampu untuk bernafas dalam dunia yang penuh konfliks di sana...
kemudian aku rancang pula untuk menjengah ke utara...
sekali lagi perkhabaran dari seorang teman tadi melenyapkan perancangan...
buntu...
terkapai-kapai aku mengemudi...
entah ke mana dan apa lagi yang perlu aku ikhtiarkan...
semoga ada hikmah disebalik kegagalan ini...

tapi untuk meneruskan kehidupan sekarang,
aku tidak mahu...
aku sudah lelah...
aku sudah muak...
aku sudah jelak...
aku ingin keluar darinya dan menjauh...

Tuhan,
aku inginkan sebuah kehidupan....

Monday, 8 August 2011

:kemas:

hari ni bos aku tak datang. aku takde ape kerja pun nak buat. jadi aku buat-buat sibuk masukkan data dalam Microsoft Excel diselang selikan dengan main game Zuma dekat PC. sumpah boring gila tahap cipan. kemudian tanpa sedar, sikit-sikit aku dah mula kemas meja aku. mana-mana barang peribadi aku kumpul buat balik rumah. semangatkan aku nak berhenti kerja. tapi bab berhenti ni, takde sape pun lagi tahu. aku sorang je. sebab aku nak bagi surat perletakan jawatan bila dah dapat duit bonus dengan duit raya nanti. aku takut kalau diorang tahu awal-awal, nanti bonus aku kena sekat. susahla aku nak hidup kalau duit tak cukup. aku taknak susahkan orang tua dekat kampung. itu pasti. masalah aku, biar aku tanggung sendiri. yang pasti aku dah muak nak kerja dekat sini.

tiba-tiba second bos aku masukkan topup RM20 dekat aku. rezeki. Alhamdulillah. tapi ni bukan kali pertama. biasanya dia masukkan RM10 je dekat aku dengan rakan kerja aku lagi sorang ni. cuma kali ni dia masukkan lebih sikit. jimat duit topup aku sampai akhir bulan.


Sunday, 7 August 2011

:it doesn't matter:

sebenarnya, it doesn't matter muzik ape sekalipun kau layan asalkan kau tak lupa tanggungjawab kau pada Tuhan dan agama. kalau kau kata kau layan dan support muzik melayu, indie melayu, rock melayu dan ape je melayu tapi tanggungjawab kau pada agama dan Tuhan entah ke mana, tak guna jugak. aku layan k-pop dengan lagu indon tapi aku akan pastikan tanggungjawab aku pada agama dan Tuhan terlaksana. ada apa-apa kesalahan disitu? korang macam mana?


Saturday, 6 August 2011

:berhenti:

semakin hari, 
perasaan dan semangat untuk aku berhenti kerja semakin berkobar-kobar...
sekarang ini cuma menunggu masa...
ya, masa...
bersabarlah duhai hati...
mungkin sebulan sahaja lagi...
walaupun tanpa perancangan selanjutnya,
meletakkan jawatan itu adalah pasti...
semoga Allah mempermudahkan...


Thursday, 4 August 2011

:empat ramadhan:

7:10 malam... turun ke dapur untuk goreng telur buat side dishes untuk mee goreng beli tadi. al-maklumlah tengah sengkek ni. tengah-tengah goreng telur, teringat dekat mak dekat kampung. 'hmm... dah empat hari puasa... mak tak telefon pun tanye khabar anak dia sorang ni. adik dah ade kat kampung kot... kan best kalau mak telefon lagi-lagi tengah anak dia sengkek, sadis dan sakit ni... bla bla bla bla bla'...

aku berangan dan terus berangan dan bermonolog dengan diri sendiri sambil goreng telur... bila telur dah siap goreng, aku ambil sudu kaut telur dalam kuali masuk polisterin mee goreng tadi. pemalas la katekan.. jimat basuh periuk pinggan mangkuk semua... dan... jeng jeng jeng... ralit berangan punya pasal, tanpa sedar aku ambil sudu buat kacau telur tadi ngap masuk mulut... hamek kau... berangan sampai tak sedar tengah puasa dan belum masuk waktu berbuka pun lagi. nasib baik bila aku sedar tu, aku belum sempat telan lagi telur tu. serius. terus cepat-cepat ludah balik dekat singki dan kumur dengan air paip. Astaghfirullah~ serius aku tak tahu kenapa dengan aku sekarang ni...


:pendek:

sekarang ni hanya suka baca penulisan pendek-pendek...
menulis pun sekadar tulisan pendek...
bukan tidak suka atau tidak mahu...
cuma kepala otak sudah tidak mampu untuk mencerna penulisan panjang...
tunggu masa...
semoga ia kembali ke asalnya...


Wednesday, 3 August 2011

:satu:

setelah hampir dua puluh enam tahun hidup,
buat pertama kalinya,
semalam,
dua ramadhan,
satu juzuk al-quran berjaya dihabiskan...
Alhamdulillah~
baki tertunggak, dua puluh sembilan lagi...
semoga berjaya~


Tuesday, 2 August 2011

:dua ramadhan:

gaji lagi tiga ke empat hari...
duit dalam poket tinggal cuma RM11...
semoga tabah...
dan semoga Allah mempermudahkan...
Amin~