Thursday, 14 July 2011

:kembali ke asalnya:

hari ni, semuanya kembali ke asalnya. bangunan batu bata. bising hiruk pikuk kenderaan dan manusia. kepulan asap-asap industri. sejuk penghawa dingin di pejabat. suara-suara sumbang manusia dan kerja-kerja yang menimbun.

tiada lagi bau-bauan hijau alam. tiada lagi suara-suara unggas, cengkerik dan haiwan lainnya. tiada lagi suara bebelan mak dan abah. tiada lagi susuk atok dan nenek bertongkat ke hulu ke hilir mencari rezeki walaupun umur sudah menjengah senja. tiada lagi bauan busuk getah dari abah. tiada lagi pancuran air sejuk dari pili rumah. 

baru beberapa jam, tapi aku sudah mula merasakan rindu pada di sana... sana, kampung halaman. 

hati aku bukan disini lagi. tiada siapa yang aku rindu disini. tiada benda yang aku mahu disini. 

bingung~

3 comments:

Ajeyy Rawk said...

takpe tu kak, nanti ada rezeki leh balik lg kampung ..

jemput la join yer kak kalau sudi :)

http://ajeyyrawk.blogspot.com/2011/07/jom-join-bloglist-ajeyy-rawk.html

Miss Y and Her World said...

rindu kampung halaman ya? sabarlah. tapi saya faham. di kampung lebih ada yang sayang, memahami dan menghargai. ohhh rindu kampung jugak :(

Akhirnya Aku Kalah Dengan Nafsuku Sendiri
Seronok Ke Iklankan Diri Sendiri Dalam Facebook?

^ai-mie : 아이-미^ said...

yup... lagi sebulan~