Tuesday, 5 July 2011

:[Hlovate] Contengan Jalanan - Kisah Fend:


Akhirnya aku khatam juga baca kisah Fend. Ejaan dia memang macam ni, Fend tapi bila baca korang sebut je Fendi. Dah nama dia memang Affendy pun. Kenapa dieja Fend? Sila tanya tuan penulis, incik Hlovate.

Walaupun jalan cerita dia tak berapa panjang tapi aku ambil masa berhari-hari juga untuk habiskan sebab aku cuba untuk menghayati jalan cerita dan moral disebalik cerita yang ingin disampaikan. Dan syukur, ia terkesan. Kisah Fend meninggalkan impak yang agak mendalam dalam jiwa aku. Dan melalui kisah Fend, ada beberapa benda baru telah dapat aku pelajari.

Musik, photoshoot, art... itu hidup Fend. Dan dia merasakan apa yang diperlukan dalam hidup dia sudah mencukupi dan memuaskan. Sehinggalah dia bertemu dengan seorang gadis, Lia. Dan juga insiden Eleventh Hour. Semenjak hari itu, Fend mula berfikir kembali tentang hala tuju hidupnya. Banyak benda mula berubah dalam hidup Fend yang akhirnya menjadikan dia seorang insan yang berbeza.

Dalam proses untuk cuba mencari hala tuju dan erti hidup, Fend dengan sepupunya Chad telah mengembara ke Australia. Dan disini terdapat banyak kisah menarik yang telah berlaku. Sungguh, aku insaf bila membaca perjalanan Fend dan Chad di Australia. Insaf dan cemburu. Sangat-sangat cemburu...

Aku juga telah menonton filem pendek 'Eleventh Hour' seperti yang diperkatakan dalam buku ini. Secara jujurnya, walaupun aku tidak berapa faham dengan apa yang ingin disampaikan dalam filem pendek tersebut, namun jalan cerita Fend sedikit sebanyak telah membantu untuk memahamkan aku.

'The man that decided to change on the 12th hour dies on the 11th'

Kita hanya merancang. Selebihnya Allah SWT yang menentukan. Sekalipun kita merancang untuk merubah kehidupan kita dan bertaubat setelah umur menjengah senja, tapi siapa yang mungkin akan tahu kapan bila ajal seseorang itu bakal ditarik balik, bukan? Kalau kita mati keesokan harinya selepas merancang tanpa sempat pun untuk berubah dan bertaubat, macam mana? Sia-sia bukan? Betullah dengan kata pepatah 'Hiduplah kamu hari ini sepertinya kamu akan meninggal keesokan harinya'...

Bak kata penulisan Hlovate:
Mati itu pasti...
Waktu sampai ajal tiada toleransi...
Ajal tak kenal usia di bumi...
Larilah ke ceruk bumi mana sekalipun, maut itu pasti akan datang tanpa kompromi...
Sama ada ditunggu atau tidak, datangnya sebagai sebuah janji...
Bayang maut itu boleh datang dengan laju sekilat besi...
Tapi untuk akal dan hati menerima, bukan semudah itu... 
Sekelip mata...

Aku cemburukan persahabatan antara Fend, K2, Chad dengan Aidid. Itulah namanya sahabat sehidup semati. Walaupun berbeza karakter, namun persahabatan itu tetap utuh. Sungguh, aku cemburu...

Terdapat banyak kisah-kisah menarik sepanjang perjalanan Fend mencari Tuhan. Mencari erti hidup. Sehinggalah ke pengakhiran cerita ketika Chad dijemput kembali ke sisi penciptaNya. Bermula dari situ, hidup Fend dan insan-insan disekelilingnya mula berubah 360 darjah.

Buku ini sangat sesuai untuk manusia-manusia yang masih terkapai-kapai dan mencari erti hidup. Macam aku. Memang sangat tak rugi beli dan baca.


No comments: