Tuesday, 26 July 2011

:muzik:

Muzik itu umpama dadah buat aku.
Seharian tanpa mendengar muzik, seumpama si penagih tanpa dadahnya.
Seumpama si lelaki tanpa rokoknya.
Seumpama si bayi tanpa susunya.
Hidup aku rasa seperti tidak lengkap tanpa muzik.
Telinga aku terngiang-ngiang.
Mulut aku terkumat-kamit.
Kaki aku terhentak-hentak.
Tapi, aku terpaksa menghilangkan ketagihan itu.
Aku terpaksa memaksa diri aku berhenti mendengar.
Terpaksa menahan tangan aku dari menekan butang ‘main’.
Terpaksa menahan diri dari mencari dan memuat turun lagu baru saban hari.
Semuanya gara-gara desingan asing di telingaku yang menghalang.
Kenapa dan mengapa, aku tidak tahu.
Doktor juga kata aku tiada apa-apa.
Tapi kenapa dengan desingan itu?
Aku benci kerana disebabkan desingan itu, aku tidak mampu berbuat apa-apa.
Malah tiada langsung fokus  untuk pekerjaan.
Apatah lagi untuk berfikir secara panjang dan mendalam.
Sebab itulah, ruangan ini agak jarang diperbaharui isinya.
Bukan sengaja, tapi desingan asing ini benar-benar menghalang aku untuk fokus dan berfikir.
Sungguh!
Ah, menahan ketagihan itu sangat menyesakkan!
Cuba kau bayangkan macammana gayanya manusia ketagihan,
Sadis dan menyedihkan bukan?

Monday, 25 July 2011

:mereka sangat zalim!:

balik dari kerja, terus buka lappy dan check update terbaru di facebook. ternampak kawan aku share video sekitar perhimpuanan Bersih 2.0 tempoh hari. sebelum ni aku tidak berapa berminat untuk ambil tahu tapi entah kenapa hari ni tiba-tiba tergerak hati untuk menonton video tersebut. masuk minit pertama, hati sudah sebak. masuk minit seterusnya aku menangis semahu-mahunya. ya, aku menangis. menangis seperti kanak-kanak yang dipukul kerana nakal. menangis seperti aku telah ditinggalkan kekasih. sebegitu teruk aku menangis. dan aku masih lagi menangis sekarang ini. aku tidak menyokong perhimpunan tersebut, tapi aku juga tidak menyokong kekejaman mereka. ya, mereka sangat kejam dan zalim. semoga Allah membalas perbuatan mereka dengan hukuman yang setimpal. sumpah, mereka sangat kejam!

kalau kamu mahu tonton, search sahaja di google~ kalau kamu tonton video-video tersebut dan merasa seperti yang aku rasa, walaupun tidak menangis seteruk aku waima hanya merasa sebak sahaja dan mampu mengucapkan Astaghfirullah, ya kamu masih lagi berperikemanusiaan. syukur untuk itu. tapi sekiranya kamu ketawa dan tersenyum sinis, tiada apa yang dapat aku katakan lagi untuk kamu...


Friday, 22 July 2011

:aku rasa...:

Aku rasa macam baru je dua-tiga tahun aku jejakkan kaki di bumi Johor ni,
Tapi rupa-rupanya tahun ni dah masuk lapan tahun aku dekat sini…
Aku rasa macam baru je dua-tiga tahun lepas aku tamatkan pelajaran aku dan dapatkan Diploma,
Tapi rupa-rupanya dah lima tahun masa berlalu…
Aku rasa macam baru je setahun yang lepas aku mula bekerja di tempat aku sekarang ni,
Tapi rupa-rupanya lagi dua bulan genaplah tiga tahun aku bekerja di sini… malah sudah dinaikkan pangkat sebanyak dua kali dah pun…
Aku rasa macam baru je setahun yang lepas aku menyewa dan tinggal sendiri berdikari,
Tapi rupa-rupanya dah nak masuk dua tahun aku sendiri…
Aku rasa macam baru je setahun yang lepas aku ditinggalkan oleh yang tersayang…
Tapi rupa-rupanya dah nak masuk dua tahun juga aku hidup tanpa insan bernama kekasih…
Dan tahun ni, lagi lebih kurang empat bulan, maka genaplah umur aku dua puluh enam tahun…
Tapi, kenapa aku tak rasa pun macam umur aku sudah hampir mencecah dua puluh enam? Kih kih kih…


Wednesday, 20 July 2011

:salah ke?:

Salah ke kalau aku berpuasa?
Tak kisahlah puasa sunat atau puasa ganti sekalipun…
Kalau aku puasa ganti waima pada saat-saat akhir sekalipun, salah ke?
Tak berdosa bukan?
Sekurang-kurangnya aku berusaha untuk menggantikan puasa aku daripada manusia-manusia yang hanya buat sambil lewa…
Tapi kenapa dengan suara-suara sumbang itu?
Kenapa dengan senyuman sinis itu?
Seperti aku ini telah melakukan perkara yang memalukan…
Bingit dan menjengkelkan tahu!

Tuesday, 19 July 2011

:nowadays:

Nowadays,
I’m not really talking…
I’m not really smiling…
I’m not really hearing…
Even, I’m not really looking…

Thursday, 14 July 2011

:kembali ke asalnya:

hari ni, semuanya kembali ke asalnya. bangunan batu bata. bising hiruk pikuk kenderaan dan manusia. kepulan asap-asap industri. sejuk penghawa dingin di pejabat. suara-suara sumbang manusia dan kerja-kerja yang menimbun.

tiada lagi bau-bauan hijau alam. tiada lagi suara-suara unggas, cengkerik dan haiwan lainnya. tiada lagi suara bebelan mak dan abah. tiada lagi susuk atok dan nenek bertongkat ke hulu ke hilir mencari rezeki walaupun umur sudah menjengah senja. tiada lagi bauan busuk getah dari abah. tiada lagi pancuran air sejuk dari pili rumah. 

baru beberapa jam, tapi aku sudah mula merasakan rindu pada di sana... sana, kampung halaman. 

hati aku bukan disini lagi. tiada siapa yang aku rindu disini. tiada benda yang aku mahu disini. 

bingung~

Friday, 8 July 2011

:dan hilang:

sekarang ni, aku hilang arah sebenarnya... sebelum ni aku berjalan je dan terus berjalan, tapi bila aku terjumpa satu simpang, aku tak tahu jalan mana yang perlu aku tuju. aku berhenti, fikir dan fikir. tapi sampai sekarang, aku masih lagi di hujung persimpangan. masih buntu dengan pilihan. 

nafsu, emosi, perasaan semuanya entah kemana. aku tak tahu kenapa dengan aku. yang aku rasa dalam diri cuma kosong...

dan yang aku mahu sekarang ni cuma kamu, kamu dan kamu kawan aku. ain, na, mena, adeq... kawan, tolong tarik tangan aku. sungguh, aku sesat~


Wednesday, 6 July 2011

Tuesday, 5 July 2011

:hari pertama:

hari pertama bermulanya undang-undang baru... pagi pergi kerja paksakan diri pergi beli makanan dulu. in case kalau lapar kan. kalau nak makan awal-awal pagi memang tak biasa sebab dah memang rutin harian dekat setahun yang lepas, pagi minum air je. pukul 10 baru beli makanan dekat kantin. tapi bukan sarapan ya puan-puan. pukul sepuluh tu memang dah dikira makan tengahari sebab pakcik kantin aku tu memang pemalas sikit. dibantainya pagi-pagi masak lauk pauk banyak-banyak bawak sampai ke petang. so, nasib badanlah kalau pagi-pagi dah melantak makan nasik macam pekerja asing. no option~ agak kejutan budaya jugak dengan undang-undang baru ni sebab nak kena setting balik masa makan dan nak bagi badan biasa tahan lapar sikit... nak buat macam mana. damn suck rules~

hari pertama bos ketiga aku masuk kerja harini lepas cuti bersalin selama dua bulan... dua bulan hidup aku penuh sengsara... haha... dan hari ni semuanya kembali ke asalnya. aku sungguh gembira. hari ni dapat buat kerja dengan penuh ketenangan. heaven~

hari pertama officemate aku yang cuti kahwin tu hari, masuk kerja... gembira sekurang-kurangnya ada kawan. walaupun takdela rapat sangat, tapi bila tengok meja semua penuh, ada bos aku, ada kawan aku ni, aku gembira. aku gembira tengok semua orang ada. tak perlu aku tunjukkan kegembiraan aku. cukuplah sekurang-kurangnya aku tahu aku gembira~ oh yeah~~~

dan secara keseluruhannya, hari ni adalah hari pertama yang agak menggembirakan....

:[Hlovate] Contengan Jalanan - Kisah Fend:


Akhirnya aku khatam juga baca kisah Fend. Ejaan dia memang macam ni, Fend tapi bila baca korang sebut je Fendi. Dah nama dia memang Affendy pun. Kenapa dieja Fend? Sila tanya tuan penulis, incik Hlovate.

Walaupun jalan cerita dia tak berapa panjang tapi aku ambil masa berhari-hari juga untuk habiskan sebab aku cuba untuk menghayati jalan cerita dan moral disebalik cerita yang ingin disampaikan. Dan syukur, ia terkesan. Kisah Fend meninggalkan impak yang agak mendalam dalam jiwa aku. Dan melalui kisah Fend, ada beberapa benda baru telah dapat aku pelajari.

Musik, photoshoot, art... itu hidup Fend. Dan dia merasakan apa yang diperlukan dalam hidup dia sudah mencukupi dan memuaskan. Sehinggalah dia bertemu dengan seorang gadis, Lia. Dan juga insiden Eleventh Hour. Semenjak hari itu, Fend mula berfikir kembali tentang hala tuju hidupnya. Banyak benda mula berubah dalam hidup Fend yang akhirnya menjadikan dia seorang insan yang berbeza.

Dalam proses untuk cuba mencari hala tuju dan erti hidup, Fend dengan sepupunya Chad telah mengembara ke Australia. Dan disini terdapat banyak kisah menarik yang telah berlaku. Sungguh, aku insaf bila membaca perjalanan Fend dan Chad di Australia. Insaf dan cemburu. Sangat-sangat cemburu...

Aku juga telah menonton filem pendek 'Eleventh Hour' seperti yang diperkatakan dalam buku ini. Secara jujurnya, walaupun aku tidak berapa faham dengan apa yang ingin disampaikan dalam filem pendek tersebut, namun jalan cerita Fend sedikit sebanyak telah membantu untuk memahamkan aku.

'The man that decided to change on the 12th hour dies on the 11th'

Kita hanya merancang. Selebihnya Allah SWT yang menentukan. Sekalipun kita merancang untuk merubah kehidupan kita dan bertaubat setelah umur menjengah senja, tapi siapa yang mungkin akan tahu kapan bila ajal seseorang itu bakal ditarik balik, bukan? Kalau kita mati keesokan harinya selepas merancang tanpa sempat pun untuk berubah dan bertaubat, macam mana? Sia-sia bukan? Betullah dengan kata pepatah 'Hiduplah kamu hari ini sepertinya kamu akan meninggal keesokan harinya'...

Bak kata penulisan Hlovate:
Mati itu pasti...
Waktu sampai ajal tiada toleransi...
Ajal tak kenal usia di bumi...
Larilah ke ceruk bumi mana sekalipun, maut itu pasti akan datang tanpa kompromi...
Sama ada ditunggu atau tidak, datangnya sebagai sebuah janji...
Bayang maut itu boleh datang dengan laju sekilat besi...
Tapi untuk akal dan hati menerima, bukan semudah itu... 
Sekelip mata...

Aku cemburukan persahabatan antara Fend, K2, Chad dengan Aidid. Itulah namanya sahabat sehidup semati. Walaupun berbeza karakter, namun persahabatan itu tetap utuh. Sungguh, aku cemburu...

Terdapat banyak kisah-kisah menarik sepanjang perjalanan Fend mencari Tuhan. Mencari erti hidup. Sehinggalah ke pengakhiran cerita ketika Chad dijemput kembali ke sisi penciptaNya. Bermula dari situ, hidup Fend dan insan-insan disekelilingnya mula berubah 360 darjah.

Buku ini sangat sesuai untuk manusia-manusia yang masih terkapai-kapai dan mencari erti hidup. Macam aku. Memang sangat tak rugi beli dan baca.


Monday, 4 July 2011

:terima kasih bos:

hari ni keluar memo baru dekat office yang membuatkan semangat aku untuk pergi kerja makin down. terima kasih la banyak-banyak bos untuk memo bangang tu. dan terima kasih jugak untuk si mulut puaka yang kaki ampu sebab dah berjaya membuatkan kami-kami kembali berada di zaman sekolah kerana undang-undang bangang tu semua. 


salah ke kalau kami-kami perempuan ni pergi kantin beli makanan awal semata-mata taknak berebut dengan lelaki. kami yang perempuan ni berapa keratla sangat der. tujuh orang je pun kalau nak dibandingkan dengan korang kaum adam yang seramai ratusan tu. kalau korang semua reti nak hormat kitorang tanpa langgar-langgar kitorang atau berebut-rebut makanan dengan kitorang macam orang tak pernah jumpa makanan tu takpelah jugak. ni tidak. kami yang perempuan ni pun kadang-kadang korang sebat jugak gasak macam jantan. ape kes der? ce citer? ce citer? pastu mulut nak puaka kan?

sumpah aku tak faham. bos aku pun satu. kepala otak letak dekat kepala lutut kot~ ah, lantaklah. aku tunggu dapat bonus je ni. lepas tu, bye-bye adios amigos... 

mungkin korang anggap ni benda kecik. tapi lepas dah bekerja dekat situ hampir tiga tahun, lepas tu dapat pulak peraturan baru ni, dengan serta-merta aku akan jadik pemberontak setia. tu belum lagi dengan peraturan-peraturan lain. damn hell~ 

by then, what should i say? WELCOME TO HENRY GURNEY SCHOOL II... oh, yeah~~~


:isnin punya cerita:

pagi tadi, aku moody...
orang kata monday blues?
migrain di kepala masih berbaki...
tapi aku paksakan juga diri keluar mencari rezeki...

sampai di pejabat, siapkan semua kerja tanpa perasaan...
semuanya dengan kadar terpaksa...
benci...
sampai bila?

tapi ada dua benda yang membuatkan aku sedikit gembira hari ini...
buku belian dari nizamsani sudah sampai...
catatan nizam sani...
kecil dan comel...
tapi masih belum sempat baca...
kedua, mendapat khabar berita dari teman lama...
beliau sedang mengandungkan anak pertama...
aku gembira kerana aku menjadi antara orang terpenting dikhabarkan berita gembira tersebut...
terharu...
tahniah buat kamu sahabat...
bila kamu baca ini, kamu tahu kamu siapa...
aku sayang kamu...

masa masih berbaki empat jam...
perjuangan hari ini mesti diteruskan...
selamat untuk diri sendiri...
ahh! sampai bila harus begini?
benci!


Sunday, 3 July 2011

:repekan hari minggu:

hari Ahad... hari untuk berehat... walaupun masih bujangan, time hari Ahad ni kenala jugak tunaikan tanggungjawab untuk diri sendiri. kalau nak harapkan hari bekerja, memang takdela kan. siang dah penat dengan kerja, malam dekat rumah santai je lah kan. lepas tu hari Ahad mula lah sibuk nak buat itu ini. kemas rumah lah, basuh baju lah, lipat bajulah, iron bajulah... macam-macam... nasiblah badan kan. kalau duduk dengan family lain cerita lah kot. maybe banyak benda masih boleh bergantung dengan mak. haha... dasar anak tak sedar di untung. dah besar panjang pun sibuk nak bergantung dengan mak abah lagi... 

tapi ok la kan. duduk jauh dengan keluarga, jadi anak perantau, banyak mengajar aku. ajar aku tentang susah payah. ajar aku tentang kasih sayang. ajar aku tentang rindu. ajar aku tentang tanggungjawab. ajar aku tentang hidup. ada orang tak mungkin akan faham melainkan orang tu sendiri alami sebab bercakap tu memang senang. kan? haish... apalah aku merepek ni.

aku suka jadi anak perantau sebenarnya. bukan nak jadi anak derhaka sebab tak tunaikan tanggungjawab jaga mak abah, tapi aku ni perangai lain macam sikit. jiwa bebas. tak suka terkongkong. suka buat benda ikut cara aku. tapi tu tak bermaksud aku buat benda sesuka hati aku. sebab bebas aku adalah selagi tak bercanggah dengan tuntutan agama, itu dah cukup. aku masih ingat lagi keluarga kat kampung. maruah aku maruah diorang jugakkan. but still aku bukan budak baik sangat pun. yang tu aku tahu. aku sedar....

hmm... selain dari kemas-kemas rumah segala, lagi nak buat apa ya? nak tengok drama korea macam takde mood pulak. nak baca novel berlambak tu pun, macam takde mood jugak. nak tidur, aku dah bosan dengan tidur. buat sakit kepala je tidur banyak-banyak. korang buat apa ya? mesti keluar jalan-jalan kan? bestnya.... jeles~


Saturday, 2 July 2011

:kalaulah boleh:

baca, tulis...
baca, tulis...
ahh... satu keluhan dilepaskan...
ragam manusia sungguh menyesakkan...
aku cuma mahu lakukan apa yang aku suka...
cara aku...
kalaulah boleh...


:kontra:

di luar sana,
terang...
panas...
terik...
di dalam sini,
gelap...
sejuk...
beku...


Friday, 1 July 2011

:itu hidup:

banyak benda...
ramai manusia...
membuatkan aku rasa terkilan...
tapi aku redha...
aku terima...
sebab aku tahu...
itu namanya hidup...


:mereka, mereka dan mereka:

mereka, mereka dan mereka bencikan aku,
kerana aku manusia tanpa senyuman...
mereka, mereka dan mereka bencikan aku,
kerana aku manusia berhati beku...
mereka, mereka dan mereka bencikan aku,
kerana aku manusia bermulut lancang...
mereka, mereka dan mereka bencikan aku,
kerana aku manusia sinis...
mereka, mereka dan mereka bencikan aku, 
kerana aku manusia ego...

itu apa yang mereka nampak...
itu apa yang mereka dengar...
itu apa yang mereka cakap...
itu apa yang mereka tahu...

aku tidak salahkan mereka,
kerana sedikit sebanyak, 
itu adalah aku...
manusia yang tak sempurna dan penuh kekurangan...

tapi, 
disebalik apa yang mereka nampak, dengar, cakap dan tahu itu,
sesungguhnya,
Allah itu lebih Maha Mengetahui tentang segala-galanya...
itu sudah mencukupi untuk aku meneruskan hidup...
titik!