Thursday, 16 June 2011

:tulisan seorang perempuan yang tengah gila:

 ^picture by fiamen from deviantart... gambar takde kena mengena dengan entry. aku suka sebab comel... tu je^

pagi tadi hujan... mungkin sebab efek gerhana bulan semalam. mungkin... dan aku malas gila nak pergi kerja hari ni. seriously. kalau ikutkan nafsu aku, nak je aku sambung tidur balik. eh, memang aku sambung tidur balik apa. mahunya tidak, semalam je entah pukul berapa aku tidur. semuanya gara-gara nak menghabiskan baca 'kougar'. dan hampeh, sebab bukan main lagi semangat aku membaca rupa-rupanya ending... i don't like it... maaf ye Shaz Johar (penulis Kougar).

suasana kat tempat kerja hari ni rasa macam tensi je. kepala otak aku ni duk sibuk fikirkan banyak gila kerja yang aku nak kena selesaikan. dah la tu, tanpa bantuan orang lain. bukan tak nak mintak tolong, tapi kalau dah memasing buat muka macam bajet diorang je yang busy, nak buat macam mana kan? nak tak nak terpaksa jugak. semalam aku dah sound budak-budak ni, 'kalau sape-sape yang buat drawing, sila issue sendiri'... aku memang takde masa nak melangut berejam-jam menghadap mesin fotostat semata-mata nak issue drawing sedangkan banyak lagi drawing tertangguh aku yang belum aku setelkan. bukan diorang je yang kena buat drawing. aku pun kena jugak ok! mana lagi nak buat kerja bos aku, mana lagi nak co-ordinate kerja budak-budak ni, mana lagi nak check drawing... naik semak kepala hotak aku. dan hari ni hari kedua aku tak bercakap sangat dengan budak-budak aku. tanda protes la konon. maunya tidak... kalau aku berlembut, makin naik lemak. 

hari ni bos nombor dua tak datang sebab demam. Alhamdulillah... sekurang-kurangnya aku mampu buat kerja dengan tenang. 

oh, tadi aku kena bambu dengan sales Singapore sebab belum issue drawing dia. tapi aku senyum je. dan sempat lagi aku ketawakan dia bila dengar suara dia tengking-tengking dalam telefon. malas nak layan sangat. nanti aku yang sakit jiwa. tapi, nak tak nak aku memang kena siapkan hari ni sebab kerja tu dah lama tertangguh. semuanya gara-gara siapkan kerja orang sampai kerja sendiri tertangguh. pastu last-last sendiri kena bambu. orang lain ada kisah ke kalau aku kena bambu? haha... damn!

finally, lepas bersusah payah, siap jugak kerja aku. tak lah sepenuhnya tapi sekurang-kurangnya aku boleh bernafas sikit. besok tinggal sambung je sikit lagi. dan besok jugak aku terpaksa menghadap e-mel yang tak terbaca ada kurang lebih seratus gitu~ sekali lagi, damn!

malam ni kena check drawing budak-budak ni. tak sempat dekat office, terpaksa la sambung dekat rumah. nak buat macam mana~

hati ni sebenarnya membuak-buak nak sambung tengok drama korea '49 Days'... sabar ye hati. nanti dah siap kerja kita tengok citer eh... hehe...

maafla kawan-kawan... hari ni entry berbentuk peribadi dan merapu meraban. kepala otak tengah kelam kelibut. so, tiada idea nak buat entry berisi... kalau ada yang tak suka, maaf lagi sekali ye. dan psssttt... butang pangkah ada kat atas tu belah kanan yer~ hehe... jangan marah~

selamat malam dunia... kepada yang menyinggah maaf belum sempat singgah balik. nanti ada masa baru aku jalan-jalan rumah korang ye. dan jangan lupa sediakan air dengan kuih raya sekali~ wee~

1 comment:

Aku... aKu... akU... SaNg PencINTa said...

part paling best

bos no dua tak datang sebab demam "Alhamdulillah" hahah bermaksud..

Kadang2 kita harus layan cerita begini tenang dan tidak memeningkan.. lapang jiwa raga..

Sudah jiwa penulis, tidak memilih bahan tulis dan juga idea tulis.. By Hj Abdul Malik (Hamka)