Tuesday, 7 June 2011

:sebuah noktah:


Kau fikir aku tinggalkan kau kerana aku masih sayangkan dia…
Dan kau rasa aku bodoh…
Kau rasa aku masih berada dalam dunia ciptaan aku sendiri…
Dan menghiraukan orang-orang lain yang mungkin cintakan aku…
Tapi sebenarnya kau salah…
Aku masih sayangkan dia, itu hanyalah penutup kata…
Dari aku buat kau…
Supaya kau tahu, antara aku dan kau itu tidak mungkin…
Maaf kerana menipu…
Ini semua kerana kau tak pernah mahu faham…
Kau tak pernah mahu menerima kejujuran aku…
Malah kau semakin memaksa mendengarkan kejujuran aku…
Dan maaf,
Aku benci itu!
Noktah!