Monday, 13 June 2011

:saya awak aku kau sayang:


Masa mula-mula kawan dulu, aku panggil kau dengan nama kau. Tapi kau tak suka. Kau cakap, ‘kenapa panggil nama?’  Aku pulak jawab, ‘la, kalau tak panggil nama nak panggil apa pulak? Saya awak? Sori der… biawak boleh? Aku kau? Kan nanti cakap kasar pulak…’ lepas tu kau jawab, ‘panggilla yang manja-manja sikit…’ dan aku? Terkedu… 

Kau, kau sedar tak umur kau muda daripada aku? Kau sebaya je dengan adik aku. Sepatutnya kau panggil aku kakak macam budak-budak lain panggil aku. Tapi kau tak nak. Kau cakap ada apa dengan umur. Tu semua hanyalah angka je. Kau cakap lagi, kau sukakan aku. Kau tak boleh lupakan wajah aku. Dan kau mahu aku terima semua pernyataan kau tu? Sedangkan hakikatnya yang kau mesti tidak tahu yang aku sebenarnya sudah tahu kau sudah punya teman istimewa. Sebab itu aku suruh kau panggil aku kakak. Untuk menjarakkan hubungan kita. Mesti kau tak tahu kan?

Aku ingat kau lain daripada yang lain. Bila melihatkan sikap kau yang baik dan berbudi bahasa tu, aku fikir aku boleh percayakan kau. Tapi, sewenang-wenangnya kau nak mempermainkan perasaan aku, budak? Tak semudah itu. Aku belajar daripada kejatuhan aku dulu. Apa kau fikir aku mahu terjatuh lagi. Sakit tahu?

Dan sekarang, kau sudah selamat menjadi tunangan orang. Tak lama selepas kau meluahkan perasaan kau pada aku. Dan nasib baik aku awal-awal lagi telah menolak kehadiran kau dalam hidup aku. Kalau tidak? Gedebuk! Mesti aku terjatuh lagi bukan?

Dan kini, aku dan kau, jauh…. Jauh yang teramat…

Tenang…. Sekurang-kurangnya aku tak disakitkan lagi oleh insan bernama lelaki….

4 comments:

~NajiLaA~ said...

heads up honey.ur gona be fine. :)

^ai-mie : 아이-미^ said...

don't worry dear.. when it comes to love, i'll always be fine no matter what and how... learn from the past...

✖sLp mE pLz™✖ said...

sweet..

^ai-mie : 아이-미^ said...

haha... ape yg sweet dear...?