Monday, 6 June 2011

:polyphonic dan kenangan lampau:

tengah-tengah khusyuk buat kerja, tiba-tiba....

tenenet... tenenet... tenenet... tenenet...

aku dan beberapa pekerja di sebelah terus berpusing ke belakang. ada yang tersenyum... ada yang ketawa... si tuan badan tersipu-sipu malu...

senyum dan ketawa bukan tanda mengejek. tapi masing-masing seperti terpukau. perh, betapa dah lama giler kitorang tak dengar bunyi phone nada polyphonic... bunyi yang menggamit kenangan masa lampau... teringat masa zaman pakai phone cikai-cikai dulu. zaman bercinta dengan bekas teman lelaki. zaman bersosial dengan kawan-kawan. semuanya hanya dengan telefon cikai je... tak macam sekarang... damn! miss that old memories~

suasana gamat seketika... masing-masing sibuk bercerita tentang kenangan dulu. si tuan badan sepertinya merajuk kerana rasa diketawakan. alahai~

dan aku, bahagia~

^picture credit to uncle google : ini adalah telefon pertama yang aku guna. tu pun beli pakai duit PTPTN. damn!^

korang pulak macam mana? apa kenangan korang dengan telefon bernada polyphonic? jom kongsi...

No comments: